[6]

219 15 7
                                    

Chanyeol sedar perbuatanya pada Baekhyun tempoh hari adalah melampau. Namun berhadapan dengan Baekhyun membuatnya malu dan kata-kata Baekhyun tanpa sedar membuatnya marah. Dia perlu minta maaf secepat mungkin sebelum Baekhyun membencinya.

Dia berdiri, di pintu masuk bangunan sekolah itu. Sesekali kelibat Baekhyun dicari di khalayak pelajar yang ramai berpusu masuk ke dalam bangunan sekolah. Hampir 10 minit menunggu, kelihatan kelibat Baekhyun bersama Kyungsoo, Lay dan Chen berjalan bersama. Chanyeol membetulkan dirinya, sambil cuba untuk senyum.

"Baek."

Baekhyun dan yang lain berhenti berjalan. Masing-masing memandang Chanyeol, walaupun kenyataannya hanya nama Baekhyun yang disebut.

"Korang pergi dulu."

Kyungsoo, Chen dan Lay mengangguk. Mereka meninggalkan Baekhyun bersama Chanyeol.

"Kau nak apa?", soal Baekhyun.

"Aku..", Chanyeol berjeda.

"Kau apa, Chanyeol?", gesa Baekhyun.

Chanyeol menarik nafas dalam sebelum meneruskan kata-katanya.

"Aku nak minta maaf.", Ucapnya sambil menutup mata. Baekhyun berjeda beberapa saat sebelum membalas.

"Eung.", balasnya lalu meninggalkannya Chanyeol di situ.

Chanyeol yang mulanya bingung lantas mengejar langkah lelaki genit itu, yang berjalan menuju ke arah loker.

"Baek. Kau maafkan aku tak ni?"

"Aku sibuk ni. Jangan ganggu."

"Tapi kau maafkan aku kan?", soalnya sambil memandang gerak geri Baekhyun yang mengeluarkan buku dari dalam loker.

Baekhyun menghela nafas berat. "Dengar sini, Park Chanyeol. Apa yang kau buat hari tu, malampau tahu tak?"

"Aku tahu. Aku minta maaf. Aku tahu aku salah. Tapi, aku tak boleh nak kawal perasaan aku."

"Kau putuskan gelang tangan aku, Chanyeol. Antara benda yang paling berharga dalam hidup aku."

Chanyeol memandang pergelangan tangan Baekhyun. Baru dia sedar selama ini lelaki itu memakai gelang.

"Kau beli mana gelang tu?", soal Chanyeol.

"Kenapa? Oh. Kau nak cakap yang kau nak beli sepuluh lagi gelang yang sama dan bagi semuanya pada aku?", perli Baekhyun. Bibirnya mengukir senyum sinis.

"Bukan. Maksud aku.."

"Dahlah, Chanyeol. Orang kaya macam kau ni memang tak tahu menghargai. Yang korang tahu cuma nak menindas dan pijak kepala orang miskin macam kami. Jangan cari aku lagi lepas ni.", kata Baekhyun lalu meninggalkan Chanyeol di situ.

Chanyeol memandang Baekhyun yang berjalan pergi. Entah kenapa, kata-kata Baekhyun memberi kesan ke hatinya. Berat. Sesak. Susah.

"Baek.", bisiknya. 

•••••

"Kau cakap apa dengan Chanyeol tadi?", soal Kyungsoo. Baekhyun yang sibuk menyalin nota yang diberikan oleh guru dipandang.

"Hm? Oh. Er. Takde apa.", balas Baekhyun tanpa memandang wajah Kyungsoo.

Kyungsoo mengecilkan matanya yang besar itu. Tidak mahu mempercayai kata-kata Baekhyun. Dia tahu ada sesuatu yang tidak kena antara mereka berdua. Melihat reaksi wajah Baekhyun yang kurang senang pagi tadi apabila Chanyeol menegurnya, membuat Kyungsoo sedar sesuatu terjadi antara Chanyeol dan Baekhyun.

"Aku dah kenal kau lama Baek. Dari reaksi wajah kau tu je aku dah tau. Mesti ada yang tak kena. Sekarang bagitahu aku. Kau gaduh dengan Chanyeol kan?", soal Kyungsoo. Baekhyun mengalihkan pandangan ke arah Kyungsoo.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 27, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

School 2019 [ChanBaek]Where stories live. Discover now