❝Huarghh, bosan siot. Takde apa-apa yang nak dibuat ke?❞ Keluhan salah seorang pelajar lelaki daripada kelas sastera, Ashraf.Matanya mula menilau kesekeliling kelas, melihat seorang demi seorang.
Ada yang sedang asyik bergosip, Macam biasa ketua geng gosip dalam kelasnya iaitu Aqisha selalu memulakan bacaan bismillah sebelum mengumpat.
Dan gengnya yang lain, Laili, Syaza, dan Amirah turut serta.
❝Kata Ustaz Azhar, Sifat angkuh dan riak itu tidak elok disimpan dalam diri, sebab...❞ Kedengaran suara Fakharurazi yang ala-ala sedang memberi motivasi kepada rakan sebelahnya.
❝Asrizal, Salahlah jawapan ni, macam mana kau dapat? Jawapan dia macam ni, jalan kira kau salah, sepatutnya begini..❞ Kedengaran pula suara si gadis berkacamata hijau, Qamarina.
Sibuk berbincang tentang kerja Sekolah matematik dengan teman tapi mesranya itu.
❝Sial, letih aku buat kerja ni❞ Balas suara si Asrizal.Tanpa disedari dia dipandang oleh Ros iaitu gadis yang suka bercakap perlahan serta Nurin seorang gadis bertudung paling labuh dalam kelas.
❝Bilalah dia nak insaf❞ Kata Ros perlahan tapi didengari oleh Nurin.
❝Entah, dari dulu tak ubah-ubah sikap suka mencarut dia tu, Ish-Ish❞ Jawab Nurin.Mereka berdua melihat sesama sendiri lalu gelak kecil.
Ashraf mula menguap buat kali ketiga.Dia betul-betul bosan lalu bangun dari kerusi dan ingin keluar dari kelas.Dia mengajak beberapa rakan yang selalu ada bersamanya,
Irfan iaitu nama gelarannya Mat Toreh disebabkan keningnya seperti ditores dan Azri atau dipanggil sebagai Nik.
❝Ariff!! Boleh kau tolong kuatkan sikit tak kipas kat atas kepala aku ni? Panas ceng ceng❞ Jerit Asma, gadis paling aktif dan pantang dicabar dalam kelas.
❝Dah tahap lima, kau nak kuat mana lagi? Kalau aku ada kuasa, aku buat kelajuan tahap 100 dah❞ Kata Arif dengan poyonya.Rambutnya di flip kan kebelakang.
Tiba-tiba satu kelas itu terdengar tapak kaki larian beberapa orang berlari ke arah kelas mereka.
❝Oi sek mung!"
Ashraf tercungap-cungap berdiri dihadapan pintu kelas.Ditangannya ada sehelai kertas berwarna hitam.Azri dan Irfan terbongkok-bongkok badan mereka dibelakang Ashraf, letih berlari.
❝Adoi Shrek ni, kau dah kenapa? Mat toreh? Nik?❞ Qisha mencelah.Gelaran Shrek itu Memang terkenal buat Ashraf, dan Fiona pula buat Qisha.
❝Ni...haa...haa...ada...haa❞ Suara Ashraf masih tercungap-cungap.Akhirnya Asrizal menghampiri Ashraf dan merampas kertas ditangannya.
❝Kontol❞ Bunyi Asrizal lalu melihat kertas hitam tersebut.
❝Carut sokmo mung ni, harap muke je semak❞ Qisha mencelah buat kali kedua.Asrizal menjeling ke arahnya.
❝Lambatlah mu ni, bagi aku!❞ Kertas dirampas oleh Asma.Dia membacanya dalam beberapa Saat.
❝Escape game? Kau jumpa kat mana kertas ni, Ashraf? Macam menarik je. Jom lah geng kita pergi sama-sama❞
❝Sharelah pasal apa kertas tu❞
❝Kertas jemputan untuk bermain permainan didalam satu ruang atau dikenali Escape Room , Game ni memerlukan mental dan fizikal, tahap kepintaran kita, dan ada beberapa benda misteri yang akan berlaku..Woah Jom lah korang! Aku excited ni!❞
❝Eh Bak sini!❞ Ashraf merampas Kembali kertas tersebut.
❝Aku jumpa kat koridor sekolah.Macam menarik je, tempat yang ditunjuk dalam kertas ni pun lawa, So aku ambik..Tapi dia tulis kat kertas ni terhad 15 orang sahaja❞ Ashraf berbicara.
❝Orang bodoh macam kau tak perlu pergi, Hahaha!❞ Gelak Qisha.
❝Orang hodoh macam kau pun tak dialukan❞
❝Aku tak cakap pun aku cantik, werk!❞ Satu jeliran diberi oleh Qisha.Satu kelas ketawa disebabkan gelagat mereka berdua.Memang tidak sah kalau tidak bergaduh dalam sehari.
❝Hei dah-dah..Siapa berminat nak join? Esok cuti 2 hari, Jadi kita pergi esok, angkat tangan siapa nok❞ Soal Asma.
❝Yang kau beria sangat ni kenapa?❞ Disoal balik oleh Syaza.
❝Kau tak tahu ke, Asma ni Memang pantang kalau ada bab-bab misteri macam tu..Dia suka kaji benda pelik❞ Kata Laili.
Hanya beberapa orang sahaja yang angkat tangan mereka iaitu, Ashraf, Irfan, Azri, Arif, Syaza, dan Laili.
❝Apa ni, Tak sporting langsung ah korang! Bukan selalu kita dapat main benda macam ni!❞ Asma memberontak.Dia kelihatan begitu kecewa.Lalu Nurin dan Ros mengangkat tangan Mereka.
Amirah yang melihat kekasih hatinya turut serta, iaitu Azri, tangannya laju diangkat.
❝Ehem pergi mana? Aku nak join sekali boleh?❞ Aisyah pelajar Sains Tulen secara tiba-tiba muncul dipintu kelas.Dia memang rapat dengan kelas Sastera kerana dianggap sebagai Anak angkat kelas tersebut.
❝Boleh sangat❞
❝Aku pun nak ikut ah..Nampak kesian sangat..Lol❞ Kata Asrizal lalu dia mengangkat sekali dengan tangan si Fakharurazi. Fakharurazi terkejut.
❝Eh aku tak boh, dok pasal ada benda dok molek jadi kekgi❞
❝Alah kau ni, Sebabtu kitorang perlukan kau, orang yang alim untuk doakan semuanya baik-baik sahaja❞ Ujar Mat Toreh, Irfan.
Asma membilang lagi sekali tangan-tangan yang diangkat, Namun Belum mengcukupi.Diperlukan dua orang sahaja lagi.
❝Qisha, kau tak join ke? Dok best mu tak ikut❞ Ucap Asma.Akhirnya Qisha mengangkat tangannya jua.
❝Tapi dengan syarat, Aku nak ajak seseorang, boleh?❞
❝Boleh sangat..Alright! Dah cukup! Esok kita berkumpul kat depan sekolah dan bertolak bersama!❞
"Rancangan kita berjalan dengan lancar....."
To Be Continued......
So this is my first malay fanfic and sorry chapter 1 membosankan sikit , I hope ada lah segelintir yang support especially my friends because nama diorang ada dalam ni ehek . 😹
Cerita ni seram+komedi , kalau ada yang penakut (yeah me😂) , skip gambar-gambar seram yang akan diletak dalam chapter seterusnya Okeyh ! Muah 💕
YOU ARE READING
☠ ESCAPE ROOM ☠
Mystery / Thriller⚠ WARNING ⚠ ⚠ You IN, you DEAD ⚠ ❝ You're invited to play for you life ❞ ❝ Welcome to the Escape Room, Congratulations on joining this room. Here we put many challenging games and if you guys fail to do it, one of you will die, Thank you ❞ ❝ I gave...