14

44 4 0
                                    


TAUFIQ itu ialah, Allah ciptakan kemampuan kepada hambanya sehingga dia mampu untuk beribadah.

Allah menyampaikan kita ke majlis ilmu, ke tempat yang baik, maka itu taufiq. Allah muliakan telinga kita untuk mendengar akan ilmunya Rasulullah saw, itu juga taufiq. Allah muliakan tangan kita untuk berjabat tangan dengan ulama', dengan yang ada kedudukan yang mulia disisi Allah, itu juga taufiq.

Tidak semua orang mendapat taufiq kerana ia bahagian dari nikmat-nikmat yang mahal dari Allah sebagaimana yang dihuraikan oleh ulama' kenapa kalimah TAUFIQ hanya satu kali sahaja di sebut di dalam Al-Quran. .
Setiap sesuatu yang sedikit, maka ia akan menjadi mahal.

Habib Ali Zaenal Abidin Bin AlKaff

Kalam Habib Ali Zaenal Abidin AlkaffTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang