"AYAH. Kami nak main kereta api boleh ke?" Haidar bertanya ayahnya. Lelaki itu sedang sibuk menjelujur pakaian sebelum dijahit menggunakan mesin.
Terbiasa sibuk, lelaki itu menjadi seorang yang tidak banyam bercakap kerana mahu lebih fokus. Belum lagi puasa pun dia sudah sibuk dengan tempahan baju-baju rayanya. Alhamdulillah. Rezeki mencurah-curah.
Wahid mengangguk. "Boleh. Mestilah boleh. Pergilah ke belakang sana. Elok-elok bermain. Jangan sampai terpijak jarum." Dia memberi nasihat secara mendatar. Anak matanya sahaja yang menghantar kepergian dua anak kecil itu.
Semenjak berpisah dengan ayahnya, Haidar sering curi-curi pulang ke rumah Wahid jika mahu bermain dengan adiknya.
"Baik ayah. Terima kasih." Wajah Haidar bercahaya. Alhamdulillah. Dia punyai peluang untuk buat Danisha gembira. Setidaknya untuk hari ini.