PART 2

2 1 0
                                    

“KAU balik dari mana ni, Haidar? Dengan basah kuyup pakaian ni.”

Pakaian anaknya diteliti dengan lebih dekat. “Kotor kena apa ni? Kau pergi mana? Mama cari kau merata-rata kau tau tak?”

Halimah sangat marah sekali apabila melihat wajah anaknya yang kebasahan. Bajunya juga kotor dengan minyak hitam. Entah ke mana anaknya merayap. Sudahlah pulang lewat.

Sekarang ni sudah pukul 7.30 petang. Sudah menghampiri senja! Keliling sekolah tadi dia mencari anaknya namun tidak dijumpai sehinggakan dia berfikir yang anaknya sudah hilang diculik!

“Hai…” Haidar cuba memberi penjelasan namun sayang sekali, dia mendapat tepisan. Liur ditelan kesat. Tamparan menyinggah kedua belah pipinya. Kepalanya terasa bengang seketika. Salah dia juga kerana terlampau teruja mahu menggembirakan hati Danisha sehinggakan terlupa kebiasaan yang sering dilakukan oleh mamanya.

Hilang tanpa memberitahu begitu, memang sesiapapun akan risau. Tidak dinafikan.

Telinga Haidar dipulas. “Aku dah pesan banyak kali dengan kau kan? Jangan berkawan dengan si budak Danisha tu! Aku tak suka! Tak faham-faham lagi ke?” Halimah membentak anaknya.

Mendengar nama Wahid juga sudah membuatnya jelak, apatah lagi mendekati lelaki itu. Samalah jika melibatkan keturunannya. Pasti akan menimbulkan rasa meluat juga.

“Tapi, ma. Isha tu kan adik Haidar. Haidar suka main dengan adik. Adik tak salah apa-apapun, ma.” Haidar menahan rasa kebas di muka. Dia mengusap pipinya. Seboleh-bolehnya dia mahu mempertahankan Danisha.

Bukankah kita sesama manusia dianjurkan untuk berbuat baik? Apatah lagi mereka memang sekeluarga.

“Tapi ayah dia bukan orang baik! Kalau dah ayah dia orang tak baik, macam mana anak dia nak baik? Aku tak nak anak aku jadi macam bapak kau tu! Bapak kau tu bekas penagih dadah!”

Itulah satu kata yang mampu dilantunkan ketika ini. Halimah tidak sanggup membiarkan anaknya jatuh dalam kancah yang sama seperti Wahid.

Apa sahaja yang melibatkan Wahid, dia benci!
Haidar hanya diam membisu. Air mata sudah berlinang deras membanjiri jiwa yang tadinya berbunga.

Sungguh, dia takut dengan wajah berang mamanya. Mamanya tidak pernah bersikap begini. Ini adalah kali yang pertama.

“Mulai dari hari ini, mama tak nak tengok lagi kau berkawan dengan dia. Jangan jumpa dia lagi. Faham?” Amaran itu diharapkan akan sungguh-sungguh melekat dalam kepala anaknya.

Dia fikirkan masa depan Haidar, sebab itulah dia larang. Lengan baju yang tadinya disinsing, diperkemaskan semula. Halimah menghilang masuk ke dalam bilik.

“Ma… Tapi…”

“Kalau kau sayangkan mama, kau jangan jumpa dengan dia!”
Bam! Pintu dihempas kuat. Laju air mata Haidar meluncur. Dia kecewa dengan tindakan ibunya.

Sepatutnya dengan kedatangan bulan yang mulia, perhubungan mereka dipereratkan, tetapi mamanya malah melakukan hal yang sebaliknya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 19, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

KENANGANWhere stories live. Discover now