Eli

48 2 0
                                    

" bagi saya venti iced mocha, extra espresso satu, cream lebih ya, thanks. "

" your name miss? "

"eli" kataku, sambil tersenyum. Cute juga barista belakang kaunter ni, monolog ku di dalam hati.

Sambil menunggu pesanan ku siap, aku scroll facebook ku tanpa arah tuju, bak kata ibu ku, " kalau lah tulisan tu boleh keluar dari telefon, sure berterabur semua atas lantai, dek kerana scrolling yang terlampau laju". Rindu pada ibu, hampir 3 bulan aku tinggalkan rumah untuk bekerja di seberang laut, berkira hari untuk pulang tu dah jadi perkara biasa. Teringat lagi kali pertama aku mendapat arahan untuk bertugas di bumi Bintulu, terasa luruh jantung, mana tak, satu semenanjung tu pun belum habis pusing, belum tau data resam manusia, di suruh kerja dalam komuniti masyarakat yang sangat asing bagiku. Pelbagai cerita dan pengalaman yang aku dengar, maklumlah, masa tu aku muda, percaya je cakap orang, bila dah tengok sendiri dan tinggal disini, nah, tak nak balik pulak, rasa seperti rumah. Bekerja sebagai jururawat menuntut aku untuk lebih rapat dengan masyarakat, dari situ aku ambil peluang untuk belajar mengenali manusia.

" one venti iced mocha for eli " tersentakku dari lamunan. Terburu aku bangun, sedang aku berjalan untuk mengambil kopi kegemaranku, aku lihat seorang lelaki mengambilnya.

" sorry encik, ni I punya order, see my name there, eli " kataku

" eh, my name pun eli, i order venti iced mocha with extra espresso, sure you tak order Javachip frap macam other girls ke? "

Eh, mamat ni, dah kenapa. Sukahati nak tentukan kopi aku.

" miss eli, this is yours, with extra cream" kata barista comel tadi. Ya Allah, malunya

" sorry ya encik"

'it's okay , you dengan siapa, nak lepak minum sekali? "

" you suka kopi pekat eh?" tanyaku.

Dia cuma mengangguk dan tersenyum. Tinggi, athletic built dengan susunan gigi yang cantik. Eli lelaki yang kelakar tapi sangat sarkastik. Dia memang anak kelahiran Sarawak dan berketurunan Iban. Bekerja sebagai jururtera di salah sebuah syarikat minyak disini. 

"berapa lama dah you di Bintulu?"

" tak lama, baru 7 tahun" kataku sinis

" apu, lawa mai neh nda lama 7 taun " ( sombongla, 7 tahun tak lama)

nah, terkeluar bahasa Iban Eli. Perkenalan hampir 2 jam membawa kepada persahabatan. agak lama jugak aku tak bertemu lelaki lain di luar circle of friends aku, yela biasanya keluar dengan kawan sekerja, tak pun kenalan zaman belajar. bagus jugak la si Eli ni, dapat la aku kawan mengkupi - kupi bila masa lapang. dia pun nampak macam nice guy je, macam lah. selepas bertukar nombor telefon, kami pun berpisah dan bawa diri ke rumah, untuk mereput, aku lah tu. pada umur awal 30 an ni, rasa sunyi juga bila tiada keluarga disisi, kawan - kawan baikku pun jauh diseberang, pasangan? mandi air kolam bunian agaknya baru ketemu. tapi tu bukan masalah, yang masalah kalau internet perlahan, kan?

Sepahit espresso, Semanis gula apongWhere stories live. Discover now