Eli merenung siling, pertemuan dengan Eli siang tadi buat hatinya sedikit berbunga, Azalea Elina gadis yang peramah, mudah tertawa dan manis dipandang. Hah, tak sangka sama nama pulak tu. Pandangan kosong itu terganggu apabila telefon nya berbunyi, aduh, mesej dari indai.Indai : Eliazer Jalak,kemaya d bisi pulai ke rumah panjai? Aku ka ngasuh d betemu ngau siku indu tuk.
Shit, hampir 5 bulan dia tidak pulang bertemu keluarga, bukan jarak, masa dan kewangan yang jadi masalah, tetapi trauma akibat ditipu teman wanita yang dikenalinya di lapangan terbang Bintulu setahun lepas, masih meninggalkan kesan dihati. Grace, selembut nama dan perwatakannya, tapi siapa tau, rupanya hanya ular yang membelit dalam tidak sedar. Ya, orang lain akan mengatakan betapa bodohnya Eli kerana percaya dengan wanita yang bukan lagi isterinya, memberikan wang tanpa berfikir panjang. Tapi, mereka tidak tahu, Grace seorang manipulator, kadangkala Eli terfikir, adakah Grace telah dilatih untuk menipu perasaan dan seterusnya mendapatkan wang dari lelaki yang mudah kasihan sepertinya.
****
Grace
" Baby, I nak hidup dengan you, I have this business proposition for you. I nak buka perniagaan kedai emas kat sini, to be with you, and live with you, I dah penat berjauhan, but you need to help me"
" my dear Grace, I pun macam tu, I happy jemput you kat airport selalu, but I would be happier to see you every day. Bangun pagi, tengok wajah you, I akan jadi lelali paling bahagia sayang! So, tell me, apa plan you?"
" I perlukan 100K, if you boleh tolong I start up this business, this will be ours tau baby. Nanti hari – hari kita boleh pergi Tanjung Batu, tengok sunset, that would be amazing kan baby" kata Grace sambil melentokkan kepala ke bahuku.
Grace muncul dalam hidup aku tanpa aku sangka, dia wanita yang sangat outspoken, perkenalan ku di lapangan terbang semasa kami berjalan sama menuju ke gate, dengan senyuman manis, dia menyelitkan sekeping kad nama ke tanganku, dan menunjukkan isyarat "call me" kepadaku. Kad nama itu aku simpan sahaja di dalam jeans ku, sehingga lah indai ku memberinya kepadaku kerana ingin mencuci baju.
Grace Ann Halina
CEO
Infinity Sdn Bhd
Impressive, bisik hatiku. Aku memulakan kerja stalking aku, so who are you Grace? agak muda untuk menjadi seorang CEO kan? Cantik pulak tu. Pencarianku Berjaya menemukan Facebook page syarikat nya, serta website syarikat, syarikat penjualan kopi di Bangsar, seems legit . keesokan harinya, aku beranikan diri untuk menghubungi Grace, dan dari situ lah perkenalan kami bermula. Grace menyatakan yang dia tidak sabra untuk bertemuku lagi, dan sejak itu kami sering berjumpa, dia akan terbang setiap minggu untuk bertemuku di Bintulu, segala kisah peribadinya, diceritakan kepadaku, aku merasa sangat bahagia kerana ada wanita yang betul – betul menyayangiku dan mempercayaiku. Hidup Grace amat menyedihkan, she was an outcast, kerana dia memilih untuk membina syarikat sendiri, dan tidak menyertai syarikat keluarganya. Untuk beberapa tahun, hidupnya sunyi, kerana tiada sokongan keluarga, serta kawan – kawan yang datang dan pergi mengikut keperluan. Pada Grace, aku adalah segalanya, dan dia tak mahu kehilanganku.
Ya, aku percaya, sebab aku tak pernah jumpa wanita yang betul - betul sayangkan aku kerana diriku, bukan kerana rupa dan kerjayaku. setelah wang 100K itu kuberikan, Grace hilang dari radar. segala akaun sosial serta website nya tidak dapat di akses, selama 3 bulan aku cuba menjejaknya, barulah aku ketahui yang dia sebenarnya sudah berumah tangga, hidup bahagia atas wang penipuan, serta suami yang juga kaki penipu. aku hilang arah, hilang percaya pada tuhan, hampir sahaja aku akhiri nyawa aku sendiri, namun keluarga dan rakan baikku sentiasa berada disampingku, aku bangkit.
Duit yang hilang boleh diganti, hati dan perasaan yang hancur?
YOU ARE READING
Sepahit espresso, Semanis gula apong
Romantikseperti mana pahitnya espresso yang diminum, seperti itulah kehidupan, dan dalam pahitnya kehidupan akan adanya kemanisan, seperti manisnya gula apong. hidup berjauhan dari keluarga, sendiri, mencari diri sendiri, dan mencari cinta yang membawa ke m...