Rebel 3

21.1K 915 69
                                    

Orked merendahkan sedikit tubuhnya dan melindungi wajah serta kepalanya sebaik melihat anjing-anjing besar peliharaan Danezell, menerpa dengan garang.

Jeritan ketakutan terbit lantang daripada bibir Orked dengan tubuh yang kini menggigil hebat. Menyerah nasib untuk tubuhnya diserang anjing-anjing German Shepherd tersebut yang akan mengoyak dan merobek tubuh dan dagingnya.

Kedengarannya sungguh garang dan agresif menyalak-nyalak.

Untuk Orked melarikan diri adalah amat mustahil ketika itu. Selangkah Orked berlari, anjing-anjing pastinya lebih lagi melompat untuk membahan tubuhnya.

Danezell bersiul kecil dan halus, seperti biasa itu adalah isyarat dan arahan kepada Die dan Lie yang dilatihnya agar terbiasa dengan setiap nada, serta gerak-geri tubuh tuannya.

Dengan kedua tangannya yang diselukkan ke dalam poket seluar, bersama renungan matanya yang hanya tajam dan beku pada tubuh kecil Orked yang menggeletar hebat.

"Easy, boys." Danezell berkata meredakan keagresifan anjing-anjing yang baharu sahaja diberikan minum sejenis arak.

Itu tindak balas biasa apabila Die dan Lie diberi minum arak khas, untuk membangkit keagresifan mereka dalam menyerang mangsanya.

Selain diberikan minum arak, memakan anggota badan manusia, Danezell mengurung Die dan Lie dalam sebuah bilik hitam yang gelap, tanpa sebarang cahaya, untuk beberapa hari yang lama, dan hanya diberikan makan dan minum melalui saluran khas.

Tujuannya adalah untuk membuatkan Die dan Lie semakin ganas dan agresif apabila melihat manusia asing yang tidak dikenali.

Die dan Lie yang hampir sahaja lagi membahan, menggigit dan mengoyak daging tubuh kecil Orked, berhenti mendadak dan menyasar pabila mendengar siulan amaran daripada tuannya. Dan terus sahaja anjing-anjing itu mengelilingi tubuh Orked yang berdiri ketakutan.

Orked masih menggigil kerana terkejut dengan keadaan serupa itu. Anjing-anjing yang mengelilinginya itu menderam garang dan menghidu-hidu bau tubuh Orked.

Orked keras dalam keadaannya berdiri, dengan kedua tangannya yang masih menekup pada mukanya yang pucat lesi.

Ini pertama kali Orked melihat dua ekor anjing yang bersaiz besar begini secara berdepan. Hampir menyamai tubuhnya, jika diukur saiz anjing-anjing itu daripada hujung ekor hingga muncungnya yang tajam bak serigala.

Danezell merenung tubuh gigilan Orked yang masih tidak berganjak daripada tempatnya berdiri. Menggeletar. Nampak mahu tumbang tubuh kecil itu.

Danezell menggarit bibirnya sinis.

Tangan ditepuk beberapa kali, terus Die dan Lie yang seperti memahami bergerak ke luar dan duduk di sisi pintu. Berkawal di situ sambil menyalak-nyalak perlahan.

Danezell melangkah mendekati Orked yang berdiri di hadapannya itu.

Tubuh gadis itu kecil, hanya separas dada tegapnya sahaja ketinggian gadis itu. Dilihat Orked sudah pun menukar pakaiannya itu yang sebelum ini hanya memakai sehelai dress seksi pada tubuh kecilnya.

Orked mengintai mata di sebalik celahan jari-jemari. Terpandang terus sesusuk tubuh tegap lelaki itu di hadapannya. Terus Orked menjatuhkan tangannya dan mendongak memandang Danezell yang merenungnya tajam.

Orked mengundur ke belakang, manakala Danezell semakin menapak ke hadapan.

Renungan mata biru Danezell jelas tajam dan kelihatan menakutkan, memanah tepat ke dalam anak mata hitam Orked yang bulat.

"Who are you?" Orked bertanya juga untuk mengetahui siapakah gerangan lelaki itu.

Adakah lelaki ini, 'Master Danezell'? Lelaki yang mengacukan senjata api di dahinya pada malam terbabit, dan mengarahkan lelaki berpedang samurai untuk menghentak lehernya sehingga dirinya terkulai pengsan.

REBELWhere stories live. Discover now