Danezell menyambar tubuh Orked yang sudah tiba di dasar kolam, dipeluk kemas dan direnangi naik bersama tubuhnya untuk ke permukaan air.
Danezell meletakkan tubuh kecil Orked yang baharu sahaja ingin sembuh daripada luka-lukanya itu ke atas lantai di tebing kolam.
Orked terkulai layu dengan wajahnya yang pucat dan basah.
"Oh no! Apa yang sudah terjadi, Tuan?" Tiara berlari mendapatkan Danezell dan Orked yang tidak sedarkan diri itu.
Tiara menekup mulutnya dengan wajah yang tertanya-tanya. Dirinya tadi amat terkejut kerana mendengar sesuatu yang berat jatuh dan masuk ke dalam kolam daripada tingkat atas.
Tiara menyangka Danezell yang sedang melakukan terjunan daripada papan anjal, tetapi sebaliknya pula berlaku ketika itu.
Rupa-rupanya Orked yang terjatuh daripada tingkat atas. Adakah Orked terjatuh, atau ditolak jatuh?
Siapa yang menolak jatuh? Jika Danezell yang telah menolak, tidak mungkin tuannya itu akan mengikut terjun dan menyelamatkan gadis tersebut.
Ada kemungkinan Orked terjatuh, mungkin sewaktu bertengkar atau juga dalam cubaan ingin melarikan dirinya daripada Danezell.
Tiara tidak pasti mengapa Danezell tidak membunuh gadis cantik itu seperti mangsa-mangsanya sebelum ini.
Tiara tidak akan sesekali masuk campur urusan Danezell dalam apa sekalipun kerana padah menanti.
Danezell tidak menjawab soalan Tiara yang terkejut dan memfokuskan kepada gadis bertubuh kecil yang sudah pucat wajahnya.
Danezell merasai nafas pada hujung hidung kecil Orked, hampir tidak terasa kehangatan nafas itu.
Ditepuk-tepuk kuat kedua pipi Orked hingga kepala gadis itu terpaling kiri dan kanan namun masih diam tidak sedar.
"Open your eyes, Orked!" Jelas Danezell mengetap rahangnya kuat.
Tiada sahutan.
"Gadis ini perlu dibawa kepada doktor Yuko, Tuan." Tiara masih risau kerana tubuh Orked kini masih lemah dan tidak bergerak.
"Shut your mouth, Tiara! I can handle this or let her die." Jerkah Danezell pada Tiara yang berdiri gugup di hadapannya.
Tiara diam dan menundukkan kepala apabila melihat renungan tajam Danezell.
"Orked!" Lagi sekali pipi gadis itu ditampar Danezell untuk tujuan menyedarkannya, tetapi masih tidak memberikan respons.
Tidak membuang masanya lagi, Danezell mulai menekan kedua tangannya di dada Orked, serta cuba memberikan bantuan pernafasan daripada mulut ke mulut.
Bagi menyedarkan kembali Orked yang semakin putus nyawa.
Berkali-kali dilakukan cubaan bagi menyelamatkan Orked yang lemas kerana telah menelan air sewaktu lemas di dalam kolam.
Hanya selepas beberapa kali cubaan, barulah tubuh Orked bertindakbalas dan terus memuntahkan lambakan air yang terbit dari rongga mulutnya.
Orked terbatuk-batuk keras kerana keperitan tekak memuntahkan air, terasa dada dan perutnya kembung kerana menelan air.
Danezell masih beriak dalam ketegangan sambil matanya tajam memerhatikan Orked yang kembali bernafas, serta memerah wajahnya.
Danezell segera bangun. Dicempungnya tubuh Orked yang masih lemah dan terpejam matanya, dibawa masuk ke dalam bilik yang paling berdekatan.
Tiara mengekori daripada belakang, namun langkah terhenti apabila Danezell berpaling memandang memberikan amaran untuk tidak terus mengikuti.
Tiara menunduk, dan segera beredar daripada situ tanpa sepatah kata.
YOU ARE READING
REBEL
Action[ WARNING: MATURE CONTENT ] "Don't make me hurt you, Orked! Listen to me!" Danezell Vance. "I don't care! Just kill me, you jerk! I really don't care!" Orked. ====================== Penyelesaian terbaik yang Orked rasakan bila tiada jalan keluar unt...