Kerana dia tak pernah tahu apa yang akan berlaku di masa hadapannya. Kerana dia tak pernah mampu sepenuhnya menentukan jalan hidupnya sediri. Kerana dia tak akan berupaya untuk menolak apapun yang telah ditakdirkan untuk menjadi jalan hidupnya, maka mahu atau tidak mau, suka atau tidak suka, dia harus tetap menghiasi liku setiap jalan ceritanya agar bisa tetap menikmatinya.
Rayhana duduk atas sebuah bangku di sebuah taman. Di depannya terhampar sebuah bangunan indah penuh sejarah. Rayhana tersenyum, sejarah islam yang dulu pernah dipelajarinya terimbas betul-betul dipelupuk matanya. Beberapa minit kemudian, air mata yang bergenang tak mampu ditahan lagi. Setitis demi setitis mutiara jatuh dari matanya.
Tidak, dia tidak sedang bersedih, malah dia sedang gembira dan terlalu bersyukur dengan nikmat yang telah Allah berikan. Sehingga pada akhirnya dia mampu menjadi seorang doktor Rayhana. Bersyukur kerana Allah memberikannya peluang untuk bernafas dalam nikmat iman, islam dan jalan yang lurus. Namanya mungkin tak terlalu dikenali oleh orang-orang hebat, namun namanya kini sering meniti di bibir setiap orang yang lemah dan kurang berkemampuan.
Ketıka Sedang asyik melayan perasan,
"eh, ni rayhana kan?" seorang wanita dengan wajah cantik bertudung merah menyapanya. Rayhana mengangkat wajahnya, memandang lama mencuba untuk kembali mengingat wajah ayu wanita itu. Sepuluh detik berlalu begitu saja.
"ya Allah ina ke ni?" kata rayhana dengan wajah penuh gembira.
" ya, ni sayalah ni ina." Mereka terus berpelukan dengan sangat erat.
"ya Allah, dah lama sangat tak jumpa awak ina, rindu sangat. Awak pun lepas grade terus hilang macam tu je, tak kontak saya langsung." Rayhana menyampaikan ketidak puasan hatinya.
"alaa... sorry lah,sibuk sikit lepas grade tu, cari kerja, uruskan famili, majlis pernikahan dan lain-lain. Sorry tau, tapi at least saya ada jemput awak datang majlis pernikahan saya, awak je yang tak datang. Kalau tak boleh je nak jumpa time tu." Balas ina atau nama penuhnya nur Sabrina yang bermaksud cahaya kesabaran.
"hmmm... sorry lah, kebetulan time tu tak ada kat Malaysia... ni awak buat apa balik turki ni? honey moon eh?" serkap rayhana. Ina hanya tersenyum malu.
"abang, sinilah" ina memanggil seorang lelaki yang sedang leka menikmati keindahan seni bina islam yang dikenali sebagai Masjid biru atau blue mosque. Lelaki itu segera mendekati isterinya, ina.
"rayhana, kenalkan ini suami saya, arsyad hafiz. And abang, ni lah bestfriend ina yang selalu ina ceritakan tu. Dah beberapa tahun dah kami tak jumpa sebab lost contact. Alhamdulillah sekarang allah izinkan jumpa di saat yang tepat" ina memperkenalkan. Rayhana hanya tersenyum sopan begitu juga arsyad.
"ok lah sayang, mesti korang ada banyak benda nak cerita kan? sayang boraklah dulu dengan ina, abang nak pergi tengok sebelah sana sekejap." Kata arsyad masıh ıngın menıkmatı keındahan masjıd bıru yang selama ını hanya terdengar dı telınganya.
"ok abang, sayang tunggu sini eh" ina membalas sebelum suaminya hilang dari pandangan.
Ina dan rayhana saling bertukar khabar. Setengah jam pertama tawa memenuhi pembicaraan mereka. sehingga ina tiba-tiba,
"rayhana, engkau dah ada calon?" ina bertanya kepada rayhana. Wajah rayhana bertukar. Dari yang setengah minit tadi ceria bertukar menjadi sendu. 30 detik kemudiannya, masing-masing senyap membiarkan sepi berbicara. Sehingga akhirnya Rayhana mengangkat muka dan berkata,
"belum ina, setakat ini, aku masih mempunyai keinginan yang sama. Aku masih terlalu cintakan dia ina, tiada yang lain dan aku yakin aku akan bersama dia. hati aku ada pada dia dan Hati dia ada di sini" Jawab rayhana tenang sambil meletakkan tangan didadanya. Ina ikut terdiam meskipun ada yang ingin dilontarkan dari dalam hatinya. Namun dia tak ingin mengeruhkan keadaan. Ina memeluk rayhana, mencuba untuk menyalurkan sedikit kekuatan kepada wanita hebat dihadapannya. Doktor rayhana.
YOU ARE READING
Untuk Jihan
Randomapakah masih ada kebahagiaan untuk seseorang yang lumpuh sejak berumur 20 tahun? ini cerita seorang jejaka Turki lumpuh yang berharap masih ada cinta seorang wanita untuk dirinya yang jelas tak sempurna...