Bagaikam langit disore hari,berwarna biru sebiru ha-
"bisinglahh"rungutku,sekarang pagi dia boleh pulak nak sore sore.Kaki makcik dia,bukan makcik aku.Sebenarnya lagu tu best,tapi aku dah muak dengar,sebab tu aku letak jadi alarm,dengar je terus rasa nak tutup.
Selesai mandi dan mengenakan baju sekolah,aku terus turun untuk menikmati sarapan pagi.
"Morning Cik Mon!"sapaku ceria.Cik Mon ni pembantu rumah,tapi aku cukup rapat dengan Cik Mon berbanding Umi dengan Abah yang seakan akan tak pernah ada masa untuk aku,hmm,macam cerita biasa dalam wattpad,kadang kadang bila aku baca aku berharap hidup aku seindah wattpad.Sekali dapat ishishish,menyesal pulak.
"Morning Aira,dah solat?"pertanyaan yang setiap hari Cik Mon tanya.Aku tak tahu kenapa dia tak pernah bosan tanya sedangkan tahu jawapan aku tetap sama.Tak bosan ke dengar jawapan yang sama keluar dari mulut aku.Dengan malasnya aku mengeluarkan jawapan yang sudah sebati dengan diriku jika ditanyakan Cik Mon soalan itu
"Malas."ringkas padat dan tepat bukan.Cukup untuk semua faham dan aku tak perlu jelaskan kenapa.
"kena-"
"Cik Mon,jawapan Aira tetap sama,takkan pernah berubah,Aira pun tak tahu bila Aira akan keluarkan jawapan seperti mana yang Cik Mon harapkan.Mungkin tak pernah.Kalau akan,Aira tak tahu bila.Aira pergi sekolah dulu"aku menyalami Cik Mon dan bergerak ke sekolah.Pak Mat sudah bersedia untuk menghantar aku ke sekolah.
Inilah aku,Nur Aira Humaira binti Aziz Razak.Seorang remaja yang berusia 16 tahun.Cukup matang untuk mengenal apa itu erti kehidupan.Mungkin dikenali sebagai seorang yang bijak dan menjadi pelajar harapan di sekolah.Semua subjek kalau boleh skor A.Pendidikan islam tidak ketinggalan untuk menjadi subjek yang paling mudah untuk aku skor A.Tapi sekadar aku amalkan di dalam kertas,dalam kehidupan?kelaut,laut pun tak terima.
Sesat?mungkin.Aku teringin nak nilai diri aku sejauh mana aku dekat dengan pencipta.Tapi setiap kali aku ingin menilai diri aku,ada satu perasaan yang datang,aku tak pasti.
Kawan?aku ada,tapi tak banyak,aku cuma ada 2 orang kawan.Siapa je nak kawan dengan perempuan yang mulut puaka macam aku ni.Kucing pun taknak lalu depan aku,sebab apa.aku akan maki kucing tu walaupun dia tak salah.Nasib 2 orang kawan aku ni boleh tahan dengan perangai aku,kalau tak,ishish,bercakap soranglah aku kat sekolah.Heaven tapi hell.
Sesampainya di sekolah,mataku memandang tepat dua orang makhluk yang berdiri tegak di hadapan pagar sekolah.
"hai,kena hukum nyanyi lagu negaraku ke?"tanyaku sesampainya dihadapan mereka.Peliknya,aku tak pernah nampak muka pengawas yang lagi sorang tu.Kalau Akmal aku kenallah.Dialah orang yang paling hafal nama aku dalam sekolah ni.Fikir fikirkanlah kenapa.
"kenapa lambat?"tiada nada,tegas dan seram.Erm maaf,Aira tak lut dengan suara macam tu.
"Sakit perut"jawapan paling bernas dan selalu didengari jika datang lambat.Tapi betul,pagi tadi aku sakit perut sebab makan pedas semalam sampai lambat bersiap.Tapi aku tak cerita kan tadi,perlu ke aku beritahu detail apa aku buat.aku rasa tak.
"Jawapan kau tak boleh lain dari yang lain ke Aira"Akmal tersengih.Mesti dia ingat aku buat buat.Susah betul dengan manusia macam ni.
"Susah betul kau nak terima kenyataan.Perlu ke aku call kau pagi pagi then cakap aku tengah sakit perut sebagai bukti untuk aku datang lambat?"ha jawab jawab.
"lambat tetap lambat,nama kau still aku akan tulis dalam buku salah laku ni,nama kau apa?"tanya pengawas baru itu.Nampaknya dia belum kenal siapa Aira.
"Aku tak perlu beritahu kau nama aku.apa kau perlu buat,kau tengok siapa yang datang lewat semalam,kalau tak pasti,tengok hari hari lain,nama yang sama,tu nama aku,senang,tak menyusahkan kau dan menyenangkan kerja aku"aku terus masuk ke dalam tanpa menghiraukan mereka.
YOU ARE READING
MY WORSE ENEMY!
Teen FictionAira + Harith = @=?*:=:(/@*"*: IN FACT "kau jangan sampai aku sumbat mulut kau dengan kasut pengetua ea"-Aira "mana adab kau ha?main terus je cakap"-Harith IN REAL "aku bukan boyfriend kau atau bestfriend,aku enemy kau,tapi kadang kadang kau perluka...