Honey Chicken

24 2 0
                                    

"Be pineapple. Have crown and always stay forward"

Anna tersenyum lihat wajah lima orang jejaka yang dalam keadaan pelbagai ekspresi. Bubu di atas lantai di angkat dan dipeluk.

Naim dan Hanif terkaku, Adam dan Aqil tercenggang dan Muaz yang paling rilek memandang Anna yang tersenyum. Headphonenya di tanggalkan.

"Wow " Naim memandang Anna. Bekerut dahi dia memandang Bubu di pelukkan Anna.

"This is Bubu. My budibu " Anna menghulurkan Bubu kepada Naim.

Hanif masih lagi terdiam. Dipandangnya setiap penjuru Barisston. Kepalanya tergeleng-geleng. Ini tak mungkin.

"Apa ni warna pink corak kartun. Fikir ni tadika? " Hanif memandang Anna. Sebelah tangannya sudah mencekak pinggang.

"Cantik apa. Baru cute " Anna tersengih. Muka bangga dia tayangkan.

Hanif menggelengkan kepala. Dia terus bergerak ke bilik pekerja untuk menukar pakaian. Malas mahu berdebat dengan sepupunya itu. Tak pasal-pasal dia kena makan panadol satu kotak.

Anna menepuk tangan seakan budak-budak. Gembira Hanif tak melarangnya.

"Anna Olivia!! " Muaz yang ada di pantri menjerit. Mukanya kelihatan merah, mungkin menahan marah.

Anna dan yang lain segera masuk ke dalam pantri. Anna tersengih apabila Muaz memandannya tajam.

Aqil yang takut menyembunyikan diri di belakang Naim, manakala Naim pula di belakang Adam. Gerun lihat perubahan angin Muaz.

"Siapa yang tukar warna dapur aku jadi warna hitam?! " Muaz pandang ke lima-lima wajah dihadapannya. Hampir sahaja jantungnya gugur lihat perubahan warna dapur kesayangannya itu.

Tiba-tiba sebelah tangan Bubu diangkat. Bekerut dahi Muaz. Dia melihat betul-betul. Rupa-rupanya Anna yang mengangkat tangan si kucing.

Anna yang gerun hanya mampu mengangkat sebelah tangan Bubu. Wajah Muaz yang sekarang memang menyeramkan.

"Fine " Muaz lantas mencapai apron berwarna maroon miliknya. Dipandang setiap dinding dapurnya. Kepalanya terangguk-angguk.

"Not bad " Muaz pandang Anna yang berdiri di sebelah Naim. Dia cuba untuk sembunyikan senyumannya daripada kelihatan.

Anna tersenyum. Nasib dia tak di marahi oleh Muaz. Tanpa berlengah masa dia berdiri di sebelah jejaka itu. Apron kuning dan rambut yang diikat. Dia tersenyum menampakkan gigi ke arah Muaz.

Muaz juga turut melakukan perkara yang sama. Smile.

🌻🌻🌻

Aqil yang berdiri di kaunter memandang pelik pelanggannya yang masih belum beranjak. Hairan kenapa pelanggannya itu menghulurkan seorang kanak-kanak lelaki likungan 3 tahun kepadanya.

"Tolong jaga anak saya. Pukul 4 saya ambil dia" Pelanggan wanita itu tersenyum sambil menghulurkan anaknya.

Aqil yang terpinga-pinga hanya menyambut kanak-kanak itu. Dia mendukung budak kecil itu. Dipandang sebentar kanak-kanak itu sebelum membawa ia ke dapur.

Anna yang tekun melaraskan suhu oven nya pantas berpaling apabila Aqil memanggil.

"Sejak bila kita ada perkhidmatan jagaan budak? " Aqil pandang Anna yang berdiri di sebelah Muaz. Muaz juga turut memandang gadis itu.

"Sebenarnya kan lagi bagus kalau kita buat jagaan budak. Tapi kita tak ambil ramai. Hari tertentu sahaja. Sehari seorang " Anna tersenyum. Muaz yang disebelahnya mengangkat kening dan memeluk tubuh.

"Betul lah " Anna cuba untuk menyakinkan dua orang jejaka itu. Dia menghulurkan tangan untuk mendukung kanak-kanak itu.

Muaz memandang Anna yang pergi mengikuti Aqil. Kepalanya menggeleng. Ada sahaja Anna Olivia. Dia terus menyambung aktiviti ya ng tertangguh.

🌻🌻🌻

"Saya nak Milkshake Latte " Budak perempuan duduk di kaunter air tersenyum memandang Adam.

Bekerut dahi Adam mendengar. Sejak bila ada menu Milkshake latte? Dia pantas mencapai buku menu yang ada di rak. Setiap helaian buku itu di semak. Buku ditutup. Memang betul menu tu tak ada dalam senarai.

Adam tersenyum sebentar sebelum meninggalkan pelanggan itu. Dia menapak ke arah Anna yang leka bermain dengan kanak-kanak jagaannya.

"Kenapa menu latte kita baru? " Adam memeluk tubuh memandang Anna. Aqil yang berdiri di sebelah Anna turut memandangnya.

"You know, who will say no to milkshake? Not me " Anna menggeleng. Tangannya di lambaikan ke atas seperti tanda tidak.

Anna tersenyum melihat pelanggan yang mahu mengambil kanak-kanak itu. Anna segera menghulurkan budak kecil itu.

"Fine" Adam yang malas mahu bertengkar terus meninggalkan Anna yang tersenyum. Dia menapak ke kaunter airnya.

🌻🌻🌻

"So Oliv how your first day? " Encik Adlan duduk di sebelah Anna. Air teh miliknya dikacau sebentar.

Anna yang memeluk Bubu hanya mengganguk. Matanya terarah kepada Honey Chicken yang baru di masak oleh Muaz.

"Tok Lan, first day apa? " Adam yang menghulurkan air kepada semua mula menyoal.

"Barisston ' s manager " Selamba Encik Adlan menjawab. Bahagian peha Honey Chicken sudah selamat di dalam mulutnya. Mulut dia tidak berhenti menguyah. Sedap!

"Dia manager baru kita?! " Naim yang duduk pantas berdiri. Dipandang Anna yang membuat gaya peace. Wajahnya seakan tidak percaya.

Lima jejaka itu menepuk dahi masing-masing patutlah macam-macam perubahan yang berlaku. Rupanya kerja si Anna.

Anna hanya tersengih. Bubu yang ada di pelukkan di peluk erat.

🌻🌻🌻

Tamat sudah.....
Next chapter ye guys.

Sila support BRST
VOTE AND KOMEN

BaRiSsTon#BRSTWhere stories live. Discover now