Rossen High School

20 3 0
                                    

"Let it be and forget the another

Anna yang sudah siap mandi, membawa Bubu ke tingkat 3. Semalam atuknya baru bagitahu yang rupanya Barisston ada tiga tingkat.

Anna yang excited segera mengangkat kucingnya yang gemok itu. Dia pun hairan apalah yang kucingnya itu makan. Anna segera menapak. Dia mahu tahu apa yang ada di tingkat atas. Dia yang mahu berlari segera memberhentikan niatnya apabila di tegur oleh Muaz.

"Bukan masa sekolah ke? " Anna memandang Muaz pelik. Dipandang jejaka itu atas bawah. Masih berseluar track dan bert-shirt putih.

Muaz tunjuk jam di dinding. Lolipop dari mulut di keluarkan. "Sekolah mula pukul 8.30 cik adik "

Anna hanya mengganguk. Tak ada beza pun masa sekolahnya di New York dahulu.

Anna segera mengikuti Muaz yang naik ke tingkat 3. Bubu masih lagi dalam pelukan. Rasa mengah pun ada.

Muaz segera mengambil Bubu dari Anna. Kesian tengok gadis tu mengangkat kucing gemok.

"So here we are " Muaz memandang Anna yang melihat keadaan sekeliling. Bubu selamat di letakkan di atas sofa.

Anna duduk di sebelah kucing gemoknya. Di hadapannya pula ada tv, di bahagian kiri pula seperti dapur kecil. Cantik!

"So ni tempat apa? " Anna mencapai remote control. Tv dihidupkan. Dia cuba untuk cari siaran yang boleh ditonton.

"Living room I guess " Muaz menghulurkan air mocha kepada Anna. Dia duduk di kerusi yang bertentangan. Terangkat keningnya melihat rancangan yang ditonton gadis itu.

"Doraemon? Are you kid? " Muaz menggeleng kepala. Air mocha disisip sedikit. Sedap!

Anna buat seakan tidak mendengar. Gayanya seperti budak kecil dengan duduk bersila di atas sofa, Bubu pula di letakkan atas riba seperti bantal.

Muaz tayang muka menyampah. Berani betul gadis itu mengabaikan soalannya. Dia menyeluk poket seluarnya untuk mencari telefon.

Anna yang khusyuk menonton rancangan Doraemon , tidak menghiraukan Muaz yang berlari turun ke bilik. Dengan keadaan mengah jejaka itu melemparkan sebuah pakaian uniform kepadanya.

"Wear this. We are late for school " Muaz terus berlari meninggalkan Anna yang terpingga-pingga. Dia perlu cepat bersiap. 30 minit je masa yang tinggal.

Anna hanya mengikut. Dia segera berlari masuk ke tandas dan menukar pakaian. Dengan rambut yang sedikit serabai dan tidak sempat diikat, dia dah berdiri di sebelah Muaz untuk menyarung kasut sekolah.

"Sejak bila benda ni ada? " Anna terkial-kial nak mengikat tali kasut. Dalam hatinya pelbagai carutan dilepaskan. Sekolah lamanya dulu tak perlu pakai kasut formal berbanding sekolah sekarang.

Muaz segera tunduk ke bawah. Tali kasut Anna diikat rapi. Wajah gadis itu dipandang sebentar. "Semalam. Ikat tali kasut pun lambat "

Anna tayang muka tak kesah. Bebelan Muaz ibarat mencurah air ke daun keladi. Malas dia nak hadamkan.

Muaz segera menarik lengan Anna yang berlapik ke arah belakang bangunan Barisston. Tanpa berlengah masa Muaz segera duduk di atas super bike miliknya.

Anna takut-takut hendak naik. Dah lama rasanya dia tak menaiki motorsikal.

"Muaz!!! " Anna segera memeluk Muaz apabila jejaka itu terus memecut membelah jalan raya. Dia menyesal naik motor bersama jejaka itu.

🌻🌻🌻

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 31, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

BaRiSsTon#BRSTWhere stories live. Discover now