1
Jangan disebabkan orang lain kau mundur. Jangan disebabkan orang lain kau fikir yang kau tu tiada keistimewaan. Untuk orang yang suka mencaci orang tu fikir lah dan gunakan lah akal fikiran kerana mereka itu pun mempunyai hati dan perasaan. Disebabkan kata-kata kau mungkin hati mereka terguris teruk. Mungkin kau fikir apa yang kau kata tu okay tapi kau tak tahu lagi apa yang dia rasa. Kita sebagai umat islam ni patut berganding bahu bukan caci mencaci. Undur mengundur bukan itu islam yang sebenarnya.2
Di dunia wattpad ni kau tak boleh harap yang kau ni akan cepat naik nama. Oleh itu, ikhlaskan hati yang kau terbitkan karya bukan untuk menunjukkan yang kau ni pandai menulis. Jangan lah kau menipu untuk mendapatkan reader dan perhatian. Ikhlas dengan semua yang kau buat dan jangan berputus asa!