Akur diri tidak diperlukan
minda separa sedar,
terkadang memberi harapan
bahawa ada yang mahu menjadi teman..
biarlah..
biar diri dijadikan bahan sampingan
dalam realiti kehidupan penuh lakonan
Ya!!
Ya!!
Bahagia itu pilihan
gembira itu pilihan
Jadi,
terus saja menghukum..
tidak mengapa..
si kerdil ini bukan siapa-siapa
tiada siapa peduli..
langut ..
mendongak langit
langit kosong
gelap
mengiring..
menghadap dinding
dinding putih pucat
lesi
berdiri..
melangkah berjalan
jalan berkabus
samar
realiti dan fantasi ini
menghanyutkan
bahkan buat diri makin lemas
rimas
Salah siapa??
Salah diri..
Kerana lupakan TUHAN..