Peluang

119 0 0
                                    

Aku dalam kegelapan, aku dalam kejahilan
Seperti tak sangka Kau beri cahaya kebahagiaan
Suluhkan jalan yang seperti tiada harapan
Namun tetap saja Kau bilang dosamu Ku ampunkan

Bukan ku pekak bukan ku buta
Hati bergelora meragut jiwa
Adakah alasan meniti jalan entah kemana ?
Kembalilah Wahai jiwa, Tuhan itu dekat sentiasa.

Air mata mengalir deras di pipi
Tenangnya rasa nikmat yang Tuhan beri
Selama meminta dunia yang lebih dikejari
Namun hati tersentak,
“ Tuhan Kau sahaja yang aku ingini ’’

Wahai Tuhan bagaimana aku hendak ungkapkan rasa hati ini
Walau sudah tersungkur berkali-kali
Kau tetap berkata Aku ada disisi
Yang memenuhi segenap ruang kosong di hati
Tidaklah Engkau bertempat pada tempat
Lebih lagi pada hati yang kerap dikotori

Wahai Allah Engkaulah yang aku cari
Moga kata-kata ini selalu ku ingati.

Dari Allah kepada Allah

SulungWhere stories live. Discover now