Berkat

82 0 0
                                    

Detik demi detik terus berlalu. Aku yang sedang melunjur baring di sofa menjeling pada jarum saat yang terus bergerak.Terus meninggalkan waktu.Takkan tunggu.Takkan berhenti. Dan takkan mungkin patah balik. Ya setiap detik tak mungkin sama dengan detik tadi, detik tika ini dan detik nanti.

Terfikir oleh ku usia yang makin hari menginjak kedepan. Bertanya pada diri, " Wahai diri selama hela turun naik nafas ini apa yang telah kau lakukan ? " .....

Selang satu dua hari lepas, terbaca sekilas mengenai keberkatan. Katanya keberkatan masa serta umur itu bermula dan di ambil kira bila suatu perkara itu dilakukan hanya untuk Tuhan semata. Masa yang diguna semata mengingat Tuhan. Semata di jalan Tuhan. Semata apa-apa saja selagi kau tetap bersama Tuhan. Maka tercatitlah ia sebagai berkatnya waktu itu dan berkatnya usia itu.

Jika sebaliknya
Lain-lain dilakukan jauh terpeleser bukan kerana Tuhan. Sia-sia. Buang-buang saja. Tak bernilai di mata Tuhan. Tak bernilai di hari kemudian. Maka tiadalah berkatnya. Waktu serta umurnya tiada berkat. Yang ada cuma kosong. Kosong. Tersia. Tak punya apa.

Fikiran berfikir lagi,
Jika begitu. Jika dikumpul disusun waktu-waktu yang berkat itu. Kebarangkalian jadinya tak sampai sehari. Mungkin juga tak sampai separuh hari. Boleh jadi suku hari. Silap-silap kurang satu jam. Kerana apa. Kerana lalai lebih di pilih. Lebih disuka lebih dicinta lebih dipuja. Dan lebih terbiasa. Melebihi terus khusyuk pada Pencipta.

Entah. Sekarang perlunya apa tindakan ku. Terus hanyutkan diri ke arus yang mengemudi entah kemana. Atau terus saja kau mencari Rahmat, Cinta, Kasih dan Sayang Tuhan. Di setiap sudut inci perjalanan kehidupan.

Rahmat Allah seluas langit dan bumi. Pandang yang itu. Pandang Dia di setiap segala sesuatu. Nescaya akan kembali kepada dirimu jua. Kenal lah diri. Kenal lah Tuhan. Tak kenal diri. Nescaya sampai bila-bila tak jumpa Tuhan.

Hadam. Cuba hadam.

Air mata mengalir sedikit hangat. Surah Ar-Rahman terus mengalun di corong telinga. " Maka nikmat Tuhan kamu yang mana lagi hendak kamu dustakan "

Waktu. Waktu yang diberikan itu juga nikmat. Nikmat yang aku dan kau sering tertipu.

1.59 a.m

Dari Allah dengan Allah

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 16, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

SulungWhere stories live. Discover now