Pintu besi diketuknya kuat sebelum dibuka oleh seorang lelaki berbadan tegap yang bertatu dimuka.
Hah, lambat kau sampai. Pergi mana? Menyundal ke?" tuduh lelaki bertatu kepada lelaki yang segak dalam pakaian mewah dan bertuksedo itu.
Malas membalas, dia hanya menunjukkan jari tengahnya kepada lelaki itu sebelum mencapai topeng kepala, sarung tangan getah dan topeng muka.
Langkahnya laju berjalan merentasi lorong yang bercermin itu. Setiap ruang dipisahkan antara sebuah dinding besi dan didalamnya menempatkan pelbagai jenis haiwan liar. Terdapat juga manusia dalam sesetengah ruang itu namun mereka bergerak tidak aktif kerana tidak diberi makan secukupnya.
"So, macam mana progress projek tu?" soal lelaki bertuksedo kepada wanita yang berpakaian seperti doktor yang ralit menulis dan mencatat sesuatu diatas Ipad Pro 5
"Oh, spesimen 105X tak menunjukkan simptom lagi, perkembangan otaknya normal tapi hormon adrenalinnya mencatatkan peningkatan yang tinggi. Which mean, our project is not strong enough," jelas doktor itu pendek sebelum mengetuk cermin yang memisahkan mereka dengan spesimen tersebut.
"Then, what are you waiting for! I told you, i demand for a good news before the due date! This is my last warning, do your work or be like 'them'," ugut lelaki itu sebelum menilik jam tangan Casio dan keluar dari makmal tersebut tanpa menunggu balasan dari doktor itu.
YOU ARE READING
Pulau
Mystery / ThrillerPerjalanan hidup ada dibawah dan ada diatas. Disebalik kegembiraan ada yang memerhati. Menunggu... Detik... Kematian... Once you're in, there's no returning back.