PART 35

212 4 6
                                    

Di office Mufiz..

"Assalammualaikum tumpang tanya , kat sini ada kerja kosong kan sebagai kerani? Boleh tak Kalau saya nak mohon kerja tu". Kata Alena pada seorang kerani yang bertugas.

"Waalaikumsalam , Haah memang ada kerja kosong tapi puan kena Mintak dekat pengarah , sebab keputusan semua nya pengarah yang tentukan".balas kerani itu.

"Ouhh Kalau macam tu boleh saya jumpa pengarah tu?".tanya Alena.

"Sekejap..puan duduk dulu nanti saya call P.A boss". Balas kerani yang mesra dipanggil dira.

"Okay".balas Alena seraya duduk di atas kerusi yang disediakan.

15 minit kemudian ,

"Puan , puan boleh jumpa pengarah sekarang..puan naik kat tingkat tiga , nanti jumpa p.a boss dulu Lepastu baru masuk bilik boss".balas dira.

"Okay, Thankyou".balas Alena lalu beredar ke bilik pengarah .

"Awak ke cik Alena yang nak mohon kerja tu?".tanya P.a Mufiz yang mesra dipanggil rina .

"Haah saya , Alena".balas Alena pada rina .

"Haa masuklah Alena , boss dah panggil".balas rina .

"Okay thanks".balas Alena lalu mengetuk pintu bilik Mufiz.

"Masuk".balas Mufiz.

Alena membuka pintu bilik Mufiz dan terkejut kerana pengarah syarikat ini ialah Tengku Mufiz.

Mufiz juga terkejut kerana Alena lah yang memohon kerja daripadanya.

"Sila duduk".balas Mufiz .

"Takpe , saya berdiri je".balas Alena .

"Whatever".balas Mufiz sambil mengemaskan meja nya yang bersepah .

"So macam mana awak boleh datang kat office saya ni , Mintak kerja?".tanya Mufiz.

"Mufiz , sebenarnya saya..". Belum sempat Alena menghabiskan kata kata nya Mufiz menyampuk .

"Call me encik Mufiz , not Mufiz". Balas mufiz .

"Ee poyo nya dia ni".kata Alena dalam hati.

"Ok encik Mufiz . Saya terjumpa kertas tawaran kerja ni , sebab tu saya datang". Balas Alena .

"Ouh kertas ni..Hmm ok baiklah saya terima awak bekerja kat sini , tapi awak cuma kerani je , jangan mimpi nak dapat jawatan yang tinggi".balas Mufiz , berlagak.

"Terima kasih encik Mufiz , even saya dapat kerja kerani sekalipon saya bersyukur sebab dapat kerja".balas Alena.

Tiba - tiba Alena terasa hendak pitam . Kepala nya amat pening .

"Saya Taknak ada kaitan dengan awak , sebab saya dah kata kat awak , hati saya ni belum sembuh lagi untuk terima...". Belum sempat Mufiz menghabiskan ayatnya , Alena telah pengsan dan terbaring di lantai.

"Alena ? Alena !". Mufiz panik dan segera menuju ke arah Alena .

"Badan panas , awak demam ni Alena". Mufiz segera membawa Alena ke hospital yang berdekatan .

Di hospital ,
Mufiz menunggu Alena yang tidak sedarkan diri . Dia sangat risau pada Alena. Dia masih sayangkan Alena lagi sebab tu dia ambik berat pasal Alena . Walaupon dia marahkan Alena lagi tapi dia tetap mengambil berat dan panik apabila sesuatu berlaku pada Alena. Sudah 4 jam Alena tidak sedarkan diri. Mufiz menjaga Alena. Dia juga memegang tangan alena untuk menghangatkan tangan alena . Sedar sedar dia tertidur .

Selepas itu..

Alena perlahan lahan membuka matanya. Dia melihat Mufiz sedang tidur di atas katilnya sambil terduduk. Mufiz juga tertidur sambil memegang tangan Alena . Alena menyedarinya dan berasa terharu. Alena tersenyum.

"I tahu u masih sayangkan I Mufiz". Alena membelai rambut mufiz yang sedang tidur. Tiba tiba mufiz tersedar dari tidurnya . Dia cepat cepat menarik tangannya.

" Sorry saya tertidur".kata Mufiz.

"Takpe , kenapa saya ada kat sini eh?".tanya Alena masih lagi pening .

"Awak pengsan tadi , saya bawak awak kat hospital , awak berehat jelah , saya ambikkan ubat..awak tu demam".kata Mufiz lalu menyediakan ubat dan air untuk Alena makan.alena meneguk air dan ubat yang diberikan oleh Mufiz.

"Macam mana ? Dah Okay dh?".tanya Mufiz.

"Okay sikit". Balas Alena.

"Kalau awak dah ok , saya nak balik".balas Mufiz lalu berdiri untuk pulang ke rumahnya tetapi Alena mencapai tangannya .

"Awak nak tinggalkan Saya sorang ii ke kat sini? Saya tak sihat tau tak , sampai hati awak encik Mufiz ". Balas Alena sayu.

Mufiz mula rasa kesian pada Alena . Dia membatalkan niat untuk pulang ke rumahnya dan menjaga Alena di hospital .

Bersambung

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 12, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

KISAH CINTA KITAWhere stories live. Discover now