Bab 6

738 26 1
                                    

Elena tersenyum kelat. Dia masih ingat momen-momen itu. Hampir lima tahun yang lepas.

'Date' pertama mereka - mereka bertengkar kerana hal itu. Temujanji yang paling tidak manis bagi Elena. Kerana pendapat dan pendirian mereka yang berbeza, sudahnya temujanji pertama mereka habiskan dengan berdiskusi tentang prinsip hidup masing-masing. Soalan yang pada asalnya, hanya untuk mengenali diri masing-masing, menjuruskan mereka kepada satu perdebatan.

Ah, Roman!

"Allah tak kata kita jangan berzina, tapi Dia larang kita untuk menghampiri zina. Kelab malam tu, ialah ibu kepada segala maksiat."

"I tak buat apa pun... I makan-makan, minum-minum... Lepak-lepak je. Menari... I bukan pergi sana mabuk-mabuk atau buat benda yang tak elok." Tingkah Elena dengan hujah Roman yang dianggap cuba untuk mentazkirahkannya.

"I pergi sana sekadar untuk release stress. Tak lebih daripada tu!" tutur Elena dalam defensive mode. Dia mula tidak suka dengan apa yang diperkatakan Roman. Dia mula tidak suka dengan lelaki itu.

"Niat tidak menghalalkan cara, Elle. Banyak lagi perkara lain yang awak boleh buat untuk release stress. Banyak lagi tempat lain di KL ni yang awak boleh pergi untuk lepak-lepak."

"So... Awak kata saya ni, tak baiklah?"

Roman tersenyum nipis. Dengan wajah serius Roman, senyuman itu merobek hati Elena. Ia seolah-olah sedang menyindirnya.

"Saya tak kata awak tak baik. Saya tahu awak perempuan yang baik. Tapi saya rasa, tempat tu bukan tempat untuk perempuan baik seperti awak."

"Maksudnya masih sama, kan? Saya perempuan yang tak baik? Kalau awak nak perempuan yang baik, awak carilah yang bertudung litup semua tu!" tingkah Elena dengan nada lagak sombong. Dalam nada degil.

Kali ini Roman tersengih pula. Sengihan yang agak sinis, lebih kepada senyum menyindir, kerana Roman tersengih hanya buat beberapa saat sebelum dia tersenyum senget. Ia cukup menggores hati.

Jika bukan diingatkan detektif muda di hadapannya itu kawan baik kepada Rafique, kawan baiknya, Elena tidak akan teragak-agak untuk angkat kaki. Namun, dia masih tegar di situ. Tercongok mendengar 'syarahan' lelaki itu. Pertama kali dia ditegur begitu pada temujanji pertama. What a pathetic date!

Jika diikutkan hatinya, lelaki itu akan terus masuk ke 'Rejected List' dia. Elena pantang lelaki yang suka menegur tentang dirinya, Tentang pakaiannya. Tentang cara hidupnya. Jika dia ingin mendampinginya, lelaki itu perlu menerima dirinya sebagai Elena. Bukan cuba untuk mengubahnya menjadi orang lain! Bentak Elena di dalam hati. Hatinya mula berasa hangat.

"Saya tak pernah kata macam tu," tutur Roman lembut, namun ia tidak dapat melembutkan hatinya yang mula memberontak.

"Tapi maksud awak macam tu, kan?" Elena menebak. Keras. Lagaknya seperti berbicara di mahkamah pula.

Elena sudah mula panas hati, namun lelaki itu masih tenang di situ. Dia langsung tidak gelabah dimarahi begitu. Dia masih dapat mengawal diri, tidak seperti Elena yang sudah naik angin. Roman sedang memandangnya tanpa berganjak, dengan satu senyuman di bibir. Semua itu, buat hati Elena carik. Dia mahu angkat kaki, tetapi entah mengapa, kakinya masih terpasak di situ. Entah mengapa, punggungnya masih tegar duduk di bangku yang keras.

Elena lihat sekeliling. Begitu ramai orang bersantaian. Nasib baik angin malam yang menderu agak sejuk, mendamaikan rasa panas di hati Elena. Kata Rafique, kawannya teringin sangat hendak jumpa Elena. Malam ini juga. Dia akan ambil Elena di rumah dalam perjalanannya pulang dari pejabat.

Roman tiba tepat pada waktu seperti yang dijanji. Kemudian mereka ke suatu tempat yang bagi Elena, tidak sesuai untuk satu temujanji yang pertama. Tidak mahu Elena 'dating' di tempat seperti itu. Dating dengan seorang pegawai polis pula tu! Tetapi disebabkan Rafique, dia seperti orang bodoh di situ.

Sekurang-kurangnya, kalau 'date' dia malam itu ialah peguam atau sekurang-kurangnya eksekutif bank, tidaklah dia rasa malu untuk bercerita. Kawan-kawannya pastinya tidak akan ke tempat yang seperti itu. Risau juga dia jika dilihat bersama dengan Roman di situ.

Elena putar mata pada khalayak di medan selera yang sesak dengan pengunjung. Yang ada, payung berwarna-warni serta penyaman udara asli. Yang paling teruk, dia terpaksa tadah telinga mendengar ceramah ustaz tidak bertauliah di hadapannya. Pasti Eddy akan gelakkannya. Pasti kawan-kawan baiknya akan ketawakan dia semahunya.

Perdebatan mulut antara dia dan Roman yang bermula dengan pertanyaan Roman 'Selalu apa awak buat pada hujung minggu?' itu masih belum reda. Elena hela nafas. Dia teguk jus oren yang sejuk dan manis. Rasa melekit di tekaknya. Malam itu, semuanya terasa tidak sedap pada deria Elena.

"Jom saya hantar awak balik. Dah malam ni." Itu kata-kata Roman setelah dilihat Elena diam seribu bahasa.

UNDERCOVER WIFEWhere stories live. Discover now