Aina membetulkan kedudukan rambut palsu blonde yang dipakainya sebelum melangkah keluar dari balai ketibaan KLIA. Dia tersenyum apabila memandang dirinya di pintu kaca yang berada di hadaannya. Dia masih berdiri tegak di situ. Baju gaun separas lutut berwarna hitam direnungnya. Senyuman masih tidak lekang di bibirnya.
" Jika aku berpakaian seperti ini, confirm Pak Man tak kenal aku! " Aina ketawa dalam hati. Untuk sentuhan akhir, Aina mengeluarkan cermin mata hitam dari beg tangan Gucci miliknya.
Namun, tiba-tiba sahaja ada tubuh yang melanggarnya dari belakang. Dirinya hampir sahaja melayang akibat perlanggaran itu. Beg tangannya terlepas dari tangannya. Aina berpaling dan merenung lelaki itu.
Wajahnya berkerut melihat lelaki itu. Matanya merenung lelaki itu dari atas hingga ke bawah di sebalik cermin mata hitam yang dipakainya. Dirinya tergamam seketika. Ini manusia ke? Rambut lelaki itu panjang melepasi bahu malah kusut seolah-olah tidak disikat. Wajahnya penuh dengan jambang. Hesy! Mesti dah berapa tahun tak cukur. Lelaki ni baru balik dari bertapa ke? Dah macam manusia zaman purba pula?
" Next time , kalau nak berjalan, guna mata bukannya guna hidung! " sergah lelaki itu secara tiba-tiba. Dia terus berlalu pergi meninggalkan Aina.
Bibir Aina terketar-ketar. Tangan kanannya diangkat dan diarahkan tepat pada lelaki itu. " Ehh... Aku pula yang kena marah? Kau yang langgar aku tadi. Hesy! Tak ada budi bahasa langsung. Sepatutnya dia minta maaf tetapi lain pula jadinya. Orang utan! " Aina membebel seorang diri sambil mengambil beg tangan yang berada di lantai dengan kasar. Bibirnya masih terkumat-kamit menyumpah lelaki itu.
" MAN! Mana Aina?" soal Datin Sharifah Mawar apabila Pak Man melangkah masuk ke ruang tamu dan menghampiri dirinya. Datin Sharifah Mawar menutup Majalah Wanita yang dibacanya dan diletakkan di sisinya. Dia menanti jawapan dari pemandu yang sudah 20 tahun berkhidmat dengan keluarganya.
" Tak ada, datin. Hampir tiga jam saya tunggu Cik Aina. Saya ada tanya di kaunter pertanyaan. Mereka kata penerbangan dari Switzerland sudah tiba tiga jam yang lalu. Setiap orang yang keluar dari balai ketibaan saya perhatikan tetapi Cik Aina tak ada, " beritahu Pak Man.
"Apa? " Datin Sharifah Mawar meninggikan suara lantas bangun dari sofa. Matanya merah menyala. Sakit hatinya apabila mengingatkan perangai anak bongsunya itu. Pasti Aina nak elakkan diri dari aku. "Betul ke kau dah perhatikan setiap orang yang keluar dari situ, atau ada kau terlepas pandang? "
"Betul, datin! Walaupun sudah lima tahun Cik Aina berada di sana, saya masih belum lupa wajah Cik Aina. " Pak Man menundukkan kepalanya. Dia serba salah untuk memandang majikannya itu.
"Mana budak ni pergi, hah? "
"Man! Kamu mesti lapar, kan? Pergi ke dapur, makan dahulu. " Tan Sri Syed Abu Bakar tiba-tiba berada di situ
"Baiklah, Tan Sri! " jawab Pak Man. Segera langkahnya diatur meninggalkan dua orang majikannya. Sebelum kemarahan Datin Sharifah Mawar meletup, lebih baik dia beredar dari situ. Siapa tak kenal dengan sikap Datin Sharifah Mawar?
"Abah, Aina sengaja nak elakkan diri dari Mawar! Sampai hati Aina buat Mawar macam ni! Dia sudah lupa ke Mawar ni mamanya? " Datin Sharifah Mawar mengadu pada ayahnya.
Tan Sri Syed Abu Bakar tersenyum sinis sebaik sahaja mendengar kata-kata yang keluar daripada mulut anak tunggalnya itu.
" Kenapa abah tersenyum ni? Mawar seriuslah, abah! " Datin Sharifah Mawar mengetap bibirnya apabila kata-katanya tidak diendahkan.
"Macam mana Aina nak balik kalau dia tahu sebaik sahaja dia melangkah masuk ke rumah ni, soalan pertama yang Mawar akan tanya ialah... Bila Aina nak kahwin? Mama dah uruskan pertemuan Aina dengan anak kawan mama. Aina mesti pergi! " Tan Sri Syed Abu Bakar mengajuk percakapan anaknya.
"Abah! Mawar buat semua ni untuk kebaikan Aina. Tahun ni umurnya sudah 28 tahun! Dah tahap kritikal. Mawar tak mahu anak Mawar jadi andartu. Kawan-kawan Mawar dah ada cucu. Mawar malu, abah. "
"Kenapa pula Mawar nak cemburu dengan mereka? Dah jodoh anak mereka lebih awal dari Airil dan Aina. Mawar, jodoh ni bukan di tangan kita. Itu semua ditetapkan oleh Allah SWT. Mawar kena ingat semua itu. Abah yakin satu hari nanti mereka akan berjumpa dengan pasangan masing-masing tapi bukan sekarang, " nasihat Tan Sri Syed Abu Bakar. Sudah berbuih-buih mulutnya menasihati Mawar namun tidak dipedulikannya.
YOU ARE READING
Destined To Mr. Heartless [ ON-GOING ]
RomanceSemuanya gara-gara Datin Sharifah Mawar. Kerana ingin melarikan diri dari ibunya, Aina bersetuju dengan tawaran nenek Rina, Tengku Fauziah. Orang Gajiii!!!! Itu pilihan kerja yang dia ada sementara menyembunyikan diri dari kehendak ibunya sendiri...