2

34 6 4
                                    

Putera dari wilayah selatan itu pun berangkat ke kerajaan Han. Perjalanan mereka mengambil masa kira kira 2 hari.

Kerajaan Han terkenal dengan budi bahasa dan sopan santun pemerintahnya . Tidak salah lah jika rakyatnya juga peramah. Ini lah sebab utama ayahanda mereka mahu menjalinkan hubungan dengan kerajaan tersebut.

"Kekanda , benar kah semua ini akan baik baik sahaja?" Tanya putera Jimin.

Putera Yoongi mengangguk dan tersenyum kearah putera Jimin.

"Ingat pesan ayahanda, kita harus menjaga nama baik kerajaan kita, mahu kah kamu melihat kerajaan kita yang selama ini gah dan dihormati dipandang serong?"

"Adinda sama sekali tidak mahu perkara itu terjadi" gumam putera Jungkook.

"Jadi seharusnya kamu tidak mempersoalkan lagi arahan ayahanda" tegas sahaja putera SeokJin bersuara.

"Adakah kekanda sudah terima bahawa ini takdir kita? adinda sendiri rasa bahawa kekanda masih tidak dapat melupakan puteri Hyu Na bukan?" Tanya putera Taehyung.

Putera SeokJin menarik nafas dalam. Ya memang benar apa yang dikatakan adindanya, kehilangan tunang yang tersayang akibat dendam orang ketiga masih tersisa dalam dirinya. Namun ditabahkan dirinya untuk terus mengharungi hidup.

"Kekanda percaya ini yang terbaik untuk kita" balas putera SeokJin tenang.

Putera SeokJin berharap agar dia mampu mencari pengganti puteri Hyu Na kerana itulah janji dia dengan gadis itu.

Kerajaan Han

"Kekanda , cantik tak hanbok pilihan adinda?" Tanya puteri Jaenie kepada kekandanya Jihyun.

"Cukup sempurna" balas puteri Jihyun jujur.

Para puteri itu sibuk mempersiapkan diri masing masing kecuali puteri Ha Rin. Dia masih menikmati pemandangan di belakang istana. Angin yang sepoi sepoi mampu membuatkan dirinya tenang. Jauh dari kegusaran.

"Apa yang tuan puteri buat di sini?" Tanya satu suara. Sebaik sahaja puteri Ha Rin mendengar sapaan itu dia terus tunduk.

"Apa hajat tuan putera datang kemari" tanya puteri Ha Rin kepada putera Junhoe.

Putera Junhoe merupakan putera wilayah utara. Ayahandanya merupakan abang kepada raja Jong Yun.

"Patik lihat tuan puteri berseorangan disini, mengapah tuan puteri tidak mempersiapkan diri tuan puteri?" Tanya putera Junhoe dengan nada sedikit kecewa.

"Cukup lah patik begini,tidak perlu mempersiapkan diri lagi. Dan tuan putera mengapah tidak ke hadapan,bukan kah tuan putera , ayahanda patik dan kekanda Chanyeol akan menyambut kedatangan mereka"

"Sebenarnya patik takut melepaskan bunga dari tangan patik, cukup lah patik jauh darinya ,namun patik tidak mampu jika ia diambil oleh orang lain"

Puteri Ha Rin sedikit tergamam. Dia tahu apa maksud kata kata putera muda tersebut. Adakah bunga yang dimaksudkan putera Junhoe itu dirinya? . Bukan dia tidak tahu bahawa putera Junhoe memang mencintai dirinya namun dia sahaja yang menolak cinta putera tersebut.

"Tuan putera seharusnya melepaskan bunga itu dan sebaiknya cari lah bunga yang lain" tenang sahaja putera Ha Rin bersuara.

"Tuan puteri patik amat sayang akan tuan puteri , adakah susah bagi tuan puteri untuk menerima patik?"

"Patik tidak layak untuk tuan putera . Tidak lama lagi tuan putera akan menjadi raja, patik tidak sesuai dengan gelaran permaisuri . Maafkan patik kerana menolak cinta tuan putera"

Lalu puteri Ha Rin meninggalkan putera Junhoe sendiri.












Acam na? Sambung?

+vote+

7 PRINCE ||BTSWhere stories live. Discover now