Wilayah selatan-
"Ayahanda pasti tentang ini" tanya putera sulung SeokJin.
"Ayahanda cukup pasti" tenang sahaja raja Min Jun bersuara.
"Tidak kah ayahanda berasa menyesal jika meng kahwin kan anakanda semua terlalu awal" tanya putera Namjoon pula.
"Sama sekali tidak" balas raja Min Jun.
"Bukan kah anakanda yang akan meneruskan legasi kita? Lebih baik anakanda mencari pasangan hidup" terang raja Min Jun sambil melihat ke arah putera Seok Jin dan Namjoon.
"Jika ini kemahuan ayahanda, anakanda sama sekali tidak akan membantah, dengan itu izinkan anakanda mengundurkan diri" gumam putera SeokJin.
"Ayahanda izinkan" balas raja Min Jun.
Kerajaan Han
"Adakah adinda tahu akan rancangan ayahanda dan ibunda?" Puteri Jihyun bersuara apabila semua adindanya hanya mendiamkan diri di ruang rehat istana.
"Adinda adalah orang pertama yang dikhabarkan berita Itu" balas puteri YeonJi.
"Adakah adinda semua mahu berkahwin di usia begini?"
"Sama sekali tidak kekanda, adinda masih muda" balas puteri Shinhyo.
"Begitu juga kekanda" tutur puteri Jisoo yang sedikit jauh dari mereka.
"Apa yang adinda semua bahas kan?" Kedengaran suara lelaki.
"Bukan kah kekanda ada di bilik ayahanda?" Tanya puteri SeongHye kepada kekandanya putera Chanyeol.
"Adakah adinda melihat kekanda di bilik ayahanda sekarang?"
"Apa hajat kekanda datang ke mari?"
"Adinda sekalian, adinda juga tahu bahawa putera dari wilayah selatan akan ke mari, mengapakah adinda tidak membuat persiapan?"
"Kekanda , kami tidak akan berkahwin dengan mereka. Cukup lah keturunan kekanda sahaja yang meneruskan legasi ini."
"Kekanda tidak akan berbuat sedemikian. Adinda juga tahu , arahan ayahanda sama sekali tidak boleh dibantah" nada yang digunakan putera Chanyeol tegas.
Lantas kesemua mereka hanya mendiamkan diri. Jika putera Chanyeol sudah bersuara maka mereka juga tiada hak untuk membantah. Putera Chanyeol lah yang bakal menggantikan ayahanda mereka kelak.
"Adakah adinda semua sudah lupa akan janji kita dengan mendiang nenda?"
"Adinda tidak akan pernah lupa akan hal itu"
"Bukan kah nenda mahu kita yang mentadbir kerajaan bersama?"
Para puteri tersebut hanya mengangguk. Terngiang ngiang permintaan terakhir mendiang nenda mereka.
"Nenda mahu cucunda semua mentadbir kerajaan ini bersama agar tidak jatuh ke tangan orang lain"
"Berjanji lah dengan nenda"
Lantas putera Chanyeol dan para puteri mengangguk perlahan.
Chap ni pendek ja sebab baru nak mula-
YOU ARE READING
7 PRINCE ||BTS
Fanfic7 putera berkacukan Korea,China yang berasal dari wilayah selatan yang selama ini menjadi bualan di kerajaan Han kini datang untuk melawat kerajaan tersebut. 7 puteri dari kerajaan Han akan dikahwin kan dengan mereka. Namun kesemua puteri itu menol...