Office pada pagi itu sunyi sepi. Selalunya suasana di office pagi-pagi sudah riuh rendah dengan kesibukkan staff-staff menyiapkan peralatan dan perkakasan untuk di bawa ke Langkawi sempena pameran LIMA '99.
Tetapi tidak pada pagi itu.
Yang tinggal hanyalah receptionist, company secretary, dan beberapa orang kerani. Yang lainnya semuanya telah berlepas ke Langkawi petang semalam.
Eksekutif yang tinggal hanyalah Norhana Yusoff, pegawai bahagian perakaun syarikat. Dia tidak diperlukan sebab syarikat tidak boleh dibiarkan kosong tanpa staff. Lagipun, sebagai akauntan, Norhana tidak diperlukan di Langkawi. Yang kesana kesemuanya eksekutif pemasaran dan production.
Tapi Norhana tidak kesal kerana tidak ikut serta. For the past four weeks, Norhana terpaksa menolong rakan-rakan sekerja yang lain menyiapkan perkakasan dan brochures walaupun itu bukan bilang tugasnya. Tetapi kini dia boleh relaks, dan tiada sesiapa boleh kacau. Dia boleh berlagak jadi Big Boss pada hari tersebut.
Syarikat itu adalah sebuah syarikat sederhana yang mempunyai seorang direktor, enam orang eksekutif, dan empat non-exec. Walaupun kecil, tetapi keuntungan syarikat adalah besar kerana syarikat itu merupakan sub-con membekal peralatan komunikasi untuk sebuah syarikat gergasi.
Norhana menghabiskan masa di pejabat dengan browse Internet saja. Apa lagi kerja nak kena buat? Tepat jam lima petang, semua staff lain balik awal. Norhana tinggal sebentar masih ralik dengan browsing Internet. Dia tinggal lebih kurang sejam lagi sebelum membuat keputusan untuk pulang ke rumah.
Sebaik sahaja Norhana menutup suis lampu, tiba-tiba telefon berdering. Terperanjat dia seketika sebab kesunyian pejabat itu dipecahi dengan deringan telefon.
"Hello," Norhana menjawab.
"Ana! Nasib baik you tak balik lagi," suara rakan kerjanya Sue menalifon dari Langkawi.
"Apa halnya ni?" tanya Norhana.
"Ana, I betul-betul nak mintak maaf sebab menyusahkan you. But we are really in deep shit here," jawab Sue.
"Apasal ni Sue?" tanya Norhana kembali.
"You tau tak pasal new product brochures yang kita orang baru print tu? You tau tak that none of us bawak dia ke sini?" suara Sue hampir-hampir panik.
"What? You tak bawak? You mean it is still in the office?" tanya Norhana.
"Itulah I cakap. I ingatkan Rosli yang bawak. Rosli ingat I yang bawak. Last-last nobody brings it. Shit, director dah bengang ni!" Sue explain balik.
"Habis macam mana sekarang?"
"I'm so sorry Ana, but you have to take the first flight to Langkawi here tomorrow with the brochures or the director will kill us all!" jawab Sue.
"You mean all six boxes? You're kidding, right? Tell me you are"
"Sorry honey, it is as true as it gets. Don't worry Ana, all you need to do is bring the brochures. We'll pick it up at the airport. Lepas tu you relaks aje la kat sini" rayu Sue pada rakannya.
"Okaylah Sue. Apa boleh buat. Takkan I nak kata No pulak," jawab Norhana.
"You save my life, Ana. I owe you one," Sue menjawab lega.
Malam tu Norhana bad mood sikit. She was expecting to spend some good time with her family over the weekend. Dia dah rancang nak bawak family dia makan angin di Fraser's Hills, just to relaks lepas empat minggu kerja bagai nak rak. Then this came up pulak. Like it or not, she has to break the bad news to her family.
"We have been planning for this trip for ages! Sekarang you bagi tahu cerita ni pulak," Nasir, suami Norhana, bersuara.
"I nak buat macam mana, bang? They screwed up! Not me!" Norhana menjawab balik.
YOU ARE READING
HANGAT
De TodoKoleksi yang berada dalam novel ini bukan lah hak i 100%.. Ianya di copy paste dari google atau sumber lain. Harap maklum..! 😉 Just enjoy yourself n read. Tak suka boleh main jauh..!