Dumm!!
Bunyi hentakan yang agak kuat itu datang dari bahagian hadapan keretanya.
Apabila Inarah keluar sahaja daripada kereta. Dia terus menuju ke arah hentakan yang berlaku untuk melihat apa yang dilanggar. Tiba-tiba Inarah menjerit.
"Arghhh! Matilah aku kene marah dengan ayah nanti." dengus Inarah sendirian.
Encik Airil merupakan ayah Inarah yang mempunyai keperibadian yang tegas dan banyak mendiamkan diri dalam setiap isu yang wujud dalam sebuah keluarga. Encik Airil akan menyoal atau menyampuk ketika perlu sahaja. Bagi Encik Airil dalam keluarga memerlukan sikap toleransi antara satu sama lain. Kalau semua keluarganya jenis pemarah dan kaki bebel. Pasti huru-hara keluarganya nanti.
Inarah yang kuat berangan telah pun berangankan seorang lelaki sehingga tidak sedar keretanya berjalan ketika dia berhenti di parking kereta. Dia terlupa untuk menarik hand-brek keretanya. Pelanggaran itu mematikan lamunannya seketika.
"Ini semua salah kau jantan. Dasar lelaki tak guna. Sebabkan kau aku terlanggar pokok ni." bebel Inarah sebal.
Salah sendiri habis diletakkan salahnya kepada orang lain. Orang yang tidak bersalah pun menjadi mangsanya. Begitulah sikap Inarah. Marahnya tidak boleh dibawa bincang. Bila marahnya datang tak kira siapa pun pasti akan dimarahnya juga.
Sepasang mata yang melihat kejadian itu menghampirinya. Orang itu ialah guard yang menjaga tempat itu. Inarah sekarang berada di kawasan mall. Inarah mahu pergi membeli-belah untuk menghilangkan stressnya. Apabila dia stress, pasti shopping mall akan dituju olehnya ataupun pantai.
"Assalamualaikum dik. Adik okey tak ni?Macam mana boleh jadi macam ni?" soal guard itu dengan ramah.
Inarah yang bengang dan mahu memarahi guard itu terus tak jadi. Kerana malu dengan diri sendiri berangan tak kena tempat. Akhirnya, dia membuat keputusan untuk menjawab pertanyaan guard tersebut.
"Waalaikumsalam pakcik. Tak ada apa-apalah pakcik. Sikit sahaja ni. Saya terlupa hendak tarik hand-brek tadi. hehe. " balasnya dengan senyuman seperti kerang busuk.
Pakcik guard yang bernama Sulaiman itu memandangnya aneh. Terdapat nama di pakaian seragam pakcik itu.
"Aikk. Macam itu pun adik boleh lupa ker? Lain kali hati-hati ye. Pakcik minta diri dulu." soal pakcik itu lalu meminta untuk pergi.
Inarah yang terpinga-pinga hanya menganggukkan kepalanya sahaja.
Lalu, Inarah mengambil langkah untuk masuk ke dalam mall tersebut. Dia menuju ke kedai buku POPULAR untuk mencari buku yang dia mahukan dan ingin pulang dengan segera. Inarah merupakan seorang penggemar novel. Semua novel yang dia minat pasti akan dia borong untuk memenuhkan ruang almarinya.
Setelah dibelek-belek satu per satu buku di rak tersebut. Akhirnya, jumpa juga novel yang dia mahukan. "Aku Bukan Playboy" tajuk pada cover buku yang ada pada tangan Inarah. Terus sahaja dia berlalu ke kaunter untuk membayarnya.
***
"Assalamualaikum. Ibu.. ayah.." panggilnya dari luar.
Tapi tiada suara yang menyahut salamnya dari dalam. Tanpa berfikir panjang, Inarah mengambil kunci pendua yang tersimpan di dalam begnya.
YOU ARE READING
Penangan Mr.Engineer
General FictionAidan- Dia lelaki kampung yang bekerja sebagai Kejuruteraan Mekanikal. Sejak dia kenal dengan perempuan bernama Inarah, dia menjadi seorang yang cakap lepas tetapi semuanya hanya sandiwara. Hatinya mula jatuh cinta. Inarah- Dia merupakan perempuan...