Bab 3

185 16 0
                                    

"Assalamualaikum, mak ayah akak dah balik kerja ni." panggil Inarah.

"Waalaikumsalam" jawab ayah.

Muka ayah nampak sedikit ketat daripada kebiasaannya. Seperti ada sesuatu yang ingin di tanya.

"Apa pulak dah jadi ni? Asal muka ayah macam tu? Ayah nampak ke keadaan kereta aku?" ngomel Inarah sendirian.

Dia keluar daripada kereta dengan perasaan yang penuh tanda tanya. Dia melangkah perlahan-lahan menuju ke arah ayahnya. Risau juga kalau kena jerkah tiba-tiba.

"Ha! Baguslaa kamu dah balik. Ni ayah nak tanya daripada semalam lagi tapi kamu dah lari dulu masuk bilik."

"Tanya apa ayah?" soalku polos.

Persoalan di jawab dengan persoalan semula. Walaupun dia tahu soalan apa yang akan terkeluar daripada mulut ayahnya sebentar lagi. Dia tetap dengan dirinya yang pura-pura tidak tahu terhadap soalan yang akan ditujukan kepadanya.

"Kenapa dengan kereta akak tu?" tanya ayah.

Seperti yang dijangka oleh Inarah. Soalan yang dia takut-takutkan telah pun keluar daripda mulut ayahnya.

"Akak lupa tarik hand-breaklaa yah." jawab Inarah.

Inarah menjawab soalan tersebut seperti seorang yang tidak mempunyai perasaan apa-apa. Dia tidak mahu ayahnya tahu tentang kejadian kereta itu disebabkan sikapnya yang berangan tak kira waktu.

"Kamu ni kan Narah. Lain kali, hati-hati laa sikit. Jangan cuai sangat. Benda penting macam itu pun kamu boleh lupa. Kalau ada suami nanti takkan lupa suami pulak?" bebel ayahnya sekali dengan sindiran.

"Mula lah ayah aku ni nak sindir-sindir aku. Haishh. Kahwin lambat salah kahwin cepat salah. Tak kahwin pun salah jugak nanti." bebel Narah dalam hati.

"Maaflah ayah. Akak janji lepas ni tak jadi dah macam ni." tutur Inarah pula.

"Yelah. Jangan janji jek. Tunaikan. Kamu tahukan benda tu bahaya? Nasib baik akak langgar pokok, kalau orang macam mana?" ujar ayahnya.

"Baik, ayah. Ayah ni jangan laa doakan." jawab Inarah lagi.

"Ayah bukan doakan. Ayah cakap kalau.." kata ayah.

Sengaja Encik Airil tekankan perkataan kalau itu. Dia mahu anak dia sedar, bukan semua benda boleh ambil mudah atau temeh. Setiap benda yang jadi perlu dititikberatkan supaya tidak akam berlaku lagi selepas itu. Bukannya bila dah berlaku baru nak cari jalan penyelesaiannya. Hidup ni mesti sediakan payung sebelum hujan.

***

Ring!!Ring!!

Bunyi telefon berdering. Menandakan ada panggilan masuk.

"Siapalah yang telefon ni? kacau betul orang nak tido." bebel Inarah sendirian.

Inarah memang pantang bila tidurnya diganggu. Tak kisahlah siapa orang itu samaada dia kenal atau tidak pasti akan membuatkan Inarah marah.

Ring!! Ring!!

Lagi dibiarkan lagi galak pula bunyinya. Seperti ada benda yang penting yang ingin diberitahu daripada si pemanggil.

"Tidak penatkah orang yang menelefon? Tidak dijawab masih juga nak telefon." dengus Inarah tidak puas hati.

Ring!! Ring!!

"Arghh." bentaknya

Mahu tidak mahu. Akhirnya diangkat juga. Panggilan yang ke 15 barulah Inarah akhirnya mengalah. Terus menekan butang hijau untuk dijawab.

"Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam. Haa, pandai pun jawab. Ingat taknak jawab juga. Baru nak pi redah rumah kau." sapa satu suara yang dikenali oleh Inarah.

Penangan Mr.EngineerWhere stories live. Discover now