Sinaran mentari yang menyelubungi bilik tidurnya. Membuatkan Inarah tersedar.
"Huishh. Pukul berapa dah ni? Asal terang semacam?" soalnya agak risau
Melihat sahaja nombor jam yang tertera di skrin telefonnya membuatkan dia terkejut. Lalu...
"Arghhh! ibu kenapa tak kejutkan akak?" jeritku dari atas.
Kelang-kabut Inarah bersiap untuk pergi kerja. Mandi kambinglaa jawabnya apabila jam di skrin menunjukkan sudah pukul 9.30 pagi. Waktu masuk pejabat ialah pukul 9.00 pagi.
"Eh, ibu pulak yang kena. Ibu ingat akak tak kerja. Selalu awal sahaja akak bangun." ujar Puan Hamidah.
Inarah yang seakan sedar dirinya melampaui batas terus sahaja berdiam diri. Takut-takut dia tersalah kata lagi.
Lalu dia mengambil beg dan kunci keretanya untuk ke tempat kerja. Lebih kurang 45 minit syarikat tempat dia bekerja daripada rumahnya.
"Okeylaa bu. Akak pi kerja dulu. Doakan boss akak lembut hati hari ini." katanya.
"Haa. Yelah. Hati-hati bawak kereta tu. Jangan laju-laju sangat kang lain pulak yang jadi." pesan ibu.
"Baik ibu." jawabnya.
"Ibu dah nampak ker? Tapi kenapa dia tak tanya apa-apa?" desis hatinya.
***
Kesesakkan lalu lintas ketika itu agak reda kerana waktu menunjukkan pukul 9.45 pagi.
"Matilaa aku kalau boss ada dekat pejabat time ni. Apa aku nak bagi alasan ni? Takkan nak cakap bangun lewat. Malula aku nanti." fikirannya menjadi terganggu dengan segala soalan yang bermain di benaknya.
Tiba sahaja di perkarangan tempat kerjanya. Jantungnya terus berdegup laju seperti mahu tercabut.
Keluar sahaja daripada kereta semua memandangnya seperti tidak mahu melepaskannya dari panahan mata mereka.
"Dah kenapa semua pandang aku macam bagi amaran ni?" desis hati Inarah.
Sampai sahaja di tempat duduknya. Tiba-tiba datang seorang staf yang bernama Siti menegurnya.
"Narah, boss panggil kau suh masuk bilik dia. Asal kau lambat?" arah Siti.
Begitu juga Siti, tidak lepas untuk memberikan satu soalan cepumas itu kepada dia.
"Boss bising ker?" tanya Inarah pula.
"Tak tahula. Muka dia macam cool jek." jawab Siti.
"Okeylaa. Aku pi sekarang."
Dia mengambil langkah yang berhati-hati serta memohon agar bossnya dilembutkan hati hari ini.
"Ya Allah, Harap-harap boss aku tak marah-marah." mohonnya kepada yang Maha Berkuasa lagi Maha Penyayang.
Tiba sahaja di depan pintu bossnya yang tertera tulisan Encik Afdhal Hairal yang melekat di situ. Hatinya berdebar-debar seakan kereta api lalu melintasinya sekarang.
Pintu diketuk. "Tuk! Tuk!"
Inarah mengetuk pintu dengan perlahan. Risau mood bossnya tidak menentu.
Setelah di ketuk. Satu suara menjengah dari bahagian belakang pintu. Suara yang dinantikan oleh Inarah.
"Masuk." arah suara dari balik pintu tersebut.
YOU ARE READING
Penangan Mr.Engineer
General FictionAidan- Dia lelaki kampung yang bekerja sebagai Kejuruteraan Mekanikal. Sejak dia kenal dengan perempuan bernama Inarah, dia menjadi seorang yang cakap lepas tetapi semuanya hanya sandiwara. Hatinya mula jatuh cinta. Inarah- Dia merupakan perempuan...