Bumm!!
Pintu berdentum dengan kuat sekali . Debaran di dada berdegup kencang . Hafiz tidak cepat melatah . Matanya mencari arah datangnya bunyi itu.Dia ingin tahu sebabnya . Dia ternampak empat buah pintu di dalam sebuah bilik . Rasa ingin tahu merajai hati . Namun , pintu yang mana satukah yang harus dia buka?
Akhirnya Hafiz membuat keputusan untuk membuka pintu yang paling dekat dengannya . Dia membuka pintu tersebut . Dia berasa aneh kerana apabila pintu itu dibuka terdapat 3 pintu di dalamnya , di kiri , di kanan dan dihadapannya .
Ktung!!Ktang!!Ktung!!Ktang!!
Hafiz segera menoleh kearah pintu disebelah kirinya . Firasatnya menyatakan bahawa bunyi bising tadi datangnya dari pintu tersebut .Apabila dia mendekat , baru dia perasan di pintu kayu tersebut terukir huruf 'L' . Dia mencuba untuk membuka pintu tersebut . Namun pintu tersebut seperti dikunci dari dalam . Ingin sahaja dia merempuh pintu tersebut namun satu suara menyerunya .
"Hafiz~~"
Dicari cari asal suara itu . Tepat matanya memandang pintu yang terukir huruf 'H' . Perlahan lahan kakinya melangkah ke arah pintu itu .
=======================
"Hafiz! Hafiz! . Bangunlah weiiii ! " Sayup-sayup suara itu hadir di pendengarannya.
"Hafiz!" segera Hafiz duduk dari pembaringannya . Keadaan yang gelap menyukarkan penglihatannya . Punggungnya terasa basah .
Terlintas di hatinya 'Aku kencing dalam seluar ke? ', Di rasakan lantai yang di dudukinya . Lembap macam tanah. Sekelilingnya sempit . Kiri kananya bagaikan dinding .
"Hafiz!" panggil satu suara dari atas . Hafiz mendongak . Kelihatan rakan karibnya , Naqib sedang memandang risau ke arahnya .
"Sini ,tangan kau" arahnya . Blur bak Ammar.
"Hah?". "sini ! Tangan kau . Takkan lah kau nak duduk lama-lama dalam liang lahad tu?" tanyanya .
Laju sahaja tangannya berpaut pada lengan si Naqib . Tak sampai seminit dia sudah berada di atas.
Benar kata Naqib. Dia tertidur di dalam lubang kubur. Sekelilingnya hanya hutan menebal dan batu nisan yang menandakan ada mayat di dalamnya.
Persoalannya , "Macam mana Hafiz boleh tidur dalam lubang kubur dan macam mana Naqib tahu Hafiz dalam liang lahad tu?
YOU ARE READING
Summer Camp
HorrorBOOK STILL ON GOING . . Pengalaman sekumpulan pelajar yang berada di Summer Camp untuk aktiviti cuti akhir tahun yang berada di Pahang . Sepanjang berada di sana , perkara aneh selalu berlaku . . . Creator: @adibow @nurulxxxyyy @Lubaina_Aina