"Budak sial! Anak tak guna! Aku hantar kau pergi sekolah untuk kau belajar, bukan mencari cinta hati dan jadi playboy . Bullshit! Do you think you mother sacrificed, gave birth of you sebab nak tengok kau perkosa anak dara orang? Kau malukan aku, mana aku nak letak muka?"
Dia melibaskan rotan ke punggung anak lelakinya itu setelah mendengar kata kata pengurusnya bahawa Aqeef telah dilaporkan oleh gurunya telah memperkosa seorang pelajar perempuan tingkatan 5. Ketika ini Aqeef baru sahaja berumur 13 tahun.
Tidak, Anaknya tidak melakukannya. Raut wajahnya yang amat tampan, membuatkan hampir satu sekolah terpaut padanya walaupun dia kelainan upaya, serta tidak sempurna seperti mereka. Sehingga menyebabkan ada yang taksub, sehingga menuduhnya sedemikian rupa kerana Aqeef menolak permintaan mereka yang ingin menjadikan Aqeef sebagai teman lelaki mereka.
Adakah langsung tidak terlintas difikirannya, satu satunya permata dalam rumah tangga Tan Sri Aiden dan Puan Sri Bainah itu kelainan upaya? Malahan telefon pintar yang sering digunakan oleh remaja zaman kini itu diibaratkan sebagai alkohol dan khinzir yang haram dipegang oleh umat Islam itu juga disekat oleh mereka? Bagaimana Aqeef ingin berkomunikasi bersama peminat peminatnya, yang langsung tidak memahami bahasa isyarat?
'Pa, aqeef tak buat semua tu pa. Aqeef difitnah' terdetik ayat berbaur pilu, dan kecewa dalam hati namun tak mampu diungkapkan dengan kata kata kerana kekurangan yang terbentuk semua jadi dalam diri,sejak kecil lagi. Gugur air mata jantannya satu persatu.
Seorang anak kecil, berumur 10 tahun serta bertocang dua hanya melihat peristiwa itu di sebalik dinding mewah dapur sambil menangis teresak esak melihat pujaan hatinya dilakukan sebegitu rupa. Mak esah hanya mengusap belakang anak gadisnya sambil menahan pilu yang tersekat di dada.
Aqeef Azri, kaulah syurgaku.
YOU ARE READING
Mr Silent.
RomanceCaptain Aqeef Azri. Berjanji untuk menjadi seorang yang kental, gagah tanpa menghiraukan kekurangan dirinya. Inilah kisahnya.