TOK TOK!Rasa mahu bergegar telinganya menangkap bunyi yang mengetuk pintu biliknya. Dia mengambil bantal patung kartun Doraemon sebesar kanak-kanak berumur 5 tahun lalu dilekapkan pada telinganya mahu menghalang bunyi dari luar.
"Luna Elvina! Angkat baju dekat luar tu! Sampai bila kamu nak biarkan baju tu dekat luar?" jerit Juwita dari luar bilik anak dara tunggalnya sambil mulut masih lagi terkumat-kamit membebel kepada anaknya itu.
Terpisat pisat dia menolak bantal patung Doraemon tadi daripada menghalang pendengarannya ke tepi katil. Lambat-lambat dia bangkit dari perbaringan dan mencelikkan matanya sambil memandang siling putih biliknya. 'Aduh umi ni aku dah separuh mati mengantuk dia boleh bangunkan aku pula!' omelnya dalam hati. Walaupun dia rasa malas tak terhingga, dia tetap bangun dari perbaringannya dan membuka pintu.
"Ya umi?" Elvina menguap besar. Dia menyandar badannya pada frame pintu lalu meraup mukanya.
Wajah Juwita masam melihat Elvina yang dengan selambanya menguap dihadapannya. "Hish, kamu ni dah pukul 1 petang pun tak bangun lagi ke?" Kepalanya menggeleng perlahan. Aduh, anak dara aku ini lah! Ingatkan balik nak bawa makanan untuk kedua anaknya itu, sekali cari anak lelakinya, hilang. Anak daranya pula, tidur. Dua dua tidak boleh diharap.
Elvina tersengih mendengar bebelan uminya itu. Tapi, seperti biasa, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Dilihat tangan kanan uminya terdapat beberapa plasik jernih serta bebrapa plastik berwarna merah terang. Eh eh makananlah!
"Hehe umi, itu makanan taknak bagi ke?" Keningnya dijongket berkali kali sambil tersengih seperti kambing sedang meragut rumput.
Juwita menepuk dahinya kerana terlupa akan sebab dia kemari. "Hah, lupa pula. Nanti telefon Emran suruh dia balik dan makan. Ini umi dah beli lauk dari Achik Ina tadi. Nasi pun umi dah beli. Nak suruh kamu yang masak nasi, memang tahun depan baru kamu buat. Itu pun belum tentu lagi. Umi balik ni pun, kalau umi tak kejut, masih berlingkarlah kamu dekat atas katil tu macam ular sawa kekenyangan. Bangun pun entah malam nanti," Sudah namanya pun umi, jika tidak membebel itu, bukan umilah namanya! Tergeleng kepala Juwita kerana dia masak sangat dengan perangai malas anaknya itu.
Baik yang lelaki, baik yang perempuan.
Elvina masih tidak menjawab dan hanya menjual senyuman sejak tadi. Memang apa yang dikata oleh uminya tadi benar-benar belaka. Kalau uminya tak muncul di hadapan pintu biliknya, memang sampai sekarang dia masih di atas katil.
Juwita mengerling kearah jam yang berada di pergelangan tangannya sekilas sebelum matanya terbeliak melihat waktu. Terus dia menghulurkan plastik tersebut kepada Elvina. "Elvina, nanti jangan lupa yang umi pesan tadi tau? Jangan lupa telefon abang kamu suruh dia balik," Dia mendekatkan tubuh Elvina kepada dirinya lantas mencium pipi anak perempuan tunggalnya itu.
"And jaga diri tau? Kunci rumah semua!" Kelam kabut Juwita berlari meninggalkan Elvina. Sudahlah dia sudah lambat mahu ke meeting!
"Bye umi!" laung Elvina dari biliknya. Dia melangkah turun ke bawah dan meletakkan plastik makanan yang dibeli oleh uminya tadi diatas meja makan. Telefon rumah berjenama Motorola diambil dan dia mendail nombor telefon abangnya, Emran. Nasib baik dia seorang genius dan mampu mengingat nombor abangnya. Tersungging sebuah senyuman di hujung bibirnya apabila kepalanya sudah merepek.
Acah.
Dalam dua deringan, dia rasa panggilannya diangkat. "Hoi abang Em! Umi dah bawa makanan, aku nak kau balik sekarang! Kau duduk luar tengah-tengah hari ni buat apa, abang oi? Berjemur berangan nak jadi Zac Efron ke?" Tanpa hi, hello mahupun Assalamualaikum, terus Elvina menerjah telinga abangnya. Macam bagus aje Elvina menegur abangnya kasar apabila abangnya angkat panggilan. Padahal bangun tidur pun sudah tengah hari buta, sibuk nak membebel dengan orang.
YOU ARE READING
Her Other Heartbeat | TERBIT
Romance• Second book of the Her Series • "Till death tear us apart." • ERA Best Romance of 2019 • FAA Best Chicklit of 2019 TERBIT DI BAWAH KB PUBLICATIONS Bukannya mudah untuk gadis biasa yang bernama LUNA ELVINA menerima hakikat yang a...