HOHB : 8

5.1K 282 8
                                    

PELUH merenik dari dahi turun ke pipinya. Itu sudah cukup terbukti betapa berdebarnya dia mahu menghadapi hari bahagianya. Sudah banyak kali dia cuba mengucap akad dan hari ini adalah hari penentuannya.

"Kau test lagi sekali," kata Hadi kepada Ilham yang masih menarik nafas berkali-kali sambil duduk di birai katil.Ilham berdehem kecil lalu tersengih lebar. Hampir 34 kali dia asyik mengulang ayat yang sama.

"Aku terima nikahnya, Ratna Sofinas binti Sofian dengan mas kahwinnya 15000 ringgit tunai." Tanpa tersekat, dia mampu berlatih dihadapan Hadi sebaga tok kadi palsunya.

Hadi ketawa terbahak-bahak sambil mengetuk bantal hiasan Ilham. "Bro, kau dah sedia habis dah tu," kata Hadi lalau menepuk bahu Ilham berkali-kali.

Sedang mereka berdua berbual sesama sendiri, pintu bilik Ilham tiba-tiba diketuk dari luar. Pintu tersebut terkuak dan terjengul kepala saudara lelaki Ilham.

"Abang Am, aunty Ita dah suruh abang keluar, dia kata dah nak mula," Beritahu budak lelaki dalam lingkungan 15 tahun itu pendek.

Ilham mengangguk seraya tangan masih gatal membetulkan kedudukan butang baju melayu putih gadingnya itu. Terus Hadi memukul tanah gatal Ilham itu."Hoi, dah okey dah tu. Kau jangan... Nanti kau dok pegang-pegang benda tu, nanti masa nak sebut nikah ha kau tercabut!" bebel Hadi sambil membetulkan kedudukan butang baju melayu Ilham.

"Kau pun janganlah doa benda tak elok, sengal!" sanggah Ilham lalu tergelak kuat.

"Goodluck, bro," Sebagai seorang kawan, jauh dilubuk hatinya, dia turut sedih dengan perkahwinan ini. Ini bermaksud selepas ini mereka tidak boleh keluar melepak selalu lebih-lebih lagi dia dah ada dua orang anak.

Ilham mengangguk dan memandang Hadi lalu memeluk erat kawannya. "Terima kasih, Hadi,"

Mereka berpelukan buat seketika sebelum Hadi menepis kawannya itu. "Dahlah, alamak! Kau nak lama-lama buat apa? Kau dah merenyam sangat nak peluk, ha nanti dah habis akad kau peluklah bakal isteri kau. Daripada peluk kau, baik aku peluk anak bini aku!" Hadi menggeliat kegelian lalu keluar dari bilik dan mulutnya riuh memanggil Dahlia dan Rina.

Ilham menghela nafas berat kerana gementar. Dia melangkah keluar dari bilik dan semua mata sedang merenungnya berjalan. Dilihat kusyen pengantin perempuan masih kosong, bermaksud Ratna masih belum sampai.

Dia melabuhkan punggung ke kusyen berwarna putih dihadapan tempat tok kadi yang masih kosong. Semua kaum kerabatnya hadir, termasuk keluarga belah ayahnya.

"Goodluck Am, jangan kau gagap pula nanti," Seorang saudara lelaki yang lebih tua menegurnya.

Dia hanya membalas dengan senyuman. Lidahnya kelu dan tidak berupaya mahu mengeluarkan perkataan akibat terlalu nervous. Entah mengapa, hatinya terdetik nak memandang keluar rumah.

Ilham ternampak seorang gadis tinggi bertubuh tinggi serta sedikit gempal berbaju kurung moden warna pink dan bertudung senada juga. Tiba-tiba hatinya terdetik seperti dia pernah lihat gadis itu, di mana ya?





"LUNA Elvina, jom ikut umi keluar!" Jeritan umi menyebabkan telinga Elvina tuli seketika.

Elvina diam sebelum otaknya boleh memproses apa yang sedang dikatakan oleh ibunya itu. Dia mengerutkan dahinya.

"Kemana umi?" Dia melabuhkan punggung di sebelah uminya, bekas kacang kuda goreng dibuka lalu dia mengambil segenggam dan terus menyumbatnya kedalam mulut sekaligus.

Melihat Elvina yang makan serupa beruk itu membuatkan Juwita menggelengkan kepalanya. Laju tangan kanannya memukul lengan anak dara tunggalnya itu. Dasar tak senonoh! Patutlah single sampai sekarang!

Her Other Heartbeat | TERBITWhere stories live. Discover now