59

247 9 0
                                    

Rasulullah S.A.W memberitahu kepada Siti Fatimah bahawa ada wanita yang tinggal dihujung kampung akan masuk syurga terlebih dahulu daripada Siti Fatimah.

Lalu Siti Fatimah pergi ke rumah wanita itu untuk berjumpa dengannya.

Hari pertama Siti Fatimah datang memberi salam dan ingin masuk ke rumah wanita itu tetapi diminta pulang dan datang esok hari kerana dia ingin meminta izin dahulu daripada suaminya.

Hari kedua Siti Fatimah datang dengan membawa seorang anaknya tetapi diminta balik semula kerana dia minta izin untuk Siti Fatimah sahaja.

Hari ketiga Siti Fatimah datang pula dengan membawa 2 orang anaknya tetapi diminta pulang semula kerana dia meminta izin utk Siti Fatimah dan anak yang semalam dibawanya.

Hari seterusnya apabila Siti Fatimah telah diizinkan masuk ke rumah wanita itu, Siti Fatimah bertanya apakah amalan yang dilakukan oleh wanita itu sehingga Rasulullah berkata bahawa dia akan masuk syurga terlebih dahulu daripada Siti Fatimah.

Wanita itu berkata dia hanya mentaati suaminya dan sebelum suaminya pulang ke rumah dia akan mandi pakai wangi-wangian. Apabila suaminya pulang ke rumah wanita itu menyediakan 2 perkara iaitu air minum dan rotan. Air untuk suaminya minum untuk hilangkan dahaga setelag penat dan rotan itu untuk merotan dirinya sekiranya dia ada melakukan kesalahan terhadap suaminya pada hari tersebut. Dia juga akan berpakaian seksi dan kain bajunya itu dia akan selak ke atas sehingga menampakkan pehanya.

KATA USTAZWhere stories live. Discover now