Bab 1

125 14 1
                                    


“DHIA, kau langsung tak tengok nenek dekat hospital. Pergilah teman nenek.. Sejak nenek masuk dekat HSI sampailah sekarang dekat PPUM, kau langsung tak ada pergi jaga.” Ujar Puan Aida sambil melipat pakaian untuk dibawa ke hospital. Bengang juga dia dengan si anak. Sudah dekat dua bulan ibunya dimasukkan ke hospital tetapi Dhia langsung tidak mahu ambil tahu. Hanya sesekali saja si gadis itu melawat neneknya.

“Dhia bukan apa, ma.. Nenek tu mulut dia macam bom atom. Sekali meletup, lama juga nak ambil masa untuk rawat hati yang terluka ni.” Jawab Dhia sambil menaip di laptopnya. Lebih baik dia memilih untuk menyiapkan manuskrip daripada pergi menemani nenek.

  “Alah.. Itukan orang tua. Kenapa nak fikir? Biarlah apa dia nak cakap pun. Janganlah simpan dalam hati. Orang tua ni kadang-kadang walaupun kita nampak dia sihat tapi minda dia kita tak tahu. Mungkin dia dah nyanyuk.” Dhia langsung tidak mengendahkan kata-kata mamanya. Yalah. Apa guna anak tujuh orang kalau yang jaga cuma tiga orang?

  “Kenapa anak kesayangan dia tak datang jaga? Masa nak kahwin dulu bukan main sayang lagi dekat nenek. Sekarang ni nenek dah potong kaki, datanglah sini jaga. Suami dia kenapa tak boleh tinggal langsung? Dia kahwin dengan lelaki lumpuh ke sehingga tak boleh ditinggalkan sekejap pun?” Puan Aida sudah terdiam. Sejujurnya apa yang dikatakan oleh Dhia adalah benar belaka.

  “Mama pun tak tahulah, Dhia. Biarlah dia. Yang penting, kita kumpul pahala kita. Dia tak nak jalankan tanggungjawab sebagai anak, biarlah. Esok lusa dia akan ada anak juga. Satu hari nanti, dia tahulah nasib dia bila anak dia layan dia sama seperti dia layan mak dia.” Jawab Puan Aida. Dhia menjulingkan mata ke atas. ‘Dasar anak manja! Kalau dah namanya anak bongsu, umur sampai dah dekat 30 tahun pun orang masih anggap bayi. Bayi apanya? Itu biawak hidup, tahu!’

“FIRDAUS!” Suara lantang itu membuatkan doktor Firdaus menoleh ke belakang. Gulp. Saat dia melihat wajah serius doktor Syarif, tahu sangatlah dia bahawa malapetaka akan muncul sekejap lagi.

“Ya, doktor?”

“Mulai hari ini, kau dengan Lim ambil alih tugas jaga wad 50. Makcik tu under team kita. Aku nak kau update dengan aku kalau wound dia tak recover dengan baik.” Doktor Firdaus mengangguk perlahan. Tanpa rela..

“Bagus. Sekarang kau pergi cucuk drip makcik tu. Dia dah mengamuk dengan nurse sebab cari urat tak jumpa.” Akhirnya.. Malapetaka dah muncul.

“Baiklah.” Jawab doktor Firdaus akur. Dengan langkah perlahan, dia menapak ke arah wad makcik ‘ganas’ yang diperkatakan oleh seluruh warga yang bertugas di tingkat enam ini. Dari pangkat cleaner sehinggalah ketua unit seperti doktor Syarif dan doktor Hariz. Semua gelarkan makcik itu sebagai makcik ‘ganas’.

“Mila, you nanti pergi masukkan drip untuk patient bilik 50, ya?” Arah doktor Firdaus. Doktor Mila yang sedang menaip laporan segera menoleh ke arah doktor Firdaus.

“Siapa nama patient?”

  “Meriam.”
 
“Hah?! Makcik Meriam?” Ternganga doktor Mila dan seorang jururawat yang berdiri di sisinya. Serta merta mereka berdua menggeleng laju.

“Kenapa kau tak nak pula?” Soal doktor Firdaus tidak puas hati. Sudahlah doktor Syarif lepas tangan. Sekarang doktor Mila pula lakukan hal sama.
 
“Weh.. Yang itu aku surrender. Kau pergilah hadap ‘meriam’ kau tu. Aku sanggup lagi kerja seminggu dekat bilik mayat daripada hadap makcik ganas tu.” Ujar doktor Mila sambil meneruskan kerjanya. Doktor Firdaus merengus kegeraman sebelum menapak ke bilik 50. Mulutnya terkumat kamit sendirian tanda protes.

“Asyik aku aje kena..” Gumamnya perlahan.

“Eh, kau nak cucuk berapa kali lagi? Aku sakitlah! Kau faham tak yang aku ni sakit?” Walaupun bilik 50 masih jauh, suara Makcik Yam sudah kedengaran dari kaunter depan unit surgikal. Doktor Firdaus mengeluh buat kesekian kalinya. ‘Sabar, Firdaus. Sabar.. Beberapa bulan aje lagi tinggal sebelum kau kena tukar ke jabatan lain.’ Doktor Firdaus cuba menenangkan dirinya sendiri.

“Assalamualaikum, makcik..”

“Eh, doktor! Apa masalah korang ni? Setiap kali nampak muka aku je nak cucuk aku. Ingat aku bodoh, ke? Menantu aku tiga orang doktor tau. Panggil menantu aku sekarang. Aku nak balik!” Doktor Firdaus menggaru kepalanya yang tidak gatal.

“Doktor, macam mana ni? Apa yang patut saya buat?” Doktor Firdaus memandang wajah jururawat berbangsa cina itu dengan wajah kosong. ‘Kau ingat aku tahu ke nak buat apa?’

  “Panggil doktor Reza.” Ini adalah kali kedua makcik Yam masuk ke sini dan kali yang lepas, doktor Firdaus telah menjadi mangsa. Dia sudah serik kalau melibatkan makcik Yam. Sanggup lagi dia bersihkan luka makcik Yam daripada ‘mencucuk’ wanita separuh abad itu. Tak tahan dengan makian dia yang menusuk kalbu tu. Boleh kena tekanan jiwa kalau dia kena sekali lagi.

  “Ya, Firdaus.” Terpancul wajah doktor Reza di muka pintu. Doktor Firdaus menahan senyum jahatnya. ‘Alah, kalau dia kena maki pun, dia dah nak pindah ke jabatan lain esok. Biarlah makcik Meriam buluh ni bagi kenangan ‘sweet sour’ pada Reza sebelum dia blah.’ Desis hati doktor Firdaus jahat.

  “Kau masukkan drip makcik ni. Aku ada kerja lain kena settle.” Ujar doktor Firdaus selamba sebelum menghulurkan jarum kepada doktor Reza yang kelihatan polos.

  “Mak, kenapa ni?” Semua doktor menghela nafas lega apabila anak makcik Yam muncul.

  “Saya nak cucuk drip pada makcik ni tapi dia mengamuk.”

“Mak sabar lah.. Kan ini untuk kebaikan mak.” Pujuk puan Aida.

“Makcik sekejap ya.. Saya cucuk sikit aje. Minta maaf ya makcik.” Ujar doktor Reza meminta izin dengan penuh sopan. Makcik Yam mendesis kesakitan apabila cubaan pertama gagal. Sekali lagi doktor Reza mencuba.

“Assalamualaikum..” Berderau darah doktor Reza apabila makcik Yam tiba-tiba memberi salam dengan suara keras. Saat itu, tiba-tiba darah mula keluar dari urat yang dicucuk oleh doktor Reza. Peluh dingin serta merta memercik di dahi doktor pelatih itu. Meremang bulu romanya apabila melihat kejadian ‘mistik’ itu.

“Sebelum kau cucuk tu lain kali minta izin tok nenek dulu. Itu lah orang muda. Mana nak percaya benda-benda ghaib ni semua.” Tak pasal-pasal doktor Reza pula kena ceramah tentang ilmu batin. Doktor Firdaus yang berdiri memerhati dari muka pintu sudah kembang kuncup hidungnya menahan tawa apabila melihat muka cuak doktor Reza yang tidak berdarah. ‘Padan muka kau. Makcik ganas dah bertukar jadi bomoh pula. Rasain loh!’

Something Sweet To RememberWhere stories live. Discover now