FIRDAUS menopang dagu sambil memandang ke arah beberapa orang jururawat yang tersenyum lebar keluar dari wad sejurus waktu kerja mereka tamat. Ada juga yang melambai kearahnya sambil mengucapkan selamat hari raya. Dia hanya menayang wajah kosong. Langsung tidak membalas ucapan mereka. Ya lah. Ada ke orang gembira kena kerja pada hari raya?
"Hey! Jauh termenung." Terangkat bahu Firdaus apabila disergah oleh Lim, rakan setugasnya.
"Kalau kau kena kerja masa tahun baru cina, kau happy ke?" Lim menggigit hujung bibirnya. Tahu sangat bahawa dia sudah tersalah cakap.
"Alah. Rileks lah, kawan. Apa nak stress? Kau tak fikir ke kebaikan disebalik kau kerja di hari raya ni. Satunya kau tak perlu nak fikir jawapan kalau orang tanya kau bila nak kahwin. Kau tak pening ke nak jawab soalan tu setiap tahun? Aku selalu mengelak tau pergi rumah makcik aku bila Chinese New Year sebab dah muak dah nak jawab soalan tu. Kalau dah kahwin macam kakak aku, diorang tanya pula bila nak ada anak. Hisy! Pening kepala aku." Lim menggeleng kepalanya sambil menepuk dahi. Sejujurnya dia sedang sedaya upaya menceriakan Firdaus. Memang loser pun kalau kena kerja pada hari perayaan. Walau ramai pesakit yang telah dibenarkan pulang sebelum raya, unit kecemasan masih juga sibuk dengan kes terkena mercun, kemalangan jalan raya dan tak kurang juga dengan kes keracunan makanan. Jangan haraplah nak duduk goyang kaki musim perayaan ni.
"Sekarang kau pula termenung kenapa? Sebab kau dah kelentong aku, kan?" Soal Firdaus sambil berpeluk tubuh.
"Kau ni, tak baik tau menuduh. Aku yang suci murni macam ni pun kau boleh buruk sangka. Jomlah berbuka puasa nanti aku belanja kau dekat Subway?" Bahu Firdaus dipeluknya bersama senyuman lebar.
"Hmm.. Ye lah." Saat itu mata Firdaus terlihat makcik Yam yang tersenyum lebar sambil melambai kepada semua jururawat saat kerusi rodanya ditolak oleh si anak.
"Cis, bahagia betul makcik tu. Dia tak tahu ke kaki dia nak kena potong lagi lepas raya nanti?" Gumam Firdaus sendirian. Kata-kata Firdaus itu berjaya menarik perhatian Lim sekaligus membuatkan lelaki cina itu turut menoleh kearah yang dimaksudkan oleh Firdaus.
"Aiyoo.. Itu makcik banyak bahaya woo.. Sekali dia melenting, boleh berhenti sekejap jantung aku."
"Doktor.." Suara makcik Yam yang kedengaran di depan kaunter itu membuatkan mereka berdua kehilangan kata-kata.
"I.. Iya, makcik Meriam?" Jawab Lim jelas menunjukkan betapa berkuasanya tekak makcik Yam.
"Selamat hari raya!" Firdaus tersenyum tawar. 'Makcik ni peril aku ke apa?' Lim menoleh ke arah Firdaus bersama senyuman kelat. Baru saja dia ingin menenangkan perasaan Firdaus, kini makcik Yam pula mengingatkan betapa tragisnya raya buat Firdaus pada tahun ini.
"Jalan dulu, doktor." Ujar Puan Laili, anak ke empat makcik Yam.
"Haa.. Ya. Selamat jalan." Jawab Firdaus sambil menghantar dua wanita itu dengan pandangan sayu.
"Lim! Aku tak dapat raya tahun ni.." Rengek Firdaus sambil berpura-pura menangis di bahu Lim.
"Sabarlah, bro. Tak raya tahun ni bukan bererti dunia dah berakhir. Nanti aku makankan ketupat untuk kau, ya?" Serta merta Firdaus mengangkat wajahnya dari bahu Lim.
"Kau cakap apa tadi? Mana dapat ketupat?" Soal Firdaus pelik. Wajahnya penuh syakwasangka. Jangan kata yang..
"Lim, kau cuti ke raya ni?!" Lim tersengih saja sebelum dia mengambil fail pesakit dan beredar dari situ.
"Lim Kok Wing!" Serta merta Lim menoleh ke belakang dengan mata yang dijengkelkan.
"Sekali lagi kau ejek nama aku, aku batalkan niat aku untuk teman kau pada hari raya." Ugut Lim kegeraman. Suka hati dia saja nak panggil orang dengan nama universiti macam tu. Sedap-sedap mak dia beri nama Isaac Lim, boleh pula si Firdaus panggil dia Lim Kok Wing. Dia pun sebenarnya pelik kenapa semua orang panggil dia Lim sedangkan Lim itu nama keluarganya, bukan nama dia pun. Pelik sungguh!
YOU ARE READING
Something Sweet To Remember
RomanceBased on true story. Mostly.. I dedicated this story specially to Dr. F. Thank you for the sweet memory, Dr. F