Aku Pilih Bahagia Bab 1

2.9K 57 9
                                    

JAUH lagi Dhiya dah nampak senyum tersungging di bibir Aidan . Manis . Dengan lesung pipit Aidan yang dalam di pipi, buat mata terus terpaut . Hilang semua stress dan penat dik kerana tugasan kerja di pejabat tadi .

Aduhai suami ...tak pernah tak jatuh cinta setiap kali pandang seraut wajahmu . Semakin hari , semakin menebal perasaan sayang . Betul la kata orang , suami syurga seorang isteri. Mendapat senyumannya sahaja , boleh buat badan lunyai terus kembali segar, segala masalah tetiba terbang melayang . Sempat lagi Dhiya bermonolog dalam hati, memuja suami sendiri .

"Dhiya okey ke hari ni? Ada masalah kerja ke? " Tanya Aidan sebaik saja Dhiya menyalami tangan.

"Okey je. Kenapa...nampak muka Dhiya macam serabut sangat ke?"

Aidan tak jawab soalan Dhiya, sebaliknya menghadiahkan lagi sejuring senyuman yang penuh pengertian. Dengan pandangan mata yang redup merenung wajah Dhiya, penuh kasih. Tak pernah luak perhatian dan kasih sayang Aidan terhadap Dhiya. Manalah Dhiya tak jatuh cinta berjuta –juta kali pada suaminya.

Seingat Dhiya , masa mula- mula kahwin dulu , taklah berlebih –lebih dia sayangkan Aidan . Tapi dari sehari ke sehari , menjadi isteri seorang Aidan buatkan Dhiya bahagia sangat . Dunia rasa dah cukup lengkap .

Aidan tu baik giler . Dah la sejenis lelaki yang tak pernah tinggal solat , tak pernah miss ngaji Quran . Nafkah Dhiya , sekali pun dia tak pernah lupa beri . Ringan tulang pula tu . Kat rumah, Aidan yang lagi banyak buat kerja rumah tangga berbanding Dhiya. Aidan memang jaga Dhiya sungguh – sungguhlah! Ingat lagi , masa Dhiya masuk hospital sebab appendix , dua tahun lepas , siang malam Aidan jaga Dhiya sampaikan tak balik rumah langsung . Sama-sama masuk hospital dengan Dhiya.

Manalah Dhiya tak sayang Aidan sangat-sangat....

Aidan taklah kaya . Taklah melimpah ruah harta. Yalah , kerja pun makan gaji kan, walaupun ketua engineer, tara mana sangat boleh dapat jana pendapatan di hujung bulan . Lain la big boss , tuan punya syarikat .

Cumanya ... Aidan ni sangat kaya dengan tanggungjawab , perhatian dan kasih sayang pada Dhiya !

Tapi untuk sara keluarga kecil dia orang , gaji Aidan tu berlebihan banyak juga . Nak buka cawangan lagi satu pun Aidan mampu. Haippp...jangan!

"Dhiya kena buli dengan Majid tangkai jering ke tadi di pejabat?"

Bila kereta dah mula bergerak , Aidan ulang tanya . Berkisar pada persoalan yang sama .

"Taklah! Mana ada...," balas Dhiya bersahaja , kekonon cuba sembunyikan sesuatu .

Aidan toleh ke sebelah. Satu jari telunjuk dinaikkan ke atas dan cuit pipi putih Dhiya. Lembut saja perlakuannnya. Hati Dhiya semakin terpujuk . Tak ada apa dah yang nak dimarahkan pasal kerja yang tak seharusnya dia tanggung hari ini.

"Tak payah nak sorok sangat okey? Luahkan saja pada husband you . Sekarang dah lepas office hours kan , I bukan lagi boss . Majid jering buat hal lagi eh , masa I takde? "

Aidan dah sedia maklum , Majid tangkai jering ni selalu buat perangai sewaktu ketiadaannya di pejabat . Dia suka membuli pekerja dengan bagi tugasan banyak –banyak , supaya dia dapat mengular sana sini . Dah ramai yang mengadu . Cuma Aidan tengah mengumpul bukti kukuh untuk ambil tindakan . Dengan Dhiya , isterinya pun Majid tak takut, dikulikan aje semua orang. Bajet jadi big boss sungguh!

Dhiya mengerling sambil melarikan mukanya ke arah tingkap cermin di sisi.

"Tahu – tahu je dia...."

AKU PILIH BAHAGIAWhere stories live. Discover now