Aku Pilih Bahagia Bab 7

1.5K 50 27
                                    

BEBERAPA bulan berlalu .

"Ya Allah , hanya pada Mu tempat ku bermohon. Kurniakanlah yag terbaik buat diri dan rumah tanggaku . Aku telah berusaha ya Allah , aku berserah kepadaMu. Kuatkanlah ikatan dan kasih sayangku bersama suamiku Aidan. Ku mohon supaya Kau palingkanlah suamiku dari perbuatan yang tidak halal terhadap perempuan lain .

Kau berilah aku dan suamiku petunjuk ya Allah , untuk menjalani kehidupan nerumah tangga yang rukun dan aman damai. Jauhi kami dari anasir –anasir jahat dan gangguan –gangguan samada dari manusia dan syaitan . Ya Allah aku mohon , tumbuhkanlah rasa cinta dan kasih sayang suami padaku dan jauhilah dirinya dari menyintai perempuan yang tidak halal di luar sana. Kekalkan rumah tangga bahagia kami ya Allah , di dunia sehinggalah ke syurga jannahMu.

Tapi... seandainya berkongsi kasih itu adalah yang terbaik untuk kami , ku mohon petunjuk ya Allah . Hanya pada Mu aku berserah . Sesungguhnya aku insan yang tidak mampu mengatur takdir hidup . Hanya Engkau Pemegang diriku dan hati suamiku. Amin Ya Rabbal Alamin "

Usai berdoa Dhiya bermenung di atas sejadah . Merenung kembali segala usahanya beberapa bulan ini . Dia telah berusaha menjadi wanita idaman Aidan . Seperti Humaira. Ubah penampilan jadi lebih stailo , rajin memasak , menggoda suami tak kira siang dan malam.

Setiap malam Dhiya tak pernah lupa untuk bangun bertahajud solat hajat , memohon doa dan bermunajat pada Allah supaya memelihara rumah tangganya dari diganggu orang luar. Supaya Allah tambahkan rasa cinta dan kasih sayang mereka suami isteri. Supaya hati Aidan tetap untuknya , isteri yang dihalalkan Allah.

Rasanya sudah sehabis daya Dhiya cuba mempertahankan rumah tangganya. Dah all out semua benda yang mampu dia buat.

Akan tetapi...

Suaminya Aidan masih mengejar Humaira. Masih tak berubah juga. Tetap berjumpa , tetap berdating , tetap melayan itu ini pasal Humaira dan anak –anak . Walaupun Aidan tak pernah mengabaikan kebajikan Dhiya . Nafkah Dhiya zahir dan batin tetap tak pernah kurang . Sikitpun tak luak . Layanan Aidan pada Dhiya tetap sama .

Tamakkah Dhiya ?

Semalam , sebelum tidur Dhiya tanya lagi pada Aidan apa kurangnya dia sebagai isteri Aidan ?

"Kan selalu I kata , you tak pernah kurang apa –apa Dhiya."

Seperti biasa, inilah jawapan klise Aidan. Bersahaja, lembut ton suaranya , tidak membayangkan yang dia rasa bersalah pada Dhiya. Hanya perbualan biasa mereka suami isteri , yang suka berterus – terang dalam semua perkara.

"Habis tu , Humaira siapa bagi Dan?"

Cara Dhiya tanya , biasa – biasa saja . Tak menunjukkan yang dia marah atau cemburu pada Humaira.

Aidan jeda seketika.

"Cinta I pada dia tak pernah hilang Dhiya. Dia cinta pertama I ... bukan I tak pernah cuba untuk buang perasaan I pada Humaira , tapi I gagal. Setiap kali I cuba , rasa sakit sangat dada I ni . Malah perasaan tu semakin kuat datang . I selalu rindu Humaira."

Hanya Tuhan saja yang tahu betapa perit dan pedihnya perasaan Dhiya bila mendengar pengakuan tanpa selindung- selindung dari si suami. Terkedu Dhiya. Pejamkan mata seketika untuk memujuk hati di dalam . Aidan ni , punyalah jujur sehingga tak sedar telah melukakan hati isteri yang dah lama dinikahi. Gila kejamnya. Ya Allah, di saat ini , Dhiya hanya cuma mahu ketabahan dan kesabaran .

"Habis tu Dhiya ni siapa pada hati Dan?"

"You isteri I , I sayang you Dhiya."

Owh... sayang Dhiya , tapi cintanya pada Humaira. Isteri hanya disayangi , kekasih dicintai sepenuh hati.

Dhiya ketap bibir. Menahan sebak dada dari dilihat Aidan . Mujur cahaya lampu tidur yang samar –samar ini menjadi penyelamat . Perubahan di wajahnya yang ketara , mungkin tak dapat dilihat Aidan dengan jelas.

"Okey..."

Dengan suara perlahan , antara dengar dengan tidak , Dhiya okeykan saja. Biarlah suaminya berbahagia, jika itu kemahuan Aidan . Memang betulpun , Dhiya adalah perempuan kedua yang muncul dalam hati Aidan . Entah – entah tak masuk dalam hati pun . Mungkin Aidan terima Dhiya dahulu sebab tak ada pilihan lain . Dia nak move on , nak kahwin . Sebab tu tangkap muat siapa saja. Secara kebetulan jumpa Dhiya masa tu. Maka Dhiyalah yang jadi isteri gantian .

Dia disayangi Aidan hanya kerana dia ada gelaran isteri . Jadi dia bukan siapa- siapa pada Aidan jika tidak kerana ijab dan qabul yang berlaku beberapa tahun dahulu .

"Dhiya, terlanjur dah sebut pasal Humaira...I nak bincang sesuatu."

"Bincang apa Dan?"

Debar di dada Dhiya sudah mula kencang . Hati yang dah sedia retak , seakan –akan menunggu masa untuk terus hancur berkecai. Namun Dhiya tetap bertabah untuk berlagak seperti biasa. Seolah –olah dialah isteri solehah yang sentiasa reda dengan keputusan suami.

"Tentang hubungan I dengan Humaira. You pun tahu macam mana kan Dhiya, everything I cerita pada you , I tak pernah sorok apa –apa..."

"Yea... tapi , what's in your mind Dan?"

"I tak naklah hubungan I dengan Maira dok takat tu saja. Tak elok selalu – selalu jumpa tanpa ikatan yang sah . I tahu berdosa, tapi tak jumpa pun tak boleh jugak , gelisah semacam smpai tak boleh buat kerja pulak . I serius dengan Maira . Tak ada niat nak main – main ."

"Maksud Dan? Apa yang boleh Dhiya bantu?"

Buat – buat tanya pula Dhiya. Padahal pejam mata pun dia tahu apa yang cuba disampaikan oleh Aidan .

"Dhiya okey tak kalau Dan jadikan Maira sebahagian dari keluarga kita? Jadikan anak –anak dia sebagai tanggung jawab I. Kasihan tengok budak – budak tu Dhiya . Dia orang perlukan kasih sayang seorang ayah ."

"Dan nakkan Maira ke atau anak –anak dia?"

Maklumlah sampai sekarang mereka berdua belum dikurniakan cahaya mata lagi.

Aidan senyum tipis.

"One plus two la Dhiya . Ambil emak , dapat anak –anak sekali. Mana tahu , berkat jaga budak –budak malang tu , kita berdua dikurniakan rezeki anak sendiri."

Hurm ....

Alasan .

Ini ayat nak memujuk dan menyedapkan hati Dhiya la ni . Supaya Dhiya setuju untuk bermadu. Dhiya hanya mendiamkan iri. Cuba dan cuba pujuk hati supaya bertabah saat ini. Jangan tunjuk sangat jika tak suka.

"Dhiya macam mana ...setuju tak?"

Setuju? Gila!

Aidan cucuk – cucuk lengan Dhiya dengan jari telunjuk, untuk dapat perhatian Dhiya yang diam saja dari tadi.

"Kalau Dhiya tak setuju pun Dan tetap on juga kan ? Dhiya tau Dan dah pun plan - plan dengan Humaira... "

Giliran Aidan pula terdiam .

"Bagi Dhiya masa boleh ?" Pinta Dhiya .

"Sure. Ambil la masa Dhiya . I akan tunggu . Selain dari restu emak ayah , I juga nak restu dari you. I tak akan belakangkan you Dhiya."

Dhiya telan liur pahit. Restu ? Jika dia tak restu sekali pun , Dhiya tahu Aidan tetap akan teruskan rancangannya. Suka atau tidak Dhiya terpaksa reda. Nasib dialah , jadi orang kedua dalam hati Aidan . Walaupun dia isteri pertama , dia tetap jadi orang kedua. 

AKU PILIH BAHAGIATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang