TENGAH HARI tu , Dhiya tak makan dengan Aidan. Dhiya makan di restoran kampung bersama mak cik – mak cik bawang , sementara Aidan dengan geng –geng bujangnya . Sekali -sekala , memang dia orang akan luangkan masa bersama team masing –masing . Taklah makan berdua memanjang . Bosan juga kan.
"Dhiya ... guest what , masa lunch tadi I jumpa siapa?"
Seperti biasa, sebelum tidur , masa baring –baring atas katil Aidan akan ajak Dhiya sembang –sembang . Masa nilah dia orang akan share semua perkara dan perasaan yang dilalui sepanjang hari . Sebab tu , apa-apa saja yang berlaku pada Dhiya , Aidan mesti akan tahu . Begitu juga sebaliknya.
"Manalah Dhiya tahu. I bukan stalk you Dan ... "
"Yelah ... I tahu you busy kupas bawang dengan geng mak cik tu , mana nak ingat pasal I yea."
Dhiya sengih . Memang iya pun . Riuh rendah kawan-kawan perempuannya bercerita dari satu isu ke satu isu masa makan tengah hari tadi . Banyak betul kes tertangguh yang dikupas dalam masa sejam tu. Manalah sempat nak ingat pasal Aidan .
"Sebenarnya you jumpa siapa Dan ? Mesti seseorang yang sangat special kan , sebab you nampak excited je nak cerita pada I?"
Aidan pandang anak mata Dhiya . Dia angguk seraya senyum. Manis seribu makna senyuman tu . Baru Dhiya perasan , seri wajah Aidan agak luar biasa sejak balik dari pejabat tadi .
"Siapa Dan?" Tetiba Dhiya pula jadi tak sabar nak tahu .
"Humaira." Jawab Aidan perlahan.
Lama Dhiya terdiam . Memikir.
"Ex you? Serius? Kat mana?"
Bulat jugalah mata Dhiya lepas tu. Tapi , yang lagi nyata dadanya dup dap dup dap berdegup kencang . Entah kenapa tak tahulah , sedangkan Dhiya dah lama tahu Humaira hanyalah sejarah pada Aidan . Selama bergelar isteri Aidan , dia tak pernah ambil kesah . Itu kisah silam Aidan .
"Kat restoran bangunan sebelah . Katanya dia kerja situ ."
"Iya? Bukan dulu Dan cerita dia suri rumah sepenuh masa ke?"
Aidan senyum . Dicoleknya pipi Dhiya sekali dengan jari telunjuk.
"Itu dulu Dhiya . Berzaman dah! Kehidupan manusia kan ada masa berubah –rubah ."
Dhiya angguk perlahan . Setuju. Betul la tu.
"Dia macam mana Dan? Masih cantik?"
Aidan tak jawab . Dia pandang Dhiya . Senyum lagi. Macam tadi, senyum seribu erti. Tapi Dhiya nampak mata Aidan yang bersinar –sinar . Macam penuh cahaya cinta gitu.
Isk...takkanlah. Mana ada apa -apa . Bisik hati Dhiya.
Masa bertunang dulu, Aidan dah berterus –terang cerita yang dia pernah bertunang . Humaira tu la bekas tunangnya . Dia orang tinggal sekampung. Bercinta sejak kecil lagi. Kiranya cinta pertama Aidanlah tu . Tapi bila habis belajar kat universiti , emak ayah Humaira kahwinkan dia dengan orang lain . Ustaz katanya. Maka , dengan rasmi putuslah hubungan antara Aidan dan Humaira.
Lepas tu Dhiya tak pernah tanya dah pasal Humaira . Semua dah jadi kisah silam Aidan , tak ada kena mengena dengan rumahtangga dia orang. Humaira dengan kehidupan dia sendiri , dan Aidan pula hidup dengannya .
Masing –masing ada arah sendiri – sendiri . Dhiya tak pernah ungkit pasal Humaira. Sebut nama pun tidak . Sebab, bagi Dhiya ...semua tu dah tak penting. Yang lebih penting adalah hubungan dia dan Aidan .
Sampailah ke hari ini....
Nama Humaira muncul semula. Aidan yang menyebutnya.
Tapi rasanya masih tak beri kesan apa –apa. Bukankah Humaira tu isteri orang? Walaupun dia kerja di sebelah bangunan pejabat dia orang je, masih tak ada masalah apa-apa kan . Takkanlah isteri seorang ustaz nak buat perangai . Walaupun sekarang ni macam –macam boleh jadi .
Dhiya renung Aidan di sebelah . Aidan balas renungan isterinya.
"Dannn..."
"Iya Dhiya...."
"Dan masih rindu dia?"
Jeda seketika. Kelihatan Aidan menelan liurnya.
"Dia cinta pertama I ... Dhiya."
Perlahan je jawapan jujur Aidan .
Dhiya faham . Tapi tetap tunjuk yang dia relaks . Dia dan Aidan dah biasa berterus – terang . Hak Aidan untuk terus mengingati Humaira. Aidan tak salah pun .
Selama ni , Aidan dah jaga dia elok –elok .
"Tapi you tetap isteri yang I sayang Dhiya ...." Sambung Aidan seketika kemudian .
See? Aidan tak pernah lupa yang dia suami Dhiya .
"Dhiya pun sayang you Dan ...."
"Tidurlah... biar you banyak tenaga , boleh bertekak dengan Majid jering esok . Jangan biar saja dia buli you!"
Dhiya ketawa kecil sambil tangan pukul manja dada Aidan . Adanya Aidan di sebelah, dia dapat pejam mata dengan aman dan tenang . Tak perlu fikir yang bukan – bukan .
Sekejapan saja Dhiya dah dibuai mimpi indah .
Aidan?
Tak semudah Dhiya tidurnya. Lebih –lebih lagi selepas bertemu semula dengan Humaira siang tadi . Humaira tetap seperti dahulu. Berwajah manis, bibir penuh senyuman , tutur kata lemah lembut , penuh santun. Tak berubah langsung . Susuk tubuh pun sama . Tak gemuk kerana usia , walaupun sudah bergelar ibu kepada dua cahaya mata. Kecil molek persis anak dara dua puluh satu tahun!
Tanpa sedar Aidan tersenyum –senyum sendirian.
Dia pun tak sangka dapat berjumpa semula dengan Humaira . Dah sepuluh tahun Humaira kahwin , bermakna sepuluh tahun jugalah mereka tak pernah berhubung .
Ada la sekali dua dalam sepuluh tahun tu Aidan terserempak dengan adik lelaki Humaira di masjid , semasa masing –masing balik kampung . Ceritanya , hidup Humaira baik –baik sahaja dengan pilihan keluarga. Dengar Humaira bahagia , Aidan pun dijentik rasa gembira. Walaupun mereka tak berjodoh.
Jumpa siang tadi tak sempat sembang lebih –lebih pun . Dah nak habis waktu rehat . Humaira pun kelihatan tergesa –gesa nak pergi . Tapi sempatlah cerita dia kerja kat mana. Dan Aidanpun sempat juga hulur kad namanya.
Seandainya Humaira contact dia balik ... macam mana yea?
Macam mana ... macam mana apa?
Tetiba rentak jantung Aidan berirama lain macam...
******
Nota kecil dari kakak :
Sebenarnya citer ni taklah fokus pada suami curang atau citer sondol menyondol .......TAPI isinya lebih kepada citer MOVE ON isteri yang terniaya dalam rumah tangga. Namun , bab awai2 ni memang kasi emosi sikit dan menyampah kihkih . Jangan putus asa dan kecewa tau... kak Un tau kita - kita semua tak suka citer madu2 ni . Tapi percayalah ... plot citernya nanti buat kita puas hati .
owh yea... bagi yang belum tahu , citer ni asalnya diinspirasikan dari confession IIUM - citer Lynn dan suaminya Dani . Kak uN nak kasi ending yang bahagia untuk Lynn tu sebab dia baik sangat .

ANDA SEDANG MEMBACA
AKU PILIH BAHAGIA
RomanceStory AKU PILIH BAHAGIA ini adalah cerita yang diinspirasikan dari Confession IIUM , Melukut Di Tepi Gantang . Baca confession ni buat Kak UN murung berhari - hari kerana kasihankan Lynn (watak sebenar dalam confession) Sebab tu Kak UN tulis ci...