MELAYU AGUNG

28 4 4
                                    


Perahu kita perahu kayu,
Perahu kayu didayung Melayu,
Perahu Melayu perahu peneroka,
Meneroka dua lautan luas terkemuka,

Beribu tahun meneroka lautan luas,
Berani meredah ombak gergasi buas,
Layar ditentu dengan burung dan bintang,
Tiada gentar melawan arus yang menentang,

Mendarat beribu batu nun jauh di barat,
Melayu jelajah laut dan juga darat,
Saudara serumpun berlabuh sebelah timur,
Menduduki ribuan pulau jauh berterabur,

Jelajah laut telah kita rasai,
Bercucuk tanam pula kita kuasai,
Dibina kota sementara laut belum reda,
Itulah permulaan tamadun kita yang muda,

Tanah merah bertarung taring di pesisir pantai,
Merong mahawangsa pula datang mengintai,
Bermula kecil bagai bukit yang tidak dirai,
Pantas menjadi gunung, segala gunung kita kuasai,

Mekar bak bunga saudara di Jawa dan Sumatera,
Dari Formosa ke Irian Jaya di hujung nusantara,
Mengikut jejak saudara kita nun jauh di Champa,
Di bawah Melaka semenanjung emas tiada hampa,

Kitalah raja laut dan selat pedagang,
Bahasa kita ditutur pelbagai bangsa yang datang,
Bersopanlah mereka walau berbekalkan senapang,
Kerna keris mengunus sehingga Venice tanpa berperang,

Dianugerahi kita pelbagai gelaran dan nama,
Pencapaian diangkat pelbagai bangsa ternama,
Nusantara bernaung di bawah berlainan raja dan takhta,
Syukur semenanjung Melayu diperintah kesultanan kita.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 04, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

NUKILWhere stories live. Discover now