"Tapi kenapa 48 jam? Aku belajar matematik, sehari ada 24 je." soal Haeun. Pemikirannya tidak mampu berfungsi dengan baik. Terkejut mungkin?
"Fail yang kau letak atas meja ni aku dah selak. Tema wedding, kan? Makanya, 24 jam untuk aku dan 24 jam lagi untuk kau." jelas Jungkook.
"Aku tak.." belum sempat Haeun menghabiskan ayatnya, Jungkook bersuara lagi. "Alah, bodoh lah kau ni! 24 jam untuk event, 24 jam lagi photoshoot. Kenapa lah aku terjebak dengan semua ini?" Jungkook mengeluh kecil.
"Ouh.." balas Haeun menandakan dia sudah faham. Itulah, lambat sangat nak pickup. Tak pasal-pasal kena 'bodoh'.
"So, do you agree or not?" soal Jungkook dengan mimik wajah yang serius tetapi annoying. Haeun pula teragak-agak mahu menjawab.
"Hello sayang, yes or no?" Jungkook bertanya lagi. Sayang? Pipi Haeun sudah mula memerah. Lantas dia mengalihkan pandangannya daripada Jungkook.
"Hurm?" Jungkook mencuit Haeun.
"Boleh tak jangan buat macam tu? Aku segan lah!" kata Haeun dengan nada yang tinggi. Dia segan bukan kerana suka akan Jungkook, tetapi orang disekelilingnya memandang mereka dari tadi.
❝Sweet lah dia orang tu. Awak tak buat macam tu pun dengan saya, hurm!❞
❝Hensemnya dia. Eh! Dia pandang aku lah!❞
Akhirnya Jungkook sedar tindakannya itu telah menarik banyak perhatian. Dia kembali bersandar pada kerusi. Mahu 'control macho' and buat seperti tiada apa berlaku.
"Okay, jawapan?" Jungkook yang tadinya suka menyakat kini kembali serius. Haeun ketawa kecil di dalam hati.
"Hmm, yes but.." kata-katanya terputus sekali lagi.
"Okay, settled. Text me when you need anything, later." Sebaik sahaja menghabiskan ayatnya, dia terus bangun dan berlalu pergi meninggalkan Haeun sendirian. Haeun tersenyum sinis.
Tidak lama selepas itu, Haeun juga melangkah keluar dari Kafe itu.
◃───────────▹
"Okay, pelajar. Apa perkembangan projek kamu setakat ini?" soal Puan Lee kepada pelajar-pelajarnya.
"On the way, Mrs. Lee!" jawab salah seorang muridnya. Namun, Puan Lee lebih tertarik melihat Haeun yang sedang termenung.
"Haeun, apa perkembangan projek kamu?" Haeun tersedar daripada lamunannya apabila mendengar namanya diseru. "Huh?" Haeun terkedu seketika.
"Saya tanya, apa perkembangan projek kamu? Kamu termenung apa dari tadi? Ada masalah dengan teman lelaki ke?" kata Puan Lee. Siapa yang tidak kenal akan Puan Lee yang suka menghangatkan keadaan dengan mulutnya yang 'laser'.
"Maaf, Puan Lee. Saya tak ada masa untuk bercinta. Anyway, projek saya baru sahaja nak bermula. Saya baru dapatkan seorang model semalam. Jika tiada apa-apa hari ini, saya akan mulakannya petang ini." ujar Haeun memberi penjelasan sambil menyindir. Panas pula rasanya.
Satu kelas memandang ke arah mereka berdua. Kelihatan Haeun berpuas hati manakala Puan Lee sedikit geram dengan kata-kata Haeun. What you give, you get back. Hah, begitulah.
"Okay, baiklah. Kita teruskan dengan pelajaran kita pada hari ini. Saya akan mulakan dengan topik baharu." arah Puan Lee.
"Weh, Haeun. Beraninya kau." kata Yejin, rakan sekelasnya.
"Dia fikir dia seorang je yang ada hati dah perasaan? Dia boleh buat, aku lebih lagi." Haeun betul-betul marah dengan tuduhan Puan Lee terhadapnya tadi. Yejin yang disebelahnya hanya mengiakan kata-kata Haeun.
"Marah sangat kau ni. Chill babe. Abaikan je la dia. Kau macam tak tahu perangai dia macam mana." Yejin cuba menenangkan Haeun.
Tiba-tiba handphonenya bergegar dari dalam poket seluarnya. Satu mesej diterima.
"Jumpa dekat lobby lepas habis kelas."
bersambung..
vote and comment
to support my story.@CHOCTAE- 2019
YOU ARE READING
°[slow update] 48 HOURS - JJK
Romance❛ Kisah percintaan yang bermula dan berakhir dalam masa 48 jam. ❜ Dibintangi oleh Jeon Jungkook. ◃───────────▹ started ; 9 July 2019 ended ; - cover by ; @jeonpwark / @mochys ©CHOCTAE- 2019