CHAP ; ONE

97 29 25
                                    

Jung Haeun, berusia 19 tahun, merupakan pelajar di Seoul University dalam bidang Digital Photography.

Hari sudah gelap, namun dia masih belum dapat melelapkan mata memikirkan tentang assignment yang diberikan oleh pensyarah siang tadi.

❝Dalam assignment kali ini, anda diminta untuk mencari seorang model..❞

Haeun buntu untuk menyiapkan tugasan yang diberikan pada semester kali ini. Dia memerlukan seorang model untuk dijadikan bahan dalam tugasan tersebut.

Tetapi, dia tidak tahu di mana harus dia dapatkan seorang model itu. Tugasan tersebut perlu disiapkan dan dihantar sebelum cuti semester.

"Mana aku nak cari model?" Haeun menggaru kepalanya. Serabut memikirkan tugasan yang diperoleh.

Hmm..

"Ha! Aku tahu siapa boleh tolong aku siapkan tugasan ni!"

◃───────────▹

"Weh, tolong aku boleh tak? Please.." kata Haeun kepada Jisoo. Dia kelihatan sangat terdesak memerlukan bantuan rakannya, Han Jisoo.

"Ish, sabarlah. Taehyung tak reply lagi mesej aku. Sabar boleh?" Jisoo tertekan dengan kelakuan Haeun. Nasib baik sayang.

"Alah, lambatnya boyfriend nak reply mesej girlfriend." Haeun mengusik.

"Baik kau tutup mulut kau sebelum aku sumbat phone ni dalam mulut kau.." bengang Jisoo. Asal berjumpa, pasti bertengkar. Mahu sahaja dia batalkan niat menolong sahabatnya itu.

"Nah, ambil ni. Kau kata macam-macam lagi, aku delete nombor dia." ugut Jisoo. Panas sangat hatinya.

"Hmm.. Thank you, Jisoo-ya!" Haeun mencium pipi Jisoo. Jisoo cuba mengelak tapi tidak sempat. Terlekatlah sedikit kesan gincu di pipinya.

"Kau lap.." arah Jisoo.

"Hehe.." Haeun segera membersihkan kesan gincu daripada pipi milik Jisoo. Sebaik sahaja selesai, dia terus menghantar mesej kepada nombor tadi.

HAEUN ;
Hai, Jungkook.

JUNGKOOK ;
Hai. Siapa ni?

HAEUN ;
Haeun, kawan Jisoo.

JUNGKOOK ;
Ouh..

HAEUN ;
Nak minta tolong boleh?

JUNGKOOK ;
What?

HAEUN ;
Jumpa esok lepas habis kelas.
Jam 3 kat Cafe bawah.

JUNGKOOK ;
K.

"Eh, sombongnya dia ni! Muka je hensem, perangai ergh!" Haeun merungut sendirian. Jisoo yang berada disebelahnya hanya mengendahkannya.

"Jisoo, Jungkook ni memang perangai macam ni eh? Sombong gila." soal Haeun.

"Terimalah seadaanya." balas Jisoo. Haeun hanya menghembus nafas berat dengan jawapan yang keluar dari mulut Jisoo.

◃───────────▹

Jam di pergelangan tangan Haeun menunjukkan tepat pukul 3 petang. "Jungkook dah sampai ke belum, eh?" Haeun berjalan masuk ke Kafe dengan segera. Kelihatan di sebuah meja, Jungkook yang sedang menunggu.

"Dah lama sampai ke? Sorry, lambat." sapa Haeun. Jungkook mengalihkan pandangannya daripada gadget di tangannya. Mereka bertentang mata.

"Hmm, lama lah juga." Jungkook membalas dengan acuh tak acuh. "Apa halnya?" soal Jungkook.

"Ini halnya. Janji boleh tolong aku?" Haeun mengeluarkan fail tugasannya daripada beg lalu meletakkannya di atas meja. Jungkook yang bersandar pada kerusi terus menegakkan badannya.

"Kalau aku tolong kau, apa ganjarannya?" Jungkook mahukan ganjaran. Haeun berfikir sebentar. "How about food treat?" Haeun memberi pendapatnya.

"Berbalas ke dengan apa yang aku akan buat nanti?" soal Jungkook lagi. Haeun memandang Jungkook dengan pandangan tidak puas hati. "Kau bukan buat apa pun, just jadi model untuk projek aku je." balas Haeun.

"Modelling tak silap aku gajinya mahal. Macam tak berbaloi je food treat." Wah, berlagak sungguh.

"Habis tu kau nak balasan apa?" Hati Haeun tiba-tiba sahaja panas. Ayat yang dilontarkan oleh Jungkook telah melukakan hatinya.

"Memandangkan Partner Day Event dah dekat dan aku pun belum ada pasangan untuk ke majlis tu, aku nak kau jadi pasangan aku for 48 hours." jelas Jungkook. Mata Haeun membulat.

"What?" kata hati Haeun. Terlalu sukar untuk dia berikan persetujuan terhadap permintaan Jungkook itu.

bersambung..

vote and comment
to support my story.

©CHOCTAE- 2019

°[slow update]  48 HOURS - JJKWhere stories live. Discover now