7 | Say It

4.6K 344 82
                                    

"DANEEN."

Aku buat tak dengar. Mata hanya tepat memandang ke arah refleksi diri sendiri. Tangan buat-buat sibuk meratakan losen di lengan dan leher.

"What is this? You mogok suara dengan I?"

Pantulan sosok Aslan di cermin aku kerling sekilas. Keningnya diangkat menunggu jawapan balas daripada aku.

Memang sengaja aku kunci suara. Dari balik tadi lagi aku lancarkan perang dingin. Berbaris-berbaris ayat Aslan lontarkan, sepatah perkataan pun aku tak respons.

Aku berjalan dan melintasi Aslan dengan muka selamba. Mulai sekarang, aku takkan mengalah dengan Aslan lagi.

Semuanya nak kena ikut rentak dia. Ingat aku ni apa?

"Daneen, say something."

Langkah terhenti bila lengan aku Aslan pegang. Berdiri tepat di depan, dia menghalang laluan aku. Dadanya kelihatan sedikit berombak.

"Tell me. Apa yang you tak puas hati."

"I nak tidur, Aslan. I penat." Pegangan Aslan cuba aku leraikan. Tapi, tak berjaya.

"I takkan abaikan apa-apa hal yang melibatkan you semudah tu." Renungan Aslan mula tajam.

Bibir aku ketap rapat. Dada ni dah rasa macam nak meletup. Sedaya mungkin aku cuba untuk tak keluarkan kata-kata yang tak sepatutnya.

Kenapa dia ni susah sangat nak faham?!

"Okey, kalau macam tu, kita tidur berdiri jelah dekat sini." Aku pejamkan mata.

Dah payah sangat kan!

"I harap you tak menyesal tutup mata macam tu." Semacam nada Aslan bersuara.

"Tak pun. Senang. Tak payah I nak te..."

Hangat. Buat seketika bibir aku disentuh dengan sesuatu yang lembut dan hangat.

Bila aku buka mata, wajah Aslan dah begitu dekat di depan. Pandangannya tepat menusuk. Senyumnya tertarik nipis di hujung bibir.

"Aslan, you buat a..."

"I told you, Daneen."

Aku alihkan wajah ke tepi bila nafas Aslan mengenai pipi. Tak pasal-pasal aku pula yang rasa lain. Badan dah terasa panas semacam.

Aku tak nak jadi macam sebelum ni.

Aku tak nak...

Kecewa sendiri.

"Let me go, Aslan. Kalau you nak bincang apa-apa, kita cakap esok je." Tangan aku tarik sekali lagi.

Kali ini, tarikan aku dibalas. Cukup sekali tarik, tubuh aku dah melekap ke dada Aslan. Dia siap gunakan sebelah tangan sebagai penahan supaya tubuh aku tak menjauh daripadanya.

"No. Kali ni, I takkan lepaskan you."

Entah kenapa, kata-katanya itu kedengaran lain pada telinga aku.

"Apa maksud you ni?"

Aslan diam sekejap. Renungannya statik di bibir aku sekali lagi.

Arghhh, seram!

"Kenapa you tak mahu bercakap dengan I?"

"Sebab I malas. Apa yang I tanya bukan ada jawapan daripada you pun. Lagi bagus kalau I tak tanya. Tak menyakitkan hati."

"Ada benda yang you patut tahu. Ada benda yang tak. Setakat ni, semua yang you nak tahu tu, tak perlu pun untuk you tahu."

Aku pusingkan bebola mata ke atas.

Kan aku dah kata. Memang akan buang air
liur dan buang masa je kalau bercakap dengan Aslan ni.

Aslan tiba-tiba tersenyum.

"Haa, dah kenapa you macam tu? Kelakar apa yang I cakap?"

"I rasa I kena selalu buat you geram, Daneen." Mata Aslan bergerak memerhati ke segenap wajah aku.

"You nak kena uppercut dengan I? Motif you buat I gitu? Nak I kena darah tinggi?"

Kali ini, Aslan tergelak pula.

Eee, dia ingat aku tengah buat lawak ke apa?

"Dahlah. Tepilah!" Dadanya aku tolak.

Tapi, sekejap saja sebelah tangannya dah menggenggam kedua-dua pergelangan tangan aku.

"Say it, Daneen." Mood Aslan dah berubah. Hilang tawanya, yang ada kini wajah serius.

"Say what? You nak I cakap apa?" Tak fahamlah aku.

Pertukaran mood Aslan selalu buat aku pening. Aku tak faham apa yang dia nak. Apa yang ada dalam hatinya sukar aku nak teka.

Tangannya yang menggengam tangan aku ditekan perlahan ke dada aku.

"Do you feel it, Daneen?"

Air liur terasa kering. Kemudian, dia bawa pula tangannya ke dada sendiri. Langsung aku angkat kepala. Bertembung pandang dengannya.

"Degup jantung you sama laju dengan I. You tahu apa maknanya."

Ya. Aku tahu. Sama seperti siang tadi. Ada satu tarikan yang meletus antara aku dengan dia. Tapi, aku takkan lupa apa yang dia cakap.

Dia tak boleh sentuh aku.

"Stop it, Aslan. I takkan tertipu lagi. Berhenti main dengan perasaan I." Kali ini, aku guna sekuat tenaga untuk melepaskan diri.

Dan, berjaya.

Terus aku berjalan ke katil.

"You want me to touch you. Say it, Daneen."

Kaki aku langsung terpacak. Tak menunggu lama, Aslan dah berdiri di depan aku. Riaknya yang bengis begitu buat aku rasa nak menjerit kuat-kuat.

Kenapa Aslan nak buat aku mengaku semua tu? Nak rendahkan maruah aku? Sebab nak dia sentuh aku?!

"Malam tadi, siang tadi, dan sekarang... you tahu apa yang you rasa."

"Ya, I tahu. Then, what? Awal-awal lagi you dah cakap yang you tak nak sentuh I. You lupa?!"

Cepat-cepat aku pandang ke atas. Tak mahu air mata yang bertakung jatuh. Emosi aku betul-betul tak stabil sekarang.

Arghhh, bencinya lemah macam ni!

"I tak boleh sentuh you. Bukan I tak nak sentuh you. Fahamkan ayat I tu."

"Whatever, Aslan. I tak mahu tahu. You tak nak atau tak boleh, I dah tak peduli. I cuma nak you berhenti mainkan perasaan I."

"I tak pernah mainkan perasaan you, Daneen."

Aku pandang Aslan dengan riak tak percaya.

Dia kata apa tadi? Tak pernah?

"Habis tu, apa yang you buat ni? You goda I. Lepas tu, you tinggalkan I macam tu je. Bukan sekali, Aslan. You ingat I ni anak patung?!"

"Then, say it. Say it that you want me touch you!" Aslan bersuara keras.

"YES! I nak you sentuh I. Puas hati you?!" Air mata yang aku tahan jatuh juga.

Segalanya aku lepaskan. Segalanya yang aku pendam dari semalam!

Aslan laju mendekat. Bibir aku langsung dipagutnya. Sepenuh perasaan.

Dan, aku tahu.

Sekarang ini, dia akan 'sentuh' aku.
.
PS: Cerita ni akan dihold sebab SK nak pulun siapkan manuskrip penuh. Teruskan vote and komen okay. Nak baca teaser secoet bolehlah terjah kat FB dan IG ya. Thank you juta-juta lemon!

ASLAN - #AslanWhere stories live. Discover now