•
•
•
『 jungkook』
aku terus bergegas ke perpustakaan , satu perpustakaan aku selongkah untuk cari cctv tersorok yang dikatakan yunho
❝ AKHIRNYA ! jumpa juga ! ❞ senyuman mula terukir di bibirku
lantas aku pergi ke bilik pengurusan pinjaman buku dan di situ terdapat komputer dan masih elok
rakaman cctv di buka pada tarikh 9 Ogos 2018 、iaitu tarikh kematian yunho yang paling menggerunkan dalam hidup aku
patut aku tengok sekarang atau esok ? arghh kenapa rasa gemuruh sangat ni , baik aku keluar dari perpustakaan dulu
sebaik saja aku mengunci pintu perpustakaan , mata aku terpandang satu sosok tubuh memakai jacket gelap dengan mask hitam di hujung tiang tepat memandang aku
dah lah malam , hujan lagi , lebih baik aku cepat balik
langkah demi langkah semakin laju aku berjalan , aku masih lagi rasa tak sedap hati sekarang ni
bbuk!aku terus menoleh ke belakang , tiada apa-apa
entah kenapa aku dapat rasakan yang ada seseorang ikut aku dari belakang dan sentiasa perhatikan aku
argh aku kena cepat selesaikan hal ni
baiklah , tengok rakaman ni esok dengan taehyung
•
•
•
keesokannya
『 8:00 p.m , 』
❝ MANA KAU NAK LARI CHOI YUNHO ! KELUAR SEKARANG ! ❞
bbapp !
rak buku mulai jatuh satu persatu seperti dominos , akhirnya menghempap yunho yang sedang menyorok di rak paling hujung
pelaku tersebut memakai hoodie dan mask menyukarkan untuk mengetahui siapa pelaku itu
❝ tolong — ❞
suara itu kedengaran halus di rakaman cctv itu , lantas aku terus menutup laptop , penuh rasa bersalah dalam diri aku untuk menonton lebih lagi
❝ yah ! kenapa kau terus tutup laptop ni , kasar pulak tu , dah lah laptop aku , kau kenapa kook ? ❞ ujar taehyung
aku menonton bersamanya di biliknya ,
❝ sorry , tapi aku tak boleh , taehyung , kalau aku sempat — ❞
entah bagaimana , lidahku terkelu , air mata lelaki mula mengalir ke pipi aku deras
aku tak boleh !
maafkan aku —
❝ aku rasa , kita patut viralkan video ni , barulah netizen boleh bantu cari siapa pembunuh yunho ni ❞
❝ gila ke taehyung ? kau kena fikir nyawa kau juga , aku tak rasa dia mudah diperdayakan , kita patut hantar terus rakaman cctv ni kat balai polis , biar polis buat kerja ❞
taehyung mengguling matanya ke atas dan mengeluh
❝ tch , kau ni , baru nak dapat banyak retweet ❞
❝ dah jom kita pergi ke balai polis sekarang ! ❞
YOU ARE READING
[ C ] librarian + jjk : 𝗿𝗲𝘄𝗿𝗶𝘁𝘁𝗲𝗻
Truyện Ngắn•도서관• C O M P L E T E ❝ kau tahu tak , banyak gosip yang aku dengar , library sebelah sekolah tu berhantu weyhh ! ❞ layanan pustakawan itu menjadi tanda tanya kepada seorang gadis ini ••• Story by Chiyo 12 July 2019 Librarian=pustakawan