⊱day 8

1.5K 281 19
                                    

yunho dari tadi memerhati jungkook yang sedang menyampul buku-buku lama , novel di tangan didirikan untuk menutupi wajahnya supaya jungkook tak perasan yang yunho memerhatikannya

dia taknak duduk rehat sekejap ke ? sembang dengan aku ke , ni tak dari tadi tak berhenti langsung buat kerja ❞ gumam yunho mencebik

❝ yunho ah ❞ panggil jungkook secara tiba-tiba ,  tangannya juga terhenti dari kerjanya

❝ ye , kenapa ? ❞ jawab yunho dalam keadaan agak terperanjat kerana tiba-tiba saja jungkook bersuara

susah sekali untuk jungkook mulakan bualan tapi hari ini jungkook bersuara dahulu

❝ nak main teka-teki ? ❞

❝ argh buat terkejut aku je , haa palli , aku mulakan dulu boleh ? ❞

❝ terpulang ❞ senyum jungkook

❝ okay jungkook , cuba teka , benda apa yang ada kulit tiada rambut, ada tulang tiada otot dan ada cerita tidak ada mulut ? ❞ soal yunho sambil keningnya diangkat

❝ buku , betul kan ? ❞ jawab jungkook dan mengkelip matanya pada yunho

❝ tchh , haa kau pulak ❞

❝ okay , kalau kau salah aku ketuk kepala kau , deal ❞

❝ yah ! mana adil macam tu ❞

❝ soalannya , benda apa yang senang pecah ? soalan ni mudah aku bagi ❞

❝ telur ? kaca ? hati ? haa jawaban dia hati kan ? ❞ yunho tersenyum menang , namun serta merta jungkook ketuk kepala yunho perlahan lembut

❝ kau salah ! jawapannya … ❞ jungkook mendekati sedikit ke telinga yunho

❝ janji ❞ bisik jungkook

serta merta yunho memandang jungkook dengan tatapan berasa pelik dengan lelaki itu

❝ tapi walaupun mudah dipecah oleh seseorang , takkan sekali aku akan pecahkan perkara yang aku dah janji❞ senyuman lebar terukir di wajah jungkook

yunho masih lagi terpaku menatap jungkook , suasana kembali sepi

• • •

kasut disarung dan tali kasut diikat kemas oleh yunho , tiba masanya untuk dia pulang

❝ bibidi babidi yeolchaga chulbalhane , woo woo run away run away with me ~ I NEED YOU GIRL WEWGEG ❞ ada seorang lelaki sekolah menengah seperti baru sahaja pulang dari kelas malam berjalan melalui perpustakaan itu

❝ eh tu macam namjoon ketua kelas aku , haahlah aku belum dapat jadual kelas baru ❞ gumam yunho

namjoon semakin menghampiri , yunho melambaikan tangannya

❝ namjoon ah ! aku belum dapat jadual kelas , nak boleh ❞

namjoon itu berhenti menoleh ke arah gadis itu

❝ haa boleh-boleh , jap aku cari kat dalam beg ❞ namjoon baru saja menanggalkan tali beg di bahunya , tiba-tiba dia seperti kaku kepucatan

perlahan-lahan namjoon memandang semula ke arah yunho , mulutnya terlopong , jarinya ditunding ke arah yunho

❝ be-belakang ! ARGHHHH HANTUU , TOLONG JANGAN APA-APA KAN AKU ! AKU TAK KACAU KAU PUN ❞ pecut lelaki itu berlari meninggalkan dari kawasan itu

yunho berasa pelik namun dia rasakan ada sesuatu di belakangnya , perlahan-lahan dia memusingkan badannya

❝ ARRGHH ! yah jungkook ! janganlah buat aku terkejut , kau tengok ketua kelas aku tu , dah lari tengok kau , kalau ye pun jangan tonjolkan diri sangat , perpustakaan ni dah lah banyak rumors pasal hantu ❞ bebel yunho panjang

jungkook kelihatan seperti tidak faham , atau blur memandang yunho

❝ walaupun siapapun kau , hantu ke manusia ke goblin ke aku tetap suka kawan dengan kau , jungkook ! ❞ senyum manis yunho dilemparkan pada jungkook , mereka memandang antara satu sama lain

❝ terima kasih ❞

ー  librarian ー

[ C ] librarian + jjk  : 𝗿𝗲𝘄𝗿𝗶𝘁𝘁𝗲𝗻Where stories live. Discover now