"Yoongi tunggu!"
"Yoongi!!"
Panggilnya.Diketuk-ketuknya tingkap kereta Yoongi.Nasib sahaja apabila dia keluar dari rumah,kereta Yoongi baru ingin keluar dari pagar.
Tidak dipedulikan dengan hujan yang semakin turun membasahi dirinya.Dia masih lagi setia menunggu agar sang suami membuka pintu kereta.
"Awak!"
Yoongi pula memandang kosong ke arah jalan raya.Tidak ingin dia melihat wajah isterinya.Sekali lagi ego menguasai semuanya.
Yoongi menekan pedal minyak.Diletakkan kereta-nya di tepi jalan.
Jihyo mengikutinya.Masih lagi menangis teresak-resak.Rambutnya yang sudah serabai tidak dipedulikan.
Yoongi keluar dari perut kereta.Dia perlu akhiri semua-nya hari ini.Ya,hari ini.
"Dengar baik-baik,aku berterima kasih sebab sudi kahwin dengan aku walaupun aku tak macam orang lain.Terima kasih sebab dah jaga makan minum aku selama ini.Dan rumah ni kau boleh ambil.Aku tak kisah"
Perlahan-lahan air matanya jatuh membasahi pipinya.Jihyo menggeleng kepalanya tanda tidak.
"Tak itu memang tanggungjawab saya.Please Yoongi,awak tak sayang saya ke?"
"Sayang.Kau lah perempuan kedua yang aku sayang selain eomma aku.Tapi nampaknya kau musnahkan semuanya"
"Tak!Itu semua salah faham!Percayalah.Please!!"Tangisannya semakin menjadi-jadi.
"Lepas apa yang aku nampak kau dan sepupu aku sendiri buat.Kau ingat aku nak percaya ke?Tak!!Kau seolah-olah macam perempuan sial!Tahu tak!!"
Pang!
Tidak disangka Jihyo akan menampar suaminya.Yoongi tersenyum sinis.
"Berani kau tampar aku"Dia berjalan mendekati Jihyo lalu bahunya dicengkam kuat.Rasa marah semakin membuak-buak.Tanpa berfikiran panjang dia terus menolak Jihyo ke tengah jalan.
Bbum!
Sreeet!!
Membulat matanya.Baru dia sedar dari dunia amarahnya
YOU ARE READING
Sweet and Sour Husband |MYG|
Fanfiction"Awak senyumlah sikit!" "Senyuman aku mahal tau,kalau nak aku senyum,kau perlu bayar dulu" "Dengan isteri sendiri pun kedekut.Haih,macam mana lah saya boleh berkahwin dengan awak ni?" "Sebab aku hensem,romantic dan kaya" "Tak malu angkat bakul sendi...