Sedang khusyuk Sophia melakukan kerja, tiba-tiba dia dikejutkan dengan satu panggilan telefon. 'Adu... sape pulak ni? Tak tahu ke orang tengah buat keje,' rungut Sophia.
Sophia mengambil telefon bimbitnya yang disimpan di dalam sling bag. 'Nombor sape pulak ni?' soal Sophia dalam hati. Sophia mengabaikan panggilan itu. Dia meletakkan telefon bimbitnya di atas meja. Nombor itu terus menghubunginya sebanyak tiga kali. Sophia tidak layan.
Tit, tit! Kedengaran bunyi mesej masuk. Lantas Sophia membuka mesej itu.
'Sophia... Saya ni, Luqman. Kenapa tak angkat call?'
'Oh, Luqman ke? Saya memang tak angkat kalau nombor tak kenal. Sorry,' balas Sophia.
'Oh, it's okay. Awak lunch kul bape? Jom lunch sama-sama,' ajak Luqman.
'Kul 12.30. Okay. See u later,' balas Sophia lalu menyimpan semula telefon bimbitnya di dalam sling bag.
Pada jam 12.30 tengah hari, Sophia menunggu Luqman di kaki lima pejabat. Luqman datang lima minit kemudian.
"Sorry, sorry. Saya lambat 5 minit," ujar Luqman.
"Haha it's okay. 5 minit saya maafkan. Kalau lebih, saya smackdown awak kat sini," balas Sophia sambil tersenyum sinis.
"Jom."
Luqman membawa Sophia makan di sebuah warung di tepi jalan.
"Takpe ke kita makan kat sini?" soal Luqman sambil merenung wajah Sophia. Dia ingin melihat reaksi wajah Sophia sama ada Sophia betul-betul suka ataupun sebaliknya.
"Eh, takpe laaa. Jomlah. Saya lapar ni." Sophia segera keluar dari perut kereta. "Cepatlah. Ramai dah ni. Kang kita takde tempat duduk pulak," gesa Sophia. Luqman hanya tersenyum melihat gelagat Sophia.
"Order ke camne ni?" soal Sophia.
"Self-service."
"Ooo self-service. Apa yang sedap kat sini? Cepatlah tunjuk," kata Sophia.
"Kalau saya... saya suka makan sayur," balas Luqman.
"Sayur? Ermmm... Tak sedap. Takpelah. Saya nak rasa ikan ni. Sotong ni pun nampak sedap," balas Sophia pula.
"Tu.... Hujung sana ade meja kosong. Cepat, cepat, kang orang ambik pulak," kata Sophia. Luqman tersenyum sambil mengatur langkah ke arah meja itu.
"Tempat cuci tangan katne?" soal Sophia.
"Kat sana tu, nak. Dah order air?" kata seorang pelayan wanita yang dikenali sebagai Mak Teh.
"Terima kasih, Mak Teh. Saya nak kopi panas dan air suam."
"Kamu?" soal Mak Teh kepada Luqman.
"Teh o ais limau," jawab Luqman.
Sophia dan Luqman makan dengan penuh selera.
"Sedaplah makanan kat sini. Senanglah saya nak makan tengah hari nanti," kata Sophia sambil tersenyum lebar.
"Saya pun boleh teman awak kalau awak nak," balas Luqman.
"Takpe. Eh, saya lupa nak tanya. Awak buat apa kat sini? Bukan awak stay Terengganu ke? Outstation ek?"
"Saya mintak transfer sini. Working environment kat sini lebih seronok."
"Ooo... Awak bukan orang Terengganu ke?"
"Bukanlah. Saya orang Pahang."
"Orang mana?"
"Chenor."
Seusai makan, Luqman menghantar Sophia pulang ke pejabat. "Thanks, Luqman, belanja saya makan."
Luqman membalas dengan senyuman. "Apa-apa contact la saya. Saya free je."
"In shaa Allah. Bye. Take care." Sophia masuk ke dalam pejabat.
Jam 6 petang, Sophia pulang ke rumah. Setiba di rumah, Sophia lekas membersihkan diri. Ketika dia sedang menyikat rambut, dia mendapat panggilan daripada Firas. Sophia tersenyum panjang.
"Assalamualaikum. Hi awak," sapa Sophia setelah menjawab panggilan itu
"Waalaikumussalam. Sibuk ke?" balas Firas.
"Tak la. Tengah sikat rambut. Kenapa?"
"Saje call. Macam mana keje? Okay? Ke kena buli?" soal Firas.
"Okay je. Best. Semua baik," jawab Sophia riang.
"Ramai tak staff lelaki?" soal Firas lagi
"Ramai... Handsome pulak tu. Seronok saya," usik Sophia. Di tempat kerja Sophia, majoriti ialah pekerja wanita dan sudah berkahwin. Pekerja lelaki hanya beberapa orang dan memegang jawatan besar.
"K, bye!" kata Firas.
"Hahahahahahaha... Saya guraulah. Awak.... Janganlah merajuk. Saya gurau je tu," pujuk Sophia selepas puas ketawa.
"Seronoklah dapat kenakan saya. Kalau saya layan perempuan lain, marah!" Firas merajuk.
"Ala... Saya gurau je. Sorrylah. Rakan sekerja saya semua perempuan. Lelaki semua pegang jawatan besar-besar. Dah tua pulak tu."
"Sesuailah dengan awak," kata Firas dengan nada mengusik.
"Ish, tak naklah saya. Saya kan dah ada awak. Saya tak nak orang lain dah." Firas tersenyum mendengar kata-kata Sophia.
YOU ARE READING
Hajat
Short StorySambungan atau Sekuel bagi HAJAT. Ada orang jatuh cinta, tetapi tidak ditakdirkan bersama. Ada orang yang ditakdirkan bersama, tetapi tidak jatuh cinta. Ada pula orang yang jatuh cinta, ditakdirkan bersama. Kita yang mana? - Bella Sophia