Sebulan kemudian, Sophia dan Firas menghadiri majlis walimatulurus Aisyah yang diadakan di Dewan Perdana Felda. Aisyah dan lelaki pilihannya kelihatan anggun dan bergaya apabila mengenakan busana pengantin yang direka khas oleh rakan karib mereka sendiri. Aisyah kelihatan sangat bahagia di samping suaminya, Ikhwan yang amat mencintainya semenjak dari bangku sekolah lagi.
"Nak selfie," kata Sophia kepada Aisyah.
"Meh sini. Nak duduk ke berdiri ke camne ni?" balas Aisyah mesra.
"Duduk, berdiri, semualah..."
Sophia dan Firas mengambil gambar bersama kedua-dua mempelai tersebut.
"Lepasni korang pulak," usik Aisyah sambil tersenyum sinis.
"Haha. Lambat lagi. Next year kot," balas Firas.
"Lambatnya. Cepat kan la tarikh tu," kata Aisyah.
"Haha. Time tu je semua free. Takpelah. Sophia pun suka tarikh tu," balas Firas. Sophia mengangguk sambil tersenyum malu.
Seusai menghadiri walimatulurus, mereka pergi ke MyTown yang terletak di Jalan Cochrane, Cheras. Mereka menonton wayang di situ. Selepas menonton wayang, mereka makan di Gajah Mada Restaurant.
"Nak Aromatic Banana with Cheese & Almond goreng tau," pesan Sophia kepada Firas. Firas mengangguk lalu menuju ke tempat memesan makanan. Seusai makan, mereka berjalan-jalan di sekitar situ. Pada jam 7 malam, mereka pulang ke rumah masing-masing.
"Thanks for today. Bye. Take care. Assalamualaikum," kata Sophia setelah tiba di hadapan rumahnya.
"Waalaikumussalam. Love you," balas Firas sambil mengenyitkan matanya.
"Haha. Love you too." Sophia tersenyum sipu.
Waktu berlalu pantas. Sophia dan Firas mengikat tali pertunangan mereka pada 1 September 2019. Majlis yang penuh dengan kesederhanaan itu berjalan dengan lancar mengikut perancangan-Nya. Majlis pertunangan mereka hanya dihadiri kaum keluarga dan teman rapat seperti Lisa, Hamimah, Fiqa, Akif, Izzat dan juga Haqim. Sophia mengenakan baju kurung songket berwarna ungu.
"Cantik anak Mama," puji Puan Effa.
"Terima kasih, Mama."
Hanif menghampiri Sophia yang sedang melayani para tetamu. Sophia tersenyum apabila mata mereka bertembung.
"Tahniah Sophia. Lepasni, Abang Hanif tak boleh usik lagilah. Nanti ada orang marah," usik Hanif sambil tersenyum.
"Ala.. boleh je usik Sophia. Takda sapa nak marah pun," balas Sophia yang sentiasa tersenyum.
"Tu kata Sophia. Kata Firas macam mana pulak?" kata Hanif sambil tersenyum sinis.
"Haha. Tu kena tanya tuan badan," balas Sophia sambil ketawa kecil. Firas menghampiri mereka.
"Tahniah Firas," ucap Hanif sambil berjabat tangan. "Jaga hati adik aku baik-baik. Sayangi dia seadanya. Tegur kalau dia buat salah," pesan Hanif pula.
"In shaa Allah."
"Cadang nak kawin bila?" soal Hanif.
"In shaa Allah, tahun depan. 02.02.2020," jawab Firas sambil tersenyum.
"Nice date."
"Lepas akad nikah, terus kenduri. Kad dapat kemudian, ya," kata Firas.
"Abang Hanif wajib datang. Kena bawak hadiah besar. Jangan lupa tau," usik Sophia.
"Tak payah hadiahlah. Abang Hanif tak tahu nak beli apa." Hanif sengaja mengusik Sophia. Sophia memuncungkan bibirnya.
"Tak tahu takpe. Nanti Sophia list kan hadiah apa yang Sophia nak. Haha."
"Amboi..." Lalu, mereka ketawa terbahak-bahak.
Hari bertukar minggu. Minggu bertukar bulan dan bulan bertukar tahun. Pada tanggal 2 Februari 2020, Sophia dan Firas memilih tarikh itu untuk menamatkan zaman bujang mereka. Mereka selamat diijabkabulkan di Masjid Negara.
Kawan-kawan mereka sangat gembira kerana akhirnya Sophia dan Firas bersatu jua walaupun pelbagai dugaan dan rintangan yang harus mereka tempuhi. Betul kata orang, jangan berhenti mencintai hanya kerana pernah terluka. Tak ada pelangi tanpa hujan. Dan tak ada cinta sejati tanpa tangisan.
"Nak honeymoon kat mana ni?" soal Puan Johanna kepada Firas dan Sophia.
"Pulau Kapas," jawab Sophia.
"Penang," jawab Firas.
"Tak nak g Penang. Nak g Pulau Kapas," rengek Sophia.
"Tak nak. Nak g Penang. Banyak makanan," balas Firas.
"Awak g la sorang-sorang. Saya nak g Pulau Kapas. Bubye." Sophia tetap mempertahankan pilihannya.
Puan Johanna dan Encik Johari hanya mampu menggeleng kepala melihat gelagat mereka berdua. Nenek Firas yang turut berada di situ ketawa kecil apabila masing-masing tidak mahu mengalah.
"Kita g Penang dululah. Pastu lain kali, g Pulau Kapas pulak," pujuk Firas.
"Tak nak!!! Nak g Pulau Kapas dulu. Tak nak ikut, sudah!" kata Sophia. Firas menghela nafas panjang.
Sesukar mana pun jalan, sesukar mana pun penantian, jika sudah takdirnya untuk kita, akan tetap menjadi milik kita.
Percaya pada takdir Tuhan. Yang pahit tidak selamanya pahit. Dan yang sedih tidak selamanya akan sedih.
A million times over, I will always choose you. - Bella Sophia, Firas Fawwaz
-TAMAT-
YOU ARE READING
Hajat
Short StorySambungan atau Sekuel bagi HAJAT. Ada orang jatuh cinta, tetapi tidak ditakdirkan bersama. Ada orang yang ditakdirkan bersama, tetapi tidak jatuh cinta. Ada pula orang yang jatuh cinta, ditakdirkan bersama. Kita yang mana? - Bella Sophia