1

75 4 0
                                    

"Bai bang jumpa nanti"

"Kalau boleh jangan la selalu jumpa. Jangan lupa,kalau rasa sakit kepala,cepat-cepat makan pil or call orang yang terdekat. Jangan sorang-sorang tau?.Haih,risau pulak abang dengan kau ni". Aku hanya senyum kelat. Dalam satu tahun ni,dah berapa kali dia cakap ayat yang sama. Tapi betul la cakap abang Is tu,kalau aku kerap sangat jumpa dia tu maksudnya penyakit aku selalu sangat menyerang.

Raidan atau nama sebenar aku Muhd.Raidan . Salah seorang pelajar di sekolah elit di Selangor dan tahun ni aku berusia 16 tahun. Tak ramai panggil aku Raidan hanya guru-guru dan junior-junior saja yang panggil pakai nama tu ,while Fourtherms and budak sama batch yang lain panggil aku Dan. Katanya lebih senang nak sebut dan lebih gempak nama tu. Gempak di mana tu,aku tak tahu lah. And FYI, Fourtherms ni brotherhood aku yang terdiri daripada empat jejaka Malaya terdiri dari pelbagai kaum. Aku lebih kepada muka melayu, Jay lebih kecinaan. Wan lak nampak gelap-gelap. India la kot? While si budak kecik DC dikutip dari hutan simpan orang asli. Kembali ke topik asal, kalau nak pakai nama Rai pulak tak boleh, sebab takut disamakan dengan ketua pelajar tahun ni,yang nama saja Raihan serupa nama ustaz,tapi perangainya serupa penunggang agama. Takut-takut jugak aku kalau diorang panggil nama tu,terpindah pulak perangai setan Raihan tu. Apa sahaja orang panggil aku, aku tak kesah. Yang aku tau,nama tu tak diaplikasikan dalam surat yang menyatakan aku kena mental disorder atau lebih detail lagi,aku penghidap high level of delusional atau nama sainsnya schizophrenia . Hanya tertulis 'Muhd R'. Aku pun tak faham kenapa siap nak fake kan nama. Siapa pulak yang nak curi information aku? Aku hanya remaja 16 tahun yang kurang kasih sayang. Get it?

..............................

Aku melangkah memasuki perkarangan sekolah dengan rasa 'fresh' semacam lepas join sesi dengan abang Is. Walaupun aku tahu muka aku agak sembap,sebab dah beberapa hari tak dapat tidur dengan tenang. Btw,abang Is tu personal doc aku and maybe bakal abang tiri aku,since aku tak tahu hubungan ayah dia dengan mak aku. Aku tak peduli. Aku meluru ke blok A yang terletak di bahagian tepi padang. Kawasan blok tu dikelilingi pokok yang rendang dan terlihat seram ketika waktu malam. Biasanya,ada je budak melepak kat sini,buat unggun api ke. Tapi,tak sangka pulak hari ni sunyi semacam. Semua lampu tertutup.

"Eik,mana semua orang?". Aku membisik seorang diri. Cukup kuat untuk aku je yang dengar.

"Dan, apa kau buat kat sini?. Satu suara perempuan menyapa aku dari belakang. Agak terkejut jugak aku sebenarnya. Mana tak nya,tiba-tiba ada suara perempuan menegur. Aku menoleh perlahan dan mendapati satu jasad yang sangat cantik,Aina,a.k.a crush aku since form 2.

"Hey mana semua orang ye?". Terus hilang rasa takut aku.

"Kau lupa ke? Hari ni kan ada bacaan Yassin. Malam jumaat kan?"

["oh malam jumaat"]. Suara hati memang perkara binasa.

"Tapi aku tak nampak pulak geng-geng kau kat surau. Macam biasalah". Dia rolling eyes. Dia memang haters Fourtherms.

"Awak pulak,kenapa tak pergi surau?". Aku sengaja tanya benda yang aku dah tahu jawapan. Sengaja nak tengok reaction dia.

"excuse me?"

"Awak tu,kenapa kat sini sorang-sorang. Kenapa tak baca yassin sekali?". Dia mula gelisah.

"Aku tak boleh baca". Jawabnya tegas sambil mengibas-ngibas tudungnya walaupun kawasan sini sejuknya bukan kepalang.

"Oh,". Aku tersenyum seketika. Senyum yang tiada siapa nampak.

"Better kau cari mana kawan-kawan kau. Aku dah penat ronda satu sekolah ni. Plus,tugas aku bukan cari diorang je. Banyak lagi benda aku nak buat".

"Say what?. Tak takut ke ronda malam-malam ni?". Aku memang dah tahu yang Aina ni bukan macam perempuan lain,tapi,yang bodohnya,why the heck cikgu suruh budak perempuan yang period untuk ronda satu sekolah pada malam jumaat? Dah gila?. Aina sekadar mengangkat tangan tanda nak beredar tanpa menjawab soalan aku.

kongsiWhere stories live. Discover now