Kes yang berlaku kat Fourtherms tak dihebahkan dalam group walaupun ada banyak junior yang dah mula mereka-reka cerita dan menambah sedikit pencukup rasa knorr ke dalam cerita tu. Boom!cerita itu pun laris untuk satu ketika. Akhirnya kes itu dilupakan oleh sesetengah mereka,kecuali Fourtherms sendiri. Tak nak la besar besarkan,takut lain pulak jadinya. Harini sekolah tengah buat election untuk cari KP baru. Dewan dipenuhi dengan student termasuk guru-guru dan pentadbir. Cuma calon sahaja yang tak dibenarkan ada di situ. Semua calon adakan mesyuarat dengan lembaga KP lama dekat bilik stor blok A. Kenapa bilik stor blok A? Sebab selama ini calon majoritinya dari blok A. Tak pernah pulak ada calon dari blok lain. Dan kenapa bilik stor? Kenapa tak dewan ke atau bilik? KP sebelum ni pernah cakap,nak buat apa-apa meeting kena buat dekat sini sebab kalau tak buat kat sini,takut satu batch KP dapat sial. Tak tahu la sial yang macam mana. Fourtherms tak ambil kisah sangat pasal part 'sial' tu,sebab hidup kitorang dah cukup sial. Mana tak nya,kena kacau dengan makhluk ghaib,bukan sial ke?.
Jadi seperti mana yang diarahkan,Fourtherms ada dekat situ,tak nak menambah kesialan yang sedia ada. Calon KP yang lain,Amsyar,budak form 4 yang sekelas dengan aku,budak akaun. Ashiyan,atlet sekolah yang tinggi dan bermuka petak. Dengar cerita die ni ada skandal dengan senior Daud,dan David,lelaki cina yang kaya dan nerd nak mampus serta 5 ajk atasan form 5 yang lain.
"Aku rasa aku tahu siapa yang gantikan aku". Raihan memecah kesepian bilik tu.
Serentak,semua mata mula beralih pada sekolompok manusia bernama Fourtherms. Ada yang pandang dengan muka senyum kebodoh-bodohan dan ada yang menjegil matanya sambil mulut diorang mengkumat kamitkan sesuatu seperti 'pft' dan sewaktu dengannya. Betullah apa yang tertulis dalam QUOTE blok A,dalam ramai yang suka,ada ramai yang benci walaupun diorang memang tak boleh buat apa-apa. Siapa pulak yang terlebih rajin buat quote khas untuk blok A ni.
"sesiapa pun jadi KP kena ingat,jangan kasi orang blok lain buat gegar blok kita. And most important is rahsia adalah rahsia antara kita. Tak kisah apa yang korang buat dekat bilik korang,tapi jangan cemarkan nama blok ni,faham?". Part 'rahsia adalah rahsia antara kita' ditiru kitorang bulat-bulat.
"faham". Kitorang hanya menunjukkan muka selanga. Kata kata ni dah cukup basi sangat. Benda ni dikira moto la. Macam moto sekolah 'usaha tangga kejayaan'.
Semua muka calon cekung dan malap dek seminggu sebelum voting,kami digasak dengan budak majalah sekolah dan guru-guru. Ada yang menyatakan ketidakpuasan hati bagaimana kami terpilih untuk jadi calon. Nak buat macam mana,kami layak dan kami popular. Plus,cikgu technically tak boleh terlibat dalam pemilihan KP. Kita masih lagi negara berdemokrasi,di mana rakyat bebas memilih sesiapa yang mereka rasa layak. Orang yang dapat jadi KP bebas buat rules sendiri untuk blok sendiri atau blok lain. Untungnya pulak, blok KP ni diberikan sejumlah budget yang besar untuk mengupgradekan dorm masing-masing hasil daripada majlis alumni sekolah. Macam era Raihan,mereka tambah Wifi. Untungnya siapa yang dapat duduk blok ni. Malangnya blok ni ada 8 bilik je. 3 bilik dah diisi geng Raihan yang bakal graduate tak lama lagi, 2 bilik untuk kami,Fourtherms sebab kami intan payung seniors dan 3 bilik lagi untuk mana-mana insan terpilih oleh tuhan.
Lepas habis perjumpaan,semua calon duduk terbongkang dalam bilik sambil memikirkan kebahagiaan bila penjajahan Raihan akan tamat. Era yang pandai sorokkan kegiatan jenayah diorang. Yes,sebab setau aku,tak ada lagi aku dengar apa-apa kontroversi pasal batch diorang. Tak tahu lah sebab diorang bijak atau pelajar sekarang sangat tak nak ambil tahu. Kalau diikutkan, banyak jugak lah benda Raihan and the geng ni buat.
"Best la senior kite lepas ni,ye dok?". DC masuk bilik sambil membawa 3 beg kertas McDonald. Dalam bilik,tengah menungggu,Jay,aku and Wan.
"Cepatlah!aku lapar!". Wan mengaum macam singa lapar.
YOU ARE READING
kongsi
Teen FictionApabila dua jiwa di dalam satu jasad dan kesedaran . . . . . . . Kerana hebatnya dendam itu sehingga mampu menghidupkan fantasi dan jasad yang tak berpenghuni