Untitled part

48 3 0
                                    


* Hai semua..Shiera ada update cerpen yang Shiera tulis dulu-dulu. Pernah post kat blog Shiera. Sajalah post semula  dekat sini.. Jemput baca ye :)



BAB 1

"Kau menangis ke Isha" tanya Fira prihatin. Dia duduk di sebelah Isha sambil mengusap bahu temannya.

"Aku rindu dia lah Fira" ujar Isha.

"Sabarlah. Dia bukan pergi mana pun. Nanti balik juga. Di rumah pun boleh jumpa kan"pujuk Fira. Bukannya dia tidak tahu betapa rindunya Isha terhadap lelaki yang bernama Darwisy itu.

"Bila dia balik nanti kan kalau aku nampak dia kat kolej ni aku nak peluk-peluk dia tau"ujar Isha lagi.

"Ishhh..merepeklah kau ni. Peluk dekat rumah sudahlah. Kau nak orang tahu hubungan korang ke"soal Fira.

"Lah..kenapa pulak. Tak salah pun kan?" Soalan Fira dibalas soalan juga.

"Kau kan tak nak orang tahu hubungan kau dengan Darwisy. Nanti kalau kau pergi peluk di Darwisy tu apa orang lain ingat. Nak-nak 'The Ladies' tu tahu". Fira mengingatkan Isha tentang perihal itu.

"Macam mana aku boleh lupa eh" Isha menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Dah sudah. Simpan rindu kau tu. Siap cepat. Pukul berapa dah ni. Nak pergi kelas" ujar Fira sambil mempersiapkan diri untuk ke kelas.

Isha pantas bangun dari katil. Almari dibuka lantas baju diambil. Isha mengenakan sepasang baju kurung kain kapas warna kegemarannya iaitu ungu. Dia mengemaskan rambut panjangnya yang ditocang dihadapan cermin yang terlekat di sebalik pintu almari. Sedikit bedak talkum bayi kegemarannya dituang ke tapak tangan dan lalu di sapu ke wajahnya. Lip balm berona pink lembut dicalit sedikit ke bibir supaya tampak segar. Isha tidak memerlukan make up yang tebal kerana memiliki kulit yang putih kemerahan cukup sekadar di menyapu bedak di wajah dan memakai lip balm di bibir.

Isha dan Fira bergerak menuju ke kelas mereka. Memandangkan banyak lagi masa sebelum kelas mereka bermula Isha dan Fira mengambil keputusan untuk sarapan terlebih dahulu di kafe. Isha mengeluarkan telefon bimbitnya dari poket begnya apabila terasa ada gegaran. Mesej dari abangnya dibaca sambi tersenyum. Jemarinya pantas membalas mesej dari abang tersayang. Isha leka membalas mesej abangnya sehingga tidak sedar ada seseorang di hadapannya.

"Makkk.."Isha terkejut. Terlepas telefon bimbit ditangannya.

"Oit budak, kau buta ke apa"suara seorang perempuan menegur Isha. Riak wajahnya jelas menunjukkan bahawa dia sedang marah. Isha terdiam. Dia memandang lelaki yang berdiri di sebelah perempuan tadi. Ya Allah..sungguh indah ciptaan-Mu. Dia terpanar sebentar.

"Hoi.."marah perempuan itu tadi.

"Isha.."tegur Fira apabila melihat temannya hanya berdiam diri. Dia pantas mengutip telefon bimbit Isha yang sudah jatuh ke lantai.

"Ah..ye saya. Kenapa?"soal Isha sambil menunduk. Segan di pandang oleh lelaki tadi.

"Kau ni buta ke. Tak nampak orang yang lalu kat sini. Leka sangat main phone. Kau nampak tak apa yang kau dah buat"

"Lis, sudahlah tu. Sikit je ni. Jangan besarkan masalah"sampuk lelaki kacak tadi.

"Ya Allah..maaf..saya tak sengaja"Isha membuang pandang terhadap lelaki tadi. Baru dia perasan akibat pelanggaran tadi minuman lelaki tersebut telah tumpah dan terkena pakaiannya.

"Tapi Raz tengoklah ni. Habis baju you kotor"ujar Lis atau nama sebenarnya Melissa. Geng the ladies.

"Yang kotor baju I bukan baju you. So ni masalah I bukan masalah you"balas lelaki bernama Raz itu tadi.

Muzik CintaWhere stories live. Discover now