LCN 10

8.7K 404 8
                                    

∴━━━✿━━━∴
ʟᴀ ᴄᴏsᴀ ɴᴏsᴛʀᴀ

Dining hall mula riuh dengan anak buah Ayden yang masih terkejut dengan pengumumannya sebentar tadi. Tidak sangka bos mereka mempunyai seorang perempuan kerana Ayden tidak pernah bersama dengan perempuan.

Ayden duduk. Membiarkan anak buahnya yang masih terkejut akan pengumumannya sebentar tadi.

Ada yang kenal Ella dan ada yang tidak pernah melihat muka wanita itu langsung.

Dia menarik lengan Ella untuk duduk apabila gadis itu masih berdiri statik.

"Eat" arah Ayden.

Para pelayan meletakkan menu utama pada hari itu. Stick daging rusa.

Brighton juga turut menjamu stick yang menyelerakan itu.

Ella mengambil garfu dan pisau yang diletakkan di antara pinggan dengan kasar. Stick dipotong laju lalu disumbat ke dalam mulut.

Ayden di sebelah hanya menahan senyuman.

"Explain. Why are you trying kill your self?" soal Ayden apabila dia teringat tentang kejadian sebentar tadi, katanya yang Ella cuma membunuh diri.

Ella berjalan melusuri bilik-bilik yang berada di tingkat 18. Kosong. Sedar bahawa di tingkat itu tidak berpenghuni, dia berjalan semula menuju ke lif.

Rooftop atau bahagian atas bangunan tempat yang ditujunya. Pintu kayu itu ditolak. Angin sejuk mula menampar wajah putihnya.

Hentakan high heels kedengaran apabila dia melangkah. Palang besi dipegang erat. Langit kelihatan sungguh indah di atas sana.

Chip Chip

Tersentak Ella apabila mendengar sesuatu. Dia mencari daripada mana datangnya bunyi itu.

Dia menunduk ke bawah sambil memegang palang besi untuk menstabilkan diri. Kelihatan seekor anak burung yang tercedera di bahagian kepak dan kakinya berada di bahagian bawah palang besi itu.

Darah yang masih segar membuatkan Ella menyangka anak burung itu masih baru sahaja tercedera.

Jarak mereka yang tidak seberapa jauh, membuatkan Ella terdetik untuk mengambil anak burung itu.

Dia mula memikirkan cara untuk menyelamatkan anak burung itu. Palang besi yang dipegang erat tadi dilepaskan. Dia mendekat badannya dengan palang besi itu. Perutnya ditekan ke palang besi dan tangan dijulurkan ke bawah cuba mengambil anak burung itu secara berhati-hati. Kakinya dijengketkan.

Dan pada saat yang dia hampir mencapai anak burung itu, ada sebuah tangan mengangkatnya dan dia diletakkan di atas bahu. Selepas itu dia dia dibawa berjumpa dengan Ayden.

Ella menceritakan sepenuhnya yang berlaku. Muka dicebik apabila dia dituduh cuba membunuh diri. Padahal dia cuma mahu membantu anak burung itu sahaja.

Agak-agak bagaimana nasib anak burung itu?

Ayden hanya mendengar sambil tidak berhenti menyuapkan stick daging rusa ke dalam mulutnya.

Dia tahu Ella tidak akan membunuh diri. Pasti ada sesuatu yang mahu gadis itu lakukan. Dia sengaja mahu Ella menjelaskan kepadanya kerana rindu akan suara kecil itu yang sudah lama tidak berceloteh dengannya.

"Bos" panggil seseorang sambil mengangkat tangan.

Ayden mengangkat muka.

"Yes, Kriz?"

La Cosa Nostra Where stories live. Discover now